Pages

Monday, May 11, 2015

AWAS!!! INI ARTIKEL MENGHASUT!!! SILA KELUARKAN KESEMUA SIMPANAN ANDA DARI TABUNG HAJI UNTUK KEMUDAHAN SEMUA!!!



Oleh kerana Kerajaan Malaysia gagal memperolehi kuota 50,000 orang jemaah Haji ke Makkah dan adakalanya terpaksa menagih dan mengemis simpati daripada beberapa buah negara lain untuk mendapatkan kuota tersebut terutama sekali Indonesia, ramailah bakal jemaah Haji Malaysia gagal mendapat tempat dan terpaksa beratur panjang menunggu giliran sehinggakan ada pula yang mengusahakan jalan sendiri dan akhirnya sekadar berihram di lapangan terbang dan terkandas tanpa dapat ke Makkah.

Kontroversi berhubung pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji Properties telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghasut para pencarum dan pendeposit mengeluarkan simpanan masing-masing dari akaun Tabung Haji.

Alasan mereka, kebimbangan yang amat besar tentang wang mereka yang telah dan akan digunakan oleh Tabung Haji untuk BAIL-OUT banyak projek-projek kerajaan atau digunakan untuk melindungi kedudukan serta kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu.

Gambaran telah diberikan secara meluas, kononnya tindakan Tabung Haji menyengutukan diri dengan 1MDB yang dilihat sebagai satu dosa besar yang tidak terampun. Jadi, akaun-akaun simpanan akan terjejas.

Oleh kerana itu, ramai yang menyimpan di bawah RM3000 bergegas untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing kerana bimbang kehilangan wang mereka.

Sebenarnya elok sangatlah kalau semua pakat keluarkan duit yang disimpan di Tabung Haji itu. Mungkin ada baiknya kalau disimpan di tempat lain. Yang lebih baik lagi kalau disimpan di bawah bantal atau dalam upar yang diikat ke pinggang masing-masing. Buat apa simpan di Tabung Haji kalau akhirnya wang tersebut akan dipakai dan dihilangkan oleh Tabung Haji.

Lagipun semasa Tabung Haji membiayai projek ERL beberapa belas tahun lampau sehingga mengalami kerugian selain membeli bangunan yang berharga lebih mahal dari pasaran, ramai yang kehilangan wang simpanan mereka di Tabung Haji. Malah ramai pula yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun itu. Kerajaan Malaysia pada waktu itu pun, gagal menghantar walau seorang pun jemaah haji ke Makkah.

Tak gitu?

Bila dah ramai terutama YANG ADA OTAK TAPI TAK ADA AKAL mengeluarkan wang simpanan mereka dari Tabung Haji, setidak-tidaknya, mereka akan memberikan peluang kepada golongan yang telah lama menunggu giliran untuk ke Makkah. Jadi, secara tidak langsung dapatlah juga golongan yang masih lagi percaya dengan kredibiliti Tabung Haji sebagai satu-satunya agensi yang mengawalselia serta menguruskan keberangkatan jemaah Haji Malaysia sehingga mendapat pujian antarabangsa, pergi Makkah dan menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Jadi, selamatlah mengeluarkan wang masing-masing dari akaun Tabung Haji yer... JANGAN PULAK memekak lepas ni yang Tabung Haji tidak lagi memberikan dividen dan bonus kepada simpanan mereka!!!

Semoga berjayalah!

15 comments:

  1. Bagus lah puak2 Pembangkang kluar semua duit depa.

    Turn aku pi haji tahun 2040, boleh turun sikit ke tahun 2020 ke.. atau lagi awal.. alhamdulillah.

    -artis-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin 2016 brother. .aku tolong doa inshaallah

      Delete
  2. Aminnnnnn...tak lah panjanggggggggg kuota sgt

    ReplyDelete
  3. elok sangatlah tu kerana tabung haji di selenggarakan orang islam pas ni mereka akan serang lembaga zakat dan wakaf orang islam tak payah ada kumpulan keuangan sendiri. mengapa todak pertikaikan sumbangan socso kerana lembaga pengarahnya hanya beberapa kerat melayu

    ReplyDelete
  4. semuga senarai menunggu jadi semakin pendek ...
    duit masing2 ... akai masing2
    sebelum ni TH tak ada masalah dengan bakal haji/hajah .. isyallah dimasa depan pun begitu juga la ..
    pada Panglima Harimau dan yang sealiran dengannya ... terima kasih

    ReplyDelete
  5. Kenapa marahkan pencarum TH? Hak dia la nak pastikan duit yang akan digunakan untuk pergi Haji nati bersih dan ikut syarak. Orang nak pergi Haji bukan nak pergi joli.

    ReplyDelete
  6. Gi mampos lah ko Panglima Rimau..
    Senang2 nk jatuhkan hukum pada Tabung Haji.. senang hidup main fitnah.. stkt nk harap PAS lancar tabung haram jadah..lepas tu lesap xde akaun..xde audit.. pegilah simpan sana.. kuarkan semua dr Tabung Haji..

    Panglima Rimau bahlol.. ko mati esok jwblah fitnah besar tu.. zakat ko besar sgt ke kalau xnk bayar PUZ.. UMNO tak merompak mcm PAS rompak duit Memali.. KOHILAL.

    ReplyDelete
  7. salam sejahtera. Nampaknya hasrat kaum kafir nak hancurkan melayu/islam semakin memuncak dengan menjadikan pula Tabung Haji yang telah banyak berjasa kpd orang islam/melayu sebagai sasaran dgn dibantu oleh orang islam kita sendiri. Amat pilu rasanya. Saya mohon semua orang islam dpt hentikan segera menyerang TH. Tuan Ibrahim dan gengnya tak payah nk jadi hero, menangguk di air keroh. Cakap orang semuanya tipu, cakap mu saja betul. Ingat Allah sedang memerhati mereka yang tidak ikhlas. BalasanNya PASTI. sedih sekali

    ReplyDelete
  8. ini satu cadangan yang baik aku pun harap ramai lagi yang akan keluar simpanan mereka dalam tabung haji. giliran aku naik haji 2050 mase tu umur aku pun kat 120 tahun aku buat upah haji je kot. kalau puak puak pas keluar kan simpanan lagi baguih lagi cepat angka giliran aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kah Allah akan memusnahkan satu institusi yang berjaya bawa hamba2 nya ke rumahnya yang mulia? Pi lah attack supaya jadi qaum Abrahah

      Delete
  9. Penyimpan bukan bodoh! Tinggalkan basic RM1,300. Sampai turn atau kalau ada duit lebih nak pi awal, masa tu masukkan duit ke TH.

    ReplyDelete
  10. Eloklah tu keluar duit dr TH dan simpan serta labur dlm kohilal,nanti duit lebur dlm kohilal.....,kerajaan BN juga kau cari nak dapatkan duit balik dlm kohilal

    ReplyDelete
  11. Sebelum tanya mana pegi duit tabung haji..elok tanya mana duit tabung memali....pakat boikot la yg buat onar kat tabung tuh...

    ReplyDelete
  12. LOL.

    Please do your homework, guys. Please.
    As an islamic institutional investor, LTH should invest into Islamic securities/ fund with syariah compliance.

    PARKSON, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB),Konsortium Logistik Berhad and Ann Joo Resources Berhad were among the funds they're investing in. Ask yourselves, are these companies even syariah compliance? Ask your LTH chairman.

    Thank you

    ReplyDelete