Pages

Thursday, May 7, 2015

CAKAPLAH APA PUN... REALITINYA, PKR DAN WAN AZIZAH TETAP MENANG DI PERMATANG PAUH!!!



Dikatakan, PAS akan memboikot PRK Permatang Pauh....
Realitinya, PAS U-Turn pada saat-saat akhir dan Wan Azizah serta PKR tetap menang dengan majoriti selesa, sama seperti BN menang di Rompin dengan majoriti selesa biarpun ramai pengundi tidak keluar mengundi.

Dikatakan, Pakatan Rakyat berantakan di Permatang Pauh...
Realitinya, secara luaran mereka berantakan tetapi dalaman tetap bersatu hati dna bersatu padu biarpun mimpi lain-lain.


Dikatakan, Wan Azizah dan keluarganya tidak lagi mendapat tempat di Permatang Pauh....
Realitinya, sesiapa pun dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim diletakkan di Permatang Pauh, tanpa perlu berkempen pun, mereka akan menang dengan majoriti besar kerana imej Anwar Ibrahim sekeluarga telah dipublisitikan sebagai Islamik, bersih dan jujur semenjak dari awal lagi.

Dikatakan, ada angin perubahan di Permatang Pauh...
Realitinya, Saluran 3, 4 dan 5 langsung tidak memihak kepada UMNO-BN walaupun di beberapa peti undi majoriti Cina, Barisan Nasional berjaya menukar kekalahan sebelum ini kepada kemenangan.

Dikatakan, gelombang anak muda semakin meninggalkan PKR dan Wan Azizah...
Realitinya, walau sebaik mana pun calon yang ditampilkan oleh BN di Permatang Pauh, anak muda tetap akan menolaknya dan lebih memilih yang bukan UMNO-BN.


Realiti dan hakikatnya, UMNO hanya ada tiga tahun untuk bekerja keras. Dua PRK iaitu Rompin dan Permatang Pauh adalah bukti, terlalu banyak kelemahan yang tidak diambil peduli dan diberatkan.

Walau sesiapa pun yang dipersalahkan dalam post-mortem nanti, yang pasti, kelemahan-kelemahan ini yang akan terus menghantui sekiranya tidak diatasi sebaik-baik mungkin!!

Tahniah kepada PKR dan Wan Azizah... tahniah juga kepada para pengundi Permatang Pauh yang telah membuat pilihan dari awal lagi....


13 comments:

  1. Cakap apa pun...

    Korang tetap akan bagi alasan 'save' kononnya mahu orang lain akan jadi bodoh korang!!

    ReplyDelete
  2. Sekali tumbang BN di Persekutuan, jadilah kita mcm Singapura. T.kasih Pas yg undi PKR, korang mmg bangang

    ReplyDelete
  3. Kan betul PAS bukan parti islam termasuk penyokong mereka..MUNAFIK..BN yg BODOH cepat sangat percaya..Selagi HJ HADI tak tarik balik fatwa bahawa UMNO itu kapir dan undi BN masuk neraka..selagi itulah BN tak menang...HJ HADI lah Kepala MUNAFIK.

    ReplyDelete
  4. 'hebat'...kena bagi tabik spring la kt kak wan kita nie! Tentu berjasa betul keluarga 69 kpd rakyat p.pauh. Wbp 'pujian' patut diberikan kpd para pengundi atas 'kezuhudan' mrk yg terang2 menolak pembangunan yg bersifat duniawi semata2. Tak terkecuali pengundi mata sepet yg terang2...Xperlu bersuluh2 yg mrk menolak bn...wp calon yg diketengahkan bn terserlah ciri2 yg jauh lebih baik dari pihak di sinun...namun wan azizah tetap menjadi pujaan hati...

    Apa2 pun keputusan rakyat p.pauh patut kita hormati. Di pihak bn@umno pulak buatlah post mortem. Bagi pemimpin umno bawak2 lah sedar diri tuu...yg taburan wang ringgit belum mampu membeli hati rakyat. Diburukkan lagi dgn isu2 'persepsi' yg berlegar2...menjadikan rakyat semakin menolak bn.

    Pesanan pada kjaan usahlah mengada2 nak tunjuk baik dgn menghabiskan duit yg sememangnya dah nak habis tuu...pada org yg terang2 dah tak sudi utk dibantu.....

    ReplyDelete
  5. Tsunami Cina lagi. Mana kempen boikot barangan dan peniaga Cina?

    ReplyDelete
  6. Rakyat sial dapat lah pemimpin sial, otak ada tapi akal tak ada cam kebanyakan manusia di Kajang.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Permatang Pauh membuktikan UMNO kekal bodoh melalui strategi menangkis propaganda dan perang saraf PR.

    PR kukuh mendoktrinkan dan mensihirkan psikologi penyokong mereka melalui isu-isu nasional.. sehingga Permatang Pauh itu tak dipedulikan Anwar pun takpe.. janji UMNO mesti dicincang lumat..

    fikirkah apakah resepi PR terutama PAS dan PKR? Resepi membina keyakinan melalui pembohongan.. dan pembohongan kekal dikatakan benar krn UMNO BN lembik-lemau-tak paham bahasa..



    Berkali-kali PRK dan PRU tapi pemikir dan pelaksana dalam UMNO BN tetap lemah membaca dan memahami keadaan otak pentotok PR.. khususnya PKR dan PAS.

    Mereka telah ditanam dengan amat SUBUR doktrin -ASAL BUKAN UMNO BN- tanpa PR perlukan apa2 modal besar untuk taburkan kepada penyokong mereka..

    sebaliknya hanya dengan stratgei menjawab dan mengisi minda penyokong mereka secara berterusan. Melalui media mereka.. cara mereka mengeksploitasi satu2 isu nasional amat bijak..

    MALANG.. org2 UMNO atas2 ni PEKAK BADAK.. tak reti2 nak jawab secara perang saraf..

    Contoh : bila kalah BN hari ini.. Statement pemimpin UMNO.. stereotaip.. defensive.. lemah lembik..

    cuba lihat ayat2 pemimpin pembangkang bila mereka kalah? mereka tidak menjatuhkan moral penyokong dengan menyalahkan diri mereka..

    sebaliknya mereka akan terus mengapi dan menanam saraf yang lebih kuat.. menyalahkan lawan mereka seperti pengundi hantu.. SPR.. Polis.. Rasuah BR1M... betul atau tak isu soal kedua.. tapi strategi moral dan perang saraf mereka cukup kuat berterusan..

    UMNO BN?? lembik.. Media tak digunakan.. ayat2 yang menjawab tuduhan dan fitnah seperti skrip budak tadika.. tidak tajam.. tidak ada kreativiti melawan gaya serangan PR..

    Contoh, bila BN kalah hari ini.. setidak2nya Najib atau Muhyiddin kena 'kering' lidah sikit sebut..." PR memenangi PRK Permatang Pauh dengan propaganda fitnah yang penuh jahat kepada UMNO BN dan ketaksuban yang ditanam membabi buta.."

    bukan dengan ayat... begini.. " Kita Terima Kekalahan dengan hati terbuka..Kita kaji kelemahan.. Jentera kita tidak cukup kuat berkerja.. kita kurang..itu.. kita kurang ini..." UWEEEKKKKK... pondan nk lawan jantan...

    gaya UMNO mcm PONDAN.. itu pasal kalah hanya dengan mainan propaganda fitnah.. PR tak perlu buat apa2 untuk majukan rakyat.. hanya cukup dgn modal air liur busuk memutar alam ... jadi apasalahnya BN guna semula modal tersebut disamping buat jasa pada rakyat.. baru buku temu ruas...


    Najib.. Muhyiddin.. dan pemimpin2 UMNO sudah expired... takde taring lagi... sikit je kena cucuk.. kena fitnah.. kena saraf habis gelabah tak tau nak serang balik... lumpuh semuanya.. simpanan tetap pun boleh mula hangus..


    itulah UMNO.... buat baik beribu pun tapi tak bijak melawan fitnah..akhirnya makanlah dengan fitnah tu..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Juga ucapan TAHNIAH kepada Ayahnda Tun Mahathir Mohamed kerana turut sama-sama membantu berkempen untuk memenangkan PKR-Wan Azizah dan menjatuhkan undi PRK Rompin.. begitu bersungguh pra-kempen untuk jatuhkan Najib..seterusnya UMNO BN...

    TAHNIAH Tun.. jasamu amat2 dikenang.. teruskan usahamu Tun.. sikit je lagi nak berjaya jatuhkan Najib.. jangan putus asa Tun... PRU14 boleh lancarkan serangan dari sekarang..

    Best Trojan Horse EVERR... by old man of UMNO..


    GUA MANYAK KAGUM sama Mahatir.. mamak kutty... manyak bijak pusing2...

    ReplyDelete
  9. Admin,

    Lu punya komen LOW CLASS.

    Ptg Pauh umno tewas dulu kini dan selamanya tewas. Umno lagi sekali di terajang di Ptg Pauh. Tetapi umno ada KUASA.

    SPR,SPRM,AG,IGP,HAKIM,MAHKAMAH adalah BARUA.

    Setakat hari ini PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR. Pengundi Ptg Pauh bijak. Admin masih bodoh

    Sultan Johor, 3 Dr dan Rakyat Ptg pauh tolak GST. Hanya yg bodoh macam lu orang suka GST. Macam poket lu orang sentiasa penuh. Maka jadilah kamu bodoh selama lamanya bodoh sampai kemampusss

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat pkr. Takziah kpd bn.

    ReplyDelete
  11. UMNO kena hargai pengundi2 yg 21000 org tue. Bukan dgn duit, tapi dengan jaminan yg mantap. Soal pekerjaan, peluang ekonomi dll. Yg dok ngundi jijah tue lantak depa lah! Dag depa pilih pi lah mintak kat sana. Cikgu zaidi pun kena pilih2 lepas nie.

    Krjaan juga kena tgk byk polisi2 yg x menguntungkan. Cth. BRIM. Bukan nak kata tue benda tak elok, tapi bayangkan klau benda nie maintain, tiba dihentikan dekat2 nk gundi... x ker naya? Baik kaji sekarang sblun terlewat.

    Krjaan kena berani buat keputusab yg menangkan rakyat! Bukan dah jadi rahsia isu2 sara hidup, pekerjaab... trend prk permatang pauh amat jelas... bukan faktor nuar dah atau jijah. Nuarvtue biar reput dlm jail. Tapi soal2 mcm GST, sentimen ABU... benda nie perlu ditangani klau x nak UMNO jadi reput dlm hati pengundi terutama org muda.

    Soal calon... pemilihan suhaimi tue bagus, sbb anak jati, ada willing nak berkhidmat dll... tapi setakat innocent tapi x der political will pun x cukup. Tambah2 dgn sentimen ABU, sampai tahap letak pancang kayu jadi calon asalkan pembangkang maka cerahlah nak menang di permatang pauh.

    Krjaan kena step further dlm byk isu, cth isu tabung haji. Nie dah yg nak dekat nie isu tambang bas expres. Sedangkan bulab dah dekat nak puasa, raya. Permintaan perkhidmatan meningkat. Klau naik la tambang bas skrang alamat bukan takat reput tapi terus hilang dlm hati pengundi. Buatlah keputusanbyg menangkan rakyat wlaupun bagi subsidi kpd pengusaha bas.

    ReplyDelete
  12. tukar PM yg suka membazir dan berhenti buat dosa 1MDB. Dosa2 1MDB dah jadi ibarat tikus baiki labu. Kan betul apa kata TDM !!!

    ReplyDelete
  13. Oik terlepas... sorry... aku nk sohbhg padam baris atas tu....dh lupa apa nk komen...abaikn lah.

    ReplyDelete