Ada sebabnya mengapa pro-ulama PAS keluar menunjukkan diri dan menzahirkan tentangan kepada Wan Azizah.
Ada sebabnya juga mengapa para penyokong PKR amat takut dan berasakan jalan kekasaran serta keganasan adalah sesuatu yang diwajarkan bagi menakut-nakutkan para penyokong PAS di Permatang Pauh.
Perlu diingat, jumlah ahli PKR di Permatang Pauh, tidaklah seramai mana. Yang ramai adalah penyokong PAS. Penyokong PAS sebenarnya yang akan menentukan sama ada Wan Azizah dipilih atau sebaliknya dalam PRK kali ini.
Amanat-amanat daripada beberapa orang pemimpin PAS berhubung hudud telah didedahkan dan disiarkan oleh banyak pihak termasuklah dari kalangan penyokong-penyokong PKR sendiri. Mereka bagaimanapun, hanya memilih amanat-amanat tertentu yang dirasakan berpihak kepada mereka tanpa menyentuh sedikit pun tentang perlunya ahli-ahli PAS menyokong hudud.
PKR cuba menjadikan GST sebagai puaka yang perlu ditakuti oleh para pemilih tetapi dengan sengaja cuba menyembunyikan kepentingan hudud dan hukum syariat atas alasan tidak penting kerana itulah yang dimahukan oleh DAP.
Di Permatang Pauh, PAS jauh lebih besar dan lebih berkuasa dari PKR. Dalam keadaan biasa, yang lebih besar, lebih kuat dan lebih tersusun, biasanya akan menentukan jalan cerita atau corak penceritaan. PAS pula sebaliknya, seringkali membiarkan DAP dan PKR yang amat mengharapkan mereka untuk mengikut corak cerita yang dicipta oleh PKR dan DAP.
Walaupun mungkin keterlaluan bagai penyokong tegar Pakatan Rakyat, tetapi di Permatang Pauh, PAS seharusnya menunjukkan mereka adalah kuasa besar yang tidak boleh diperkotak-katikkan atau diperlekehkan sebagaimana yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas mereka sepanjang 12 hari berkempen.
Dan seperti kata Harun Din Al-Hafiz, para penyokong PAS seharusnya menunjukkan undi protes agar PKR dan DAP sedar, tanpa PAS, mereka tidak akan ke mana-mana, bukan sebaliknya!!!
Sebaiknya pengundi PPauh undi saja BN supaya nasib rakyat terbela. Perjuangan UMNO terhadap bangsa dan agama lebih konsisten berbanding lain2 parti yg hanya banyak bercakap dari perlaksanaannya.
ReplyDeletebagi pebyokong2 yang banyak minum air jampi sila ikut arahan haruan din.
ReplyDeleteMasalahnya Presiden dan Mursyidul Am tak ada keluarkan kenyataan rasmi. Atau ia dah berlegar dalam puak Pas ttg arahan ni ?
ReplyDelete