Dan menariknya, berita-berita yang dilaporkan oleh beberapa orang blogger, portal-portal yang sememangnya diketahui bersifat SI KITUL yang bijak mencari ruang sebagai BATU API dan tukang hasut (BACA DI SINI, dan SINI dan SINI), sedang cuba diterjemahkan sebagai 'MUHYIDDIN MELAWAN DAN CUBA MENJATUHKAN NAJIB'.
Dalam pertemuan tertutup yang melibatkan UMNO Pontian, Hulu Langat, Pagoh dan Bentong itu, malah terbukti menerusi klip video yang dimuatnaik, Muhyiddin jelas sekali tidak berkenan dengan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan 1MDB yang akhirnya, kesan daripada perbuatan negatif mereka, terpaksa ditanggung oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
Kita sendiri dapat melihat bagaimana Menteri Kewangan 1 iaitu Najib Abdul Razak seperti tenggelam punca dalam isu 1MDB sehingga akhirnya dia dicop sebagai pembohong, penipu dan pemutar belit serta bercakap flip-flop. Manakala Menteri Kewangan 2 pula, sunyi sepi dan seolah-olah sudah lama dipetisejukkan.
Seperti jawapan bertulis Najib Abdul Razak kepada soalan asal Tony Pua dalam sidang di Parlimen semalam, Najib jelas dan dengan sengaja dikelirukan menerusi TERJEMAHAN tidak tepat 'CASH AND EQUIVALENT CASH' kepada ASET yang akhirnya menjadi buah serta modal pembangkang dan golongan yang tidak faham istilah-istilah ekonomi, perakaunan dan kewangan untuk berlagak sebagai PEMBANGANG.
Apa yang diucapkan oleh Muhyiddin ialah meminta, mendesak dan mengarahkan agar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB tidak terus tutup mulut dan bersikap seperti kerani di kaunter jualan yang tidak tahu apa-apa sebaliknya menyalahkan boss di dalam bilik terkurung yang hanya menerima laporan di atas kertas.
Dalam bahasa yang lebih mudah, Muhyiddin sebenarnya menjaga bossnya daripada menerima kesan daripada perbuatan dan sikap Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang langsung tidak menjawab tentang permasalah, kekeliruan, tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepada institusi di bawah Kementerian Kewangan itu.
Memang benar, semua permasalahan Kementerian Kewangan, maka Menteri Kewanganlah yang perlu membuat pengumuman. Tetapi kalau Ahli Lembaga Pengarah dan CEO sendiri pun bermasalah besar untuk menjawab seolah-olah 'ada sesuatu' yang cuba disembunyikan sekalipun pada masa yang sama, pelbagai pihak termasuklah bekas Perdana Menteri menghentam dan cuba memaksa mereka untuk menjawab, kemudian permasalahan tersebut dihantar juga kepada Perdana Menteri untuk menjawab bagi pihak mereka, untuk apa lagi mereka berada dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah dan CEO 1MDB?
Apatah lagi 1MDB itu sendiri pun bermodalkan wang negara walaupun asasnya 1MDB adalah syarikat negara.
Barangkali sebab itulah para KITUL dan MUDELIAR begitu seronok mencanangkan yang Muhyiddin sekarang sedang menyertai gerombolan yang mahu menggulingkan Najib Abdul Razak dengan alasan 1MDB, sedangkan ucapannya dalam perhimpunan tertutup itu, membawa maksud MUHYIDDIN MEMBELA NAJIB!!!
Face the fact bro,
ReplyDeleteReality overwhelms fantasy....but i dont blame u for continuing to live an write in fantasy world
Truth is clearly distinct when compared to falsity.....but i dont blame you for bird of the same feather flocks together
Wallahuaklam
I no longer support Najib !
ReplyDeleteMesti kerja the benchmark
ReplyDeletelets the game begin. najib vs muhydin.
ReplyDelete..teruskan mimpi bro
ReplyDeleteSetahu aku la...kalau asset yang di keluar oleh bank pada amnya boleh ditukar dengan tunai, macam ni
ReplyDelete1. BG
2. SBLC
3. LC
4. Gold SKR
penulis,lain kali kalau tak reti nak ulas jangan ulas,kalau bodoh jangan bagitau kat orang ramai
ReplyDeletekbai
Tahap penulisan dan pemikiran pemuja najib a.k.a blogger prepaid dah semakin celaru...makin membuatkan pembaca menyampah dengan BN...
ReplyDeleteKena ingat.. rakyat skrang ni nk lihat krajaan yg nampk bersih... klw sekali org yg dipercaya ditgkap menipu or cuai habislah... skang ni pun problem 1mdb ni dh melekat kt kepala setiap org.... mmg x bagus lg untuk umno.
ReplyDeleteIngatkan pemimpin je kaki putar alam... rupanya blogger pon same...
ReplyDeleteNasihat aku pada ko the flying kick... benti la makan duit dari Najib supaya hijab ko terbukak...
NAJIB WILL BE SURVIVE...ADIOSS
ReplyDeleteTerimalah kenyataan bro,
ReplyDeletePUnahsihat, bloger upahan ahjibgor semua dah siap sedia pakai pelampung , tunggu masa nak terjun je lagi dari kapal yg dah senget sebelah nak karam.
Mereka semua dah ada atas deck kapal, kaki sebelah dah letak luar badan kapal sambil menjerit jerit dari bawah kepada Najib;
"Kami menyokong perjuangan mu PM Najib!"
Najib pula tak tau apa2 terus mengemudi kapal yg dah nak tenggelam sambil menunjuk kan ibu jari tanda 'good' kepada penyokongnya yg dah bersedia nak terjun!
Itu pendpat kau yg bodoh mcm mahpusss...kami org yg bisnesss x bepikir mcm kau....bangang.
ReplyDeleteNt dua barua tu dh memerentah kau tau lhh....lihat je nasib melayu d negeri bwh pembangkang.
Apa masalah? Benda kexik diperbesarkan..
ReplyDeleteStandard la tegur menegur..
INI SEBELUM NAJIB JAWAB KAT BLOG DIA..
Dah tutup kes.. hasil meeting ni la najib buat statement.. Doi..