Pages

Sunday, May 3, 2015

KES MYVI PEMBUNUH... DAH NAK BERBUNUH-BUNUH SAKSI PULAK!!!



Kemarahan pengguna media sosial khususnya warga Facebook terhadap penjenayah jalanraya yang telah mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka di Lebuhraya DUKE semalam, menyebabkan lebih banyak pembongkaran dibuat. Kumpulan atau kelab yang dianggotai oleh 6 buah MyVi yang terlibat dalam kemalangan tersebut, menjadi sasaran kemarahan.

Malahan ada pengguna Facebook yang mula mendedahkan butiran setiap seorang daripada mereka termasuklah kereta MyVi yang terlibat dengan kemalangan yang membunuh pasangan suami isteri malang bersama-sama bayi mereka.

Admin kelab tersebut cuba tampil untuk menafikan pembabitan ahli-ahli kelab tersebut. Bagaimanapun, di tengah-tengah kemarahan orang ramai, penafian tersebut seumpama mencurahkan minyak ke atas api yang bukan sahaja memarakkan nyalaannya bahkan membakar si penafi.


Setakat berita diterima, seorang pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan berkenaan telah ditahan oleh pihak polis, manakala baki daripada kelima-lima orang pemandu dan mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut, masih belum menyerah diri.

Rakaman CCTV yang turut disiarkan oleh pengguna Facebook dari pondok tol menunjukkan dengan jelas perlumbaan membabitkan kenderaan-kenderaan berkenaan. Penafian kononnya kenderaan-kenderaan tersebut tidak berlumba sebelum salah sebuahnya hilang kawalan dan membunuh pasangan suami isteri serta bayi mereka, dilihat seperti sebuah penafian palsu.



Warga media sosial turut mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan ke atas pelaku-pelaku jenayah jalanraya tersebut. Dan yang pasti, pengguna Facebook bukan sahaja 'MEMBANTU MENYALURKAN MAKLUMAT', bahkan turut membuat pendedahan identiti mereka terlibat yang mungkin akan menyebabkan masalah lebih besar berlaku. Terdapat juga desakan agar mereka menghadap kedua-dua anak yang menjadi yatim piatu angkara perlumbaan dan keseronokan di atas jalanraya melibatkan mereka.

Untuk makluman, pengguna-pengguna Lebuhraya DUKE terutama pada tengah malam kerap menyaksikan perlumbaan haram melibatkan pelbagai kenderaan sejenis termasuklah motosikal. Bagaimanapun, kurang operasi daripada pihak berkuasa menyebabkan gelagat tersebut bermaharajalela.

Bagaimana pula dengan CAKAP BESAR kononnya kumpulan tersebut mempunyai 'ORANG DALAM' sepertimana yang didedahkan oleh para pengguna Facebook? Adakah ianya satu fitnah juga?






4 comments:

  1. LU mau kita kasi keluar itu olang dalam kah.
    Semua olang mau jumpa sama lu punya olang dalam.

    Mau kasi settle dia olang punya saman. Kulang2 pun dia boleh tambah customer maa!

    Tapi gua mau kasi ingat sama lu, dua olang budak sudah tak ada mak bapak lo! Sudah mati.

    Lu lagi mau cakap besar. Ada olang dalam ptuiih!

    ReplyDelete
  2. Apebenda lah..xda krta mrengek nk krta.,da bkreta bunuh org pulak.,.bg aku je lah smbung byaq buat gi niaga pasar malam..

    ReplyDelete
  3. Dlm media sosial belum tentu posting tu asli dr tuan punya badan. Jgn lupa RBA tidak pernah duduk diam dan kerjanya sentiasa melaga lagakan rakyat terutama org2 melayu. KPI mrk lagi byk perbalahan dan pecah belah lagi mrk suka

    ReplyDelete
  4. Anon 9:18 Hang ni sasau ke try bangkitkan isu perkauman? Tak de jadahnya RBA nak pecah belahkan Melayu pakai isu ni. Lagipun yg meninggal satu keluarga kena hentam oleh myvi bangang ni, bukankah Allahyarham dan keluarga tu Melayu?

    ReplyDelete