Pages

Saturday, May 9, 2015

KETUA PUTERI UMNO PUN NAK BERCAKAP JUGA TENTANG TABUNG HAJI-1MDB... DAN SALAHKAN TABUNG HAJI!!!



Pergerakan Puteri UMNO meminta Tabung Haji (TH) bersikap lebih sensitif dari awal urusan jual beli ‎sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)

Pelbagai isu mengenai pengurusan risiko harus dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan membabitkan dana awam diputuskan walaupun disifatkan dapat memberi keuntungan kepada rakyat untuk jangka masa panjang.

Puteri UMNO tidak mahu sebarang kes 'sudah terhantuk baharu tengadah' seperti yang berlaku dalam isu pembelian tanah ini berulang pada masa hadapan yang dilihat boleh mengurangkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Seperti sedia maklum, pada tengah hari Sabtu, Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim memaklumkan mendapat nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjual balik‎ tanah TRX yang dibeli dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta ekoran kontroversi.

Bagaimanapun, kenyataan Azeez bahawa kini sudah ada tiga pembeli yang berninat dan TH dijangka akan mengaut keuntungan melalui transaksi tersebut disifatkan melegakan dan menguatkan hujah Azeez untuk mengelakkan fitnah pembelian itu yang didakwa demi menyelamatkan 1MDB.‎‎

Pergerakan Puteri UMNO juga tetap bertegas tidak akan bertoleransi dengan sebarang usaha atau langkah pembelian apa sahaja hartanah dan aset oleh mana-mana agensi berkepentingan rakyat dan kerajaan dengan menggunakan dana awam tanpa penerangan terperinci kepada masyarakat.

Bagaimanapun, Puteri UMNO tetap mahu pihak mana-mana berkenaan memberi penjelasan terperinci terhadap apa juga alasan yang diberi walaupun pada awalnya ia dikatakan pelaburan jangka masa panjang sekali gus menguntungkan pendeposit serta TH sendiri di dalam operasi mereka.

Pembabitan 1MBD didalam transaksi ini sebenarnya masih menimbulkan tanda tanya pada saat syarikat itu sendiri masih dibelenggu kemelut dan di dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Puteri UMNO menggesa satu kajian komprensif terhadap sebarang urusniaga dengan agensi kerajaan melibatkan dana awam membabitkan 1MDB yang mungkin diteruskan pada saat ia masih di dalam siasatan PAC selain banyak dikritik serta dipersoal masyarakat termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Puteri UMNO tidak mahu transaksi urus niaga di antara TH dan 1MDB ini menjadi faktor pengurangan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN, kerana itu bukan sahaja TH, namun kedua-dua agensi perlu memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat terhadap tindakan mereka sebelum ini.

Seperti diketahui juga, beberapa nama di dalam pengurusan tertinggi TH yang mempunyai kaitan dengan 1MDB turut menjadi persoalan. Dalam isu berkaitan, Puteri UMNO mahu mana-mana individu yang mempunyai kepentingan di dua syarikat melibatkan kerajaan dan dana awam dikaji semula untuk mengelakkan konflik kepentingan dan sikap bias individu yang berkenaan dalam membuat keputusan.

Umum juga sedia maklum proses penyiasatan terhadap 1MBD sudah berada di fasa terakhir‎ dan sebarang isu yang timbul hanya akan mengganggu siasatan selain memburukkan persepsi terhadap agensi berkenaan.

Sebagai cadangan, Puteri UMNO melihat TH seharusnya perlu memberi sedikit masa dan menunggu siasatan PAC terhadap 1MDB selesai sebelum mengambil keputusan mengumumkan pembelian tanah yang dikatakan membawa keuntungan jangka masa panjang berkenaan.

TH perlu memaklumkan alasan tidak mengumumkan keputusan mereka yang tidak mengumumkan pembelian tanah TRX pada awal urusniaga agar masyarakat mempunyai kefahaman terhadap keputusan TH itu selari dengan agensi pelaburan seumpamanya di negara ini.

Pada pemikiran saya, pendeposit harus memberi kepercayaan kpd tabuung haji apabila organisai tersebut telah mentadbir TH dgn baik sebelum ini. Pendeposit akan mendapat dividen yg tinggi. Namun dalam usaha meraih semula kepercayaan pendeposit, TH harus memberikan penjelasan yg lebih meyakinkan dalan isu urusniaga pembelian tanah tersebut.

Bagaimanapun, sedikit persoalan mengenai kadar semasa tanah juga perlu diberi penjelasan kerana pendeposit merasakan dana pembelian itu melibatkan wang mereka sendiri agar situasi menang-menang diterima daripada pihak kerajaan, agensi terlibat dan sentiasa mengutamakan isi hati rakyat pada akhirnya.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Merangkap
Ahli Parlimen Masjid Tanah


12 comments:

  1. Tanah terlepas satu badan bau tahi

    ReplyDelete
  2. simpan kat th tu bukan nak faedahnya tapi kumpul untuk mudah nak pegi mekah

    lepas ini apa pulak bsn/amanah raya
    ada saja perangai buruk

    ReplyDelete
  3. Kedua-dua sayap Umno dah begong,konon nak ajar org itu ini,nampak sangat mengada-ngada.Dia ingat urus TH tu macam urus Puteri Umno ke,sentiasa dapat duit terpijak,boleh mintak sana minta sini begitu saja bila nak buat aktiviti ?.Dah berpuluh tahun TH di uruskan secara profesional dan boleh beri dividen pada penabung tanpa henti dan bagi subsidi lagi pada mereka yg nak menunaikan haji.Nak ajar TH konon.Boleh jalan dah.

    Menyampah aku tengok muka ketua Putri ni dari dulu lagi,tak dak buat apa pun.Azlina Tom Boy jauh lebih baik.Tobat lahum aku tak akan undi Umno lagi,alang-alang biarlah lungkup semua.Nak berpecah belah ,biar berpecah belah betul.separuh ikut si tua kutuk mamak kutty ,separuh lagi macam aku ni but dek je ,jangan sokong lagi Umno.

    ReplyDelete
  4. Nak jugakkk.. aritu kemain lambung lg najib.. kalu najib senang je suh jual x mustahil juga najib juga yg arah th membeli tanah tu kan.. najib da salah guna kuasa.. najib, faham2jela

    ReplyDelete
  5. Ketua Puteri elok jaga Apom sendiri dulu..takut masam dan tengit. .Tabong Haji tu ada Pengerusi Fatwa Kebangsaan lah minah ngok oi. ..nak tunjuk baik pulak..dah tersepit nak bubuh bedak ginchu nampak baik..apa punya Badut Umno

    ReplyDelete
  6. Jaga apom sendiri LA Badut Umno

    ReplyDelete
  7. Sokongan kepada BN dah lama semakin malap!

    ReplyDelete
  8. Beranikah puteri atau putera atau pemuda atau klab timbalan ketua bahagian atau ketua bahagian memulakan langkan dengan 3 ayat ' Najib perlu undur' . Yang pasti tidak akan ada satu suara pun yang akan berkata ayat keramat tersebut. Jika ada satu ketua bahagian yang berani usulkan ' ayat tersebut' maka dia akan jadi hero malaya kerana semua ketua bahagian hanya menanti siapa hero tersebut.

    ReplyDelete
  9. Aku nak tanya soalan ni.
    1. Adakah kita suka jika 1mdb terus rugi dan jangan sesekali sesiapapun cuba selamatkannya?
    2. Adakah kita tahu bahawa 1mdb adalah wang negara, wang rakyat dan wang kita? Kenapa kita nak bakar tabung duit kita sendiri?
    3. Adakah 1mdb itu sejenis najis berat sehingga tidak boleh langsung berurusan dgnnya? Jangan beli atau bertransaksi apa2 dgn 1mdb kerana hukumnya haram?
    4. Adakah jika 1mdb rugi teruk maka ekonomi rakyat akan meningkat dan kehidupan rakyat makin selesa?
    5. T.Haji tidak boleh berurusniaga hartanah dgn 1mdb kerana keuntungannya tidak halal dan menjadikan wang pendeposit menjadi haram?
    6. Apakah keuntungan yg kita dpt jika 1mdb rugi besar, hutang berpuluh bilion dan bankrup?

    Moralnya, jangan bakar dapur kita hanya kerana gas habis, nanti kita sendiri hilang tempat tinggal. Teroaksa mengemis dgn jiran.

    ReplyDelete
  10. Kalau THP beli tanah yang sama dengan harga RM 188 juta dari Khazanah, UDA atau pemaju swasta agak2nya pencarum melenting tak?

    THP beli harta diUK tak bising pulak.

    ReplyDelete
  11. Ini seperti marahkan orang yang beli makanan dan keracunan, tapi tak siapa berani marah penjual makanan (Menteri Kewangan) yang tak bertanggungjawab.

    Apa salahnya salurkan kemarahan anda kepada Menteri Kewangan 2 atau Ahmad Maslan? :-)

    Itu adalah langkah yang paling hampir menuju sasaran sebenar (Menteri Kewangan yang juga Pengerusi 1MDB dan kebetulan juga seorang PM).

    Kalau nak cari seorang kambing hitam, ada seorang pegawai kanan di Kementerian Kewangan yang ada jawatan dalam Tabung Haji dan 1MDB. Sila salurkan kemarahan kepada beliau.

    Semua kemarahan itu, bagaimanapun adalah kemarahan seorang pengecut!

    Anda patut tahu siapa punya arahan di sebalik semua transaksi ini dan siapa sebenarnya yang sepatutnya dipersalahkan!

    ReplyDelete
  12. Pund*k ah,sejak bila lak tabong aji buat investment nak kena tanya pendapat ketua puteri umno,apa yg smua org jd bangang ni..apa da jd dgn org mlayu ni sbenarnye..mana sayap2 umno bila kerajaan penang dan selangor melapah tanah2 kerajaan negeri,bila tanah kelate cino leh pajak berelung2 bikin sawit..mana gerak gempur korang.bior je isu belalu,napa tak jdkan besor ? Napa tak fight mintak diaudit .geli geleman aku ah wei..aku mcm nak kencing je kat muka ni plak..

    ReplyDelete