Pages

Tuesday, May 12, 2015

INDONESIA HALAU BOT BAWA 500 PENDATANG HARAM MYANMAR DAN BANGLADESH KE MALAYSIA... KERAJAAN MALAYSIA BUAT APA?



Bot yang membawa 500 penumpang dari Myanmar & Bangladesh dihalau ke Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia membekalkan makanan, air dan perubatan kepada 500 pelarian Myanmar itu sebelum menghalau mereka ke Selat Melaka dan menuju ke Malaysia.

Lapor Reuters, empat kapal tentera Indonesia memberikan bantuan kepada mereka yang ditemui terdampar di Tanjung Jambu Ayer di utara Acheh sebelum ditarik keluar dari perairan negara itu.

Difahamkan, sejumlah besar kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berlayar menggunakan bot nelayan itu ditahan di perairan Langkawi.

Kebanyakan mereka yang ditemui ialah lelaki dan mereka hanya berseluar pendek atau kain pelekat dengan kemeja-T.

Sementara itu reaksi netizen di laman sosial pula mengkritik tindakan kerajaan Malaysia yang tidak tegas dalam soal menangani masalah pendatang asing tanpa izin.

"Kerajaan Thailand dan Indonesia bijak dalam menguruskan masalah pendatang. Kasihan memang kasihan tetapi berapa juta lagi rakyat pendatang yang kita harus tanggung dengan rakyat sendiri yang jelas sekali sudah terbeban dengan GST?" soal Khairul Anuar Muhd Ali yang bimbang jika kerajaan menerima mereka sebagai penduduk 'tetap' di negara ini.

"Bukan tidak kasihan, agak-agaklah. Bila mereka ini dah memenuhi Malaysia, akan jadi huru-hara nanti. Dengan Indon, Kemboja, Myanmar, Siam, Afrika, VIetnam, Filipina, baik angkut semua. Nanti esok lusa kita rakyat Malaysia sendiri yang kena halau," keluh Qistieyna Reyno.

Kerajaan perlu bertindak pantas memberi respon mengenai isu ini agar rakyat tidak tertanya-tanya dan menimbulkan pelbagai spekulasi yang negatif. (SUMBER)


6 comments:

  1. Tu yg depa suka..leh wat bisnes lg

    ReplyDelete
  2. Kesian mrk.
    Di ng sendiri disiksa, nak hijrah dihalau.

    ReplyDelete
  3. Nanti bg IC.. buleh mengundi...datang langkawi.. bersepah Burma ada IC..

    ReplyDelete
  4. Mengapa kita tak tunda semula?..BODOH!

    ReplyDelete
  5. Syukur BN yg dihina dicerca masih mempunyai perasaan kemanusiaan. Biarlah thai indon menolak mereka ke laut, kita ambil bukan kerana kita tidak tegas tetapi sebab ada lagi sinar Islam di dalam hati.
    Di dunia pun ada oran tidak di alu-alukan tidak bernegara pelarian namun masih ada ruang. Di sana nanti sudah tiada ruang, hanya syurga atau neraka.

    ReplyDelete
  6. bagus tuh sebolehnya biar banyak lagi org islam masuk malaysia..kalau kafir jgan bagi masuk...

    ReplyDelete