Pages

Thursday, May 14, 2015

LAGI KEMALANGAN MAUT MEMBABITKAN MYVI... KALI INI DI PRESINT 5, PUTRAJAYA... PEMANDUNYA TETAP WANITA!!!


Isu 6 buah Myvi dari sebuah kelab automatif berlumba di Lebuhraya DUKE dan membunuh tiga sekeluarga, termasuklah seorang bayi 7 bulan, yang kemudiannya dua orang pemandu telah didakwa tetapi mereka enggan mengaku salah sebaliknya menyalahkan mangsa walaupun rakaman CCTV dari pondok tol jelas menunjukkan mereka berlumba, masih lagi hangat diperkatakan. 

Kemarahan orang ramai yang sudah sedia mara dan tidak mampu berfikir waras, sehingga menyebabkan ramai pemilik Myvi yang tidak berslaah pula menjadi mangsa sembrono. Berita-berita tentang penganiayaan ke atas pemilik-pemilik serta pengguna-pengguna Myvi lain, seringkali kita boleh baca dan jumpa. 

Apa pun, kenderaan berjenama Myvi itu sebenarnya langsung tidak bersalah. Yang membuatkan reputasi jenama Myvi bertambah buruk adalah amalan memandu pemandu dan pemiliknya. 

Satu lagi kemalangan maut membabitkan Myvi yang kembali diperkatakan berlaku pada jam 9:33 pagi tadi di Jalan Presint 5, Putrajaya. Kali ini kemalangan membabitkan seorang Pembantu Pengurus berusia 36 tahun yang bekerja di sebuah hotel di Putrajaya. 


Pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut itu pula adalah seorang wanita berusia 30 tahun dan bertugas sebagai Juru Ukur Bahan.  

Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu Myvi yang bernombor pendaftaran WVX 7972 dengan penunggang motosikal dengan nombor pendaftaran WGX 3815. Pemandu Myvi dari arah Presint 5 menghala ke PICC, manakala penunggang motosikal pula menghala ke arah Hotel Pullman. 

Dalam kejadian tersebut, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan. Berdasarkan laporan, siasatan masih sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. 

Walau apa pun jenama kenderaan yang kita pandu atau tunggang, sebenarnya kita yang lebih perlu dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan diri, pengguna jalanraya lain serta kenderaan kita. 


9 comments:

  1. Memang Myvi tu tak salah , tapi pemandu wanita tu yang salah..
    kebetulan pulak 90% pengguna myvi adalah wanita...
    Wanita adalah makhluk yang memerlukan bimbingan kerana kemahiran berfikir mereka perlu dibimbing dan dipantau... sebab itu kalau otak yg perlu dibimbing ini berlumba, maka kemalanganlah padahnya...

    ReplyDelete
  2. Pemandu wanita MyVi, Kelisa dan Kancil memang memandu secara melulu. Anda perhatikan betul betul. Pemandu wanita MyVi, Kelisa dan Kancil memang kurang ajar, samseng apabila memandu. Kalau tak percaya cuba anda berada di Desa Pinggiran Putra, bersebelahan Putrajaya. Jam 8 pagi, 10 pagi tengahari dan jam 3 petang , kebanyakkannya pegawai kerajaan yg kerja kat putrajaya. Dah la memonteng kerja, samseng pulak. Makan duit haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata-rata sokong negara republik tu...

      Delete
  3. Pemandu wanita bersikap "ala samseng" sekarang ini semakin banyak. Di Pulau Pinang sendiri banyak pemandu wanita sebegini yang memandu secara biadap tanpa menghirau lain lain pengguna jalan raya. Keluar dari simpang tanpa berhenti dan asal dia bagi turning signal dia kira dia boleh terus aje corner dan kalau dah langgar orang dia masih boleh bertekak yang signal sudah diberi.

    ReplyDelete
  4. Mmg tepat langkah proton melabur dalam keselamatan kenderaan dgn memberi penekanan NCAP, seperti IRIZ dan Preve. Malang tidak berbau. Sokonglah Proton. Jgn terikut-ikut dgn RBA yg kerap mengkondem jenama proton setiap kali model baru dikeluarkan

    ReplyDelete
  5. Zaman ini kena saintifik sikit.

    jgn EMO..Fact & figure first

    Punca Kemalangan maut yg paling banyak
    1) Myvi, Lori ,4wd, pajero, bas, Proton, kancil, MPV?

    2) pemandu, lelaki, pemabok, pemaksa driver, wanita..?

    menteri kena dedahkn fakta, jgn asyi2 myvi shj yang dikecoh2 kan.

    Hari2 ada kes lori langgr Moto, ada menteri melawat mangsa & menggantung lesen syarikat LORI??

    Semalam ada 4WD mcm pajro langgar Melayu naik moto mati empat orang , mana puak2 elit ni? Pemandu budak 20 tahun tak ada lesen.

    Tak boleh rampas kereta itu?

    ReplyDelete
  6. pemandu kenderaan mampu milik seharusnya berwaspada di atas jalan raya. kalau suka pandu laju. buat litar lumba sendiri. jika pandu ikut suka di ats jln awam ini lah padah nya. sudah langgar mati batu kau tau nasib kau di mana. bersma amik iktibar

    ReplyDelete