Pages

Sunday, May 3, 2015

BODOH TAK BERTEMPAT... GST DISERANG, PENIAGA TAMAK DIBIARKAN BERMAHARAJALELA!!!



Apabila harga minyak naik, para peniaga berkata, kos import mereka meningkat dan kerana itulah, harga barang perlu dinaikkan. Tetapi apabila harga petrol turun, harga barang tetap juga tidak turun.

Apabila Ringgit melemah, para peniaga berkatakos import telah meningkat. Dan kerana itulah, harga barang dinaikkan. Tetapi apabila Ringgit mengukuh (seperti mana yang berlaku pada tahun 2011), harga barang tetap juga tidak turun.

Apabila tarif elektrik dinaikkan, para peniaga berkata, kos import telah meningkat dan kerana itulah harga barang perlu dinaikkan. Tetapi apabila tarif elektrik diturunkan, harga barang tetap juga tidak turun-turun.

Apabila gaji kakitangan awam dinaikkan, para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan mereka mengekalkan harga tinggi. Semasa musim perayaan, para peniaga menggunakan alasan permintaan tinggi, sekaligus mendorong harga tinggi dan harga tinggi itu pun kekal tidak turun-turun.

Kesemua yang di atas telah berlaku selama bertahun-tahun dan telah terbukti.

Terdapat 3 soalan mudah yang diharap, boleh dijawab.

1) Mengapakah harga meningkat dan tidak pernah turun-turun?
2) Pada tahun berapakah dalam sejarah Malaysia, harga sesetengah barangan atau perkhidmatan telah diturunkan atau tidak pernah meningkat?
3) Apa punca sebenar kenaikan harga?


Kalaupun kerajaan menghapuskan GST hari ini dan seterusnya, malah kembali menggunakan SST, harga barang dan perkhidmatan tidak akan turun sama sekali, malah akan semakin meningkat.

Ramai daripada kita yang menentang GST dan menjadikan GST sebagai punca serta alasan kenaikan harga barang. Kita mungkin betul tetapi punca sebenarnya adalah ketamakan dan keserakahan peniaga serta pemonopoli. Kita marahkan kerajaan kerana menguatkuasakan GST tetapi kita langsung tidak berani mengusik peniaga-peniaga tamak dan pemonopoli yang sentiasa mencari-cari alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Peningkatan harga berlaku sepanjang sejarah dan jawapan kepada kenaikan tersebut adalah kerana gaji dah upah selain permintaan.

Adalah TERLALU AMAT MUSTAHIL kerajaan mengawal kenaikan harga pada sepanjang masa. Yang pasti, apabila orang ramai mempunyai lebih banyak wang, kenaikan gaji berlaku, permintaan selain peningkatan populasi dan kenaikan taraf hidup dalam populasi, kenaikan harga akan berlaku.

Keadaan ini sudah berlaku semenjak 100 tahun lalu, 50 tahun lalu, 10 tahun lalu dan ia akan berterusan 10 tahun akan datang, 50 tahun akan datang dan 100 tahun akan datang.

Apa yang kerajaan mampu lakukan ialah mengawal kenaikan harga tidak munasabah, bukannya sebarang peningkatan harga.

Para peniaga dan pengguna yang sebenarnya harus memainkan peranan mereka dalam mengekang kenaikan harga dengan cara yang lebih munasabah. Para peniaga perlu bertanggungjawab dan kenaikan harga secara wajar sekiranya perlu. Dengan berlaku jujur dan memberikan harga munasabah, para peniaga sendiri akan 'dihadiahkan' jumlah jualan yang besar dan lebih ramai pelanggan setia, malahan akan bertambah maju pada jangka panjang.

Sekiranya harga yang ditawarkan terlalu tinggi, para peniaga sendiri sebenarnya yang mengajak lebih banyak persaingan apabila lebih ramai yang akan melibatkan diri dengan perniagaan serupa. Sudah pastinya akan ada golongan yang mahu membuat untung.

Para pelanggan sebaliknya perlu lebih bijak mencari kedai-kedai dan jenama-jenama alternatif sekiranya sesetengah kedai atau jenama tiba-tiba sahaja menaikkan harga. Para pengguna tidak seharusnya membiarkan para peniaga berfikiran bahawa mereka bebas menaikkan harga dengan terus menyokong perbuatan dan amalan tamak mereka, kemudian merungut dan menyalahkan kerajaan.

Malah para pengguna juga perlu lebih bijak menggunakan saluran-saluran yang ada untuk membuat aduan sekiranya mengetahui terdapat peniaga yang terlibat dalam pencatutan, sekaligus membolehkan mereka disiasat oleh pihak berkuasa dan dikenakan tindakan.

Apabila kita membayar pada harga tinggi, kita sebenarnya membenarkan para peniaga tamak untuk terus menaikkan harga. Apabila kita menyalahkan kerajaan kerana kenaikan harga, walhal kita sendiri yang menyokong para peniaga tamak, kita sebenarnya yang bodoh dan perlu dipersalahkan, bukannya kerajaan.

Didik diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan pihak lain, terutama sekali kerajaan!!!

LIM SIAN SEE


No comments:

Post a Comment