Pages

Wednesday, May 27, 2015

MACAM MANA NURUL IZZAH YANG ADA 14 SAMAN TRAFIK TAK BERBAYAR BOLEH PERGI KE OSLO DAN BURUKKAN NEGARA?


Seorang dispatch yang mempunyai 14 saman trafik tertunggak telah ditangkap, kemudian digari, dimuatkan ke dalam van polis dan visualnya disiarkan oleh stesen televisyen. Dia kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 28 hari.

Dia hanyalah seorang dispatch dan tidak mempunyai sebarang pengaruh atau pun limpahan lampu kamera mahupun mikrofon ceramah. Dia tidak mempunyai pengikut dan tidak mampu menggerakkan massa untuk berdemonstrasi dan membuat kacau serta menghasut walaupun di Parlimen.

Justeru, mudahlah kerja untuk memenjarakannya, apatah lagi besar kemungkinan dia tidak mampu membayar harga mahal untuk perkhidmatan guaman.

Tetapi Nurul Izzah yang sama memiliki 14 saman trafik tertunggak, langsung tidak ada dalam senarai untuk ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Nurul Izzah juga tidak ada dalam senarai untuk dimasukkan ke penjara selama 28 hari kerana tidak membayar saman trafik tertunggak.

Malahan lebih menarik lagi ialah apabila Nurul Izzah boleh pula terbang ke Oslo, Norway untuk menghadiri Forum Freedom dan memberitahu para hadirin forum yang dia merupakan buruan kerajaan. (BACA DI SINI)

Timbul persoalan, adakah OPS WARTA yang telah dilancarkan oleh PDRM untuk memburu pesalah-pesalah trafik yang enggan membayar saman mereka, tidak melibatkan orang-orang seperti Nurul Izzah? Adakah undang-undang itu sekadar untuk orang awam tetapi langsung tidak melibatkan para pemimpin politik yang dengan megah mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan ketidakadilan dan kezaliman tetapi pada masa yang sama, mereka yang berlebih-lebih melakukan kezaliman dan tidak mengikut undang-undang?

Kalau operasi penguatkuasaan itu tidak memilih bulu, bagaimana orang seperti Nurul Izzah boleh ke luar negara dengan bebas tanpa menyelesaikan tunggakan saman trafik mereka? Bagaimana orang seperti Ngeh Koo Ham yang mempunyai lebih 70 saman trafik tertunggak boleh terlepas begitu sahaja?

Adakah undang-undang hanya untuk orang bukan politik, anak-anak bilis tetapi apabila melibatkan pemimpin-pemimpin politik, walaupun mereka terang-terang melakukan kesalahan dan perlanggaran undang-undang, perbuatan mereka itu akan dilindungi dengan penguatkuasaan ke atas orang awam?

4 comments:

  1. Tunggu komen canggih dari KPN melalui instagramnya....

    ReplyDelete
  2. dan tentunya mat despatch tu adalah seorang budak melayu... Syabas PDRM!!!!
    syabas kerana keberanian PDRM untuk memenjarakan seorang budak melayu yang bergaji sekitar RM900.00... padan dgn mukanya..

    ReplyDelete
  3. wassalam. tangkap sajo lah jangan bori sobab-dio orang politik ko tidak. tangkap jo

    ReplyDelete
  4. DEWA DEWA....ORANG KAYANGAN....SUSAH MAU TANGKAP.....

    ReplyDelete