Pages

Thursday, May 7, 2015

BAGAI TERCIUM BAU KEKALAHAN, AMK RANCANG RUSUHAN BESAR-BESARAN MALAM INI!!!


Mereka seperti kehausan darah kerana kegemilangan yang pernah mereka kecapi dahulu, tidak lagi kelihatan di Permatang Pauh. Bahkan sehingga terpaksa membeli khidmat ramai anak muda dari kawasan-kawasan luar Permatang Pauh untuk bermotosikal sejauh 3 kilometer malam tadi semata-mata untuk bermegah-megah.

Segala-galanya tidak menjadi. Majoriti besar yang ingin dipertahankan, besar kemungkinan merudum teruk. Ramai orang PAS yang tidak segan silu menyatakan, mereka telah mengundi calon Barisan Nasional sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat yang lain.



Para penyokong PKR di beberapa PDM turut melancarkan keganasan dan provokasi berlebihan, termasuklah mengusung replika mayat yang telah dikafankan. Pilihanraya Kecil Berdarah adalah gelaran yang paling layak untuk PRK P.044 Permatang Pauh 2015 kerana keganasan para penyokong PKR yang kemudiannya cuba diputarbelit dan disalahkan UMNO-BN.

Ada laporan tentang kejadian menetak petugas SPR. Bagaimanapun, laporan berkenaan masih boleh diragui. Ada juga laporan yang menyatakan AMK Selangor akan melancarkan serangan ganas malam ini bagi menghalang SPR daripada mengumumkan keputusan PRK Permatang Pauh atas alasan menentang kezaliman SPR dan UMNO-BN.


Nampaknya, PKR dan entiti-entitinya benar-benar takutkan kekalahan atau keputusan tidak menarik di Permatang Pauh malam ini.

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menentukan, mampukah Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang jauh lebih kecil atau calon UMNO-BN dapat membuat kejutan besar sekaligus merampas TAKHTA KEBANGGAAN PKR...




No comments:

Post a Comment