Pages

Saturday, May 2, 2015

HANGATKANLAH LAGI GST PRA-BAYAR.... SHABERY CHEEK KATA, PENGGUNA KAD PRA-BAYAR TELEFON MAJORITINYA WARGA ASING!!!




Selepas ditegur oleh Perdana Menteri, akhirnya Menteri Komunikasi, Shabery Cheek yang selama ini telah melepaskan 'baton' kepada Ahmad Maslan pun mengeluarkan kenyataan. Tetapi kenyataan yang dikeluarkannya pula, nampaknya bakal menjadi api yang membakar punggung dan telapak kakinya. Kononnya kenyataan itu dibuat berdasarkan kajiselidik.

Free Malaysia Today melaporkan, Shabery Cheek mempertahankan GST pada kad pra-bayar telefon bagi mengelakkan kerajaan kehilangan lebih RM800 juta setahun sekiranya GST tidak dikenakan pada kad pra-bayar telefon. Katanya lagi, dua pertiga daripada pengguna telefon pra-bayar adalah warga asing, kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

Barangkali Shabery Cheek telah tersalah diberi laporan atau barangkali juga dia tersalah membaca. Hakikat bahawa HAMPIR KESEMUA REMAJA (bawah 21 tahun) di negara ini menggunakan telefon pra-bayar boleh jadi tidak dimasukkan ke dalam kajiselidik tersebut. Boleh jadi juga orang atau pasukan yang membuat kajiselidik itu hanya berkajiselidik di dalam pejabat atau mengambil data-data pasca bayar dari syarikat-syarikat telekomunikasi.


Kenyataan-kenyataan seperti inilah yang membuatkan Ahmad Maslan teruk diperlekehkan. Malah kenyataan-kenyataan seperti inilah juga yang akhirnya akan menempek kepada Najib Abdul Razak dan menjadikan Najib Abdul Razak sebagai sasaran kebencian melampau walaupun yang melakukannya bukan Najib Abdul Razak sendiri.

Dengan gelagat agensi serta golongan yang tidak berkredibiliti berlumba-lumba menjadi jurucakap dan media madness, keadaan ini bertambah buruk sehinggakan banyak keputusan kerajaan dilihat sangat FLIP-FLOP sehingga sudah wujud tanggapan bahawa Kerajaan Najib Abdul Razak tidak mampu membuat satu ketetapan dan keputusan tegas dalam menangani pelbagai masalah yang membabitkan kepentingan rakyat.

Nampak sangat Shabery Cheek terburu-buru dalam membuat kesimpulan mudah seperti itu selepas 'ditegur' oleh Perdana Menteri. Kenyataan tersebut langsung tidak mencerminkan hakikat yang sedang berlaku!



10 comments:

  1. PM,HassanMalek,AhmadMaslan kini ahmad saberi .... 6jahanam betul!

    ReplyDelete
  2. Aku ada 3 org anak sekolah menengah.. semua guna prepaid hp.. tu baru aku sorg? Anak org lain? Hp skarang dh jd keperluan.. bkn kehendak wahai pak menteri...

    ReplyDelete
  3. Isu ini kalau tk ditangani dgn betul boleh lingkup kerajaan najib, tahniah admin krna berani menegahkan isu ini ,blog2 pro kerajaan kelihatan tkot utk ulas isu ni, mana pegi slogan rkyat didulukn? Ungkapn shabery cheek masa pau lalu lembu2 suci hnya retorik! Semuanya main wagang

    ReplyDelete
  4. lagi baik dilucut jawatan shj.

    bercakap ikut suka dan makan komisyen siapa2 shj boleh buat..


    prepaid majoriti pengguna dan pengguna terbanyak ialah rakyat malaysia..

    disamping itu, apa usaha kerajaan mengurang penadadng asing?
    menambah ejen pekerja ialah usaha mengkayakan puak2 sambil menggadai masa depan negara..

    ReplyDelete
  5. lagi baik dilucut jawatan shj.

    bercakap ikut suka dan makan komisyen siapa2 shj boleh buat..


    prepaid majoriti pengguna dan pengguna terbanyak ialah rakyat malaysia..

    disamping itu, apa usaha kerajaan mengurang penadadng asing?
    menambah ejen pekerja ialah usaha mengkayakan puak2 sambil menggadai masa depan negara..

    ReplyDelete
  6. Slmm, we are really SEDIH dengan kenyataan GILA para manusia yg telah kami beri kuasa utk menjaga kemakmuran negara..

    ReplyDelete
  7. lepas sorang menteri menunjukan kebebalan kini seorang lagi menteri menunjukan kebangangan.saya orang umno pun dah rasa malu dengan kerajaan kempimpinan umbo/bn sekarang ni.ds najib tolong lah cari menteri yang bijak2 sikit bukan menteri oku macam sekarang ni

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya dua menteri ni letak saja jawatan secara terhormat. Dulu masa dilantik ingatkan IQ tinggi..rupa rupa NAJIB dapat menyeru BODOH dan TOLOL...PM NAJIB..tolong lah lantik orang lain gantikan kedua dia BAGHAL ni..

    ReplyDelete
  9. orang suh jd menteri kau nak jd menteri
    pas tu tak tau apa nak wat aduh pening
    betul la kau org nie

    ReplyDelete
  10. Dulu cakap cukai sst 6% sudah ada dalam setiap topup yg dibeli, apa salahnya cukai gst 6% pun dibuat benda yang sama macam dulu...kenapa dulu boleh sekarang tak boleh, bukankah kadar cukainya masih sama.
    Orang tak suruh hapus pun cukai pada topup...tapi kenapa mamat mulut berbuih ni cakap benda lain...mungkin CGPA dia lebih baik kot dari mamat CGPA yg sorang tu.

    ReplyDelete