Pages

Saturday, May 2, 2015

DEMONSTRASI BANTAH GST... LEBIH TEMBERANG DARI REALITI!!!



Sepatutnya menjelang senja semalam, Kerajaan Najib Abdul Razak telah pun dibubarkan dan kesemua pemimpin UMNO bertindak melarikan diri ke luar negara bagi mengelakkan daripada dipenjarakan. Malah menjelang malam, Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari penjara dengan keseluruhan institusi polis dan tentera sudah pun berada dalam kawalan Pakatan Rakyat.

Dan yang lebih penting dari itu, GST telah dimansuhkan dan para peniaga yang tamak haloba serta enggan dipersalahkan kerana menaikkan harga bagi mengaut keuntungan serta takut dengan tindakan undang-undang anti pencatutan, sudah boleh menarik nafas lega sekaligus membolehkan mereka menaikkan harga sesuka hati.

Malangnya, ia tidak berlaku sepertimana yang diharapkan!!!




Gambaran kononnya, Demonstrasi Bantah GST 1 Mei yang diperkuatkan dengan kehadiran 1 juta orang dan berlangsung selama berhari-hari, sekaligus menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur terutama sekali di kawasan-kawasan Melayu dan tumpuan pelancong bertukar menjadi kawasan zombie, jauh tersasar. Jumlah yang hadir tidak lebih dari 10,000 orang walaupun ada yang 'baik hati' cuba menyejukkan hati para penyokong Pakatan Rakyat kononnya yang hadir adalah seramai 20,000 orang.





Daripada sejuta orang, hanya mampu memperolehi angka yang tidak sampai pun 10% daripada yang diharapkan. Malah angka itu juga tidak mampu bertahan sehingga ke tengah malam dan mengubah apa-apa kecuali menyesakkan jalanraya, menyusahkan pengguna di seluruh Kuala Lumpur, menunjukkan ketakutan sebenar puak-puak yang didalangi DAP berdasarkan kepada jumlah ahli-ahli DAP yang keluar berdemonstrasi tetapi tidak cukup berani untuk berhadapan dengan pihak berkuasa, selain kemunculan semula puak anarki yang kerja mereka tidak lain selain daripada merosakkan harta benda awam dan melakukan provokasi kerana percaya mereka akan dibantu oleh para peguam pro-Pakatan.

Yang pasti, sesi pemburuan oleh pihak berkuasa akan bermula....

Demonstrasi kunun... lepas ni melalaklah kononnya kerajaan dan pihak berkuasa zalim kepada mereka!!!






3 comments:

  1. kesian blogger nie...nak nangis aku.....bodohnya!!!....

    ReplyDelete
  2. Ia betoi tu mah kk

    Sambil mengipas ketiak busuk

    Wan Azizah alKipas

    ReplyDelete
  3. Apa punya bangang nak nangis bagi tau orang..Alè Uto

    ReplyDelete