Nak cerita dan selamatkan alam sekitar?
PERGI AFRIKA LA!!!
Siapa yang cakap macam tu
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ADUN Batu Lanchang yang juga merupakan Exco Pelancongan Pulau Pinang, Danny Law. (RUJUK SINI)
Difahamkan lebih 100 botol champagnes jenama Moet & Chandon telah dijamu di Providence, sebuah kelab mewah di Kuala Lumpur sempena hari jadi NIGEL LAW, anak lelaki Danny Law Heng Kiang. Gambar-gambar sambutan mewah itu boleh dilihat menerusi Instagram peribadi Nigel Law sendiri. (RUJUK SINI)
Lebih menarik lagi ialah berdasarkan Facebook peribadi Nigel Law, sama ada dia memiliki sepenuhnya atau pemilik bersama Blonde & Brunette Malaysia, sebuah salon rambut untuk masyarakat atasan di Gurney Paragon yang telah dirasmikan oleh bapanya sendiri, Danny Law pada tahun 2013.
Namun menerusi Facebooknya jugalah, Nigel Law memaparkan gambar-gambar percutian mewahnya di Eropah, makan malam di beberapa restoran mewah terkenal Eropah dan gambarnya berfoya-foya dengan arak mahal. Dalam salah satu gambarnya, Nigel Law diperlihatkan memakai jam tangan berjenama ROLEX SUBMARINER yang harganya, tidak mungkin mampu dibeli oleh seorang eksekutif bergaji RM10,000 sebulan. Terdapat juga gambar pemanduan Bentley dengan tangan pemandunya tersarung jam tangan Rolex Submariner, sama seperti yang dipakai oleh Nigel Law ketika bercuti di Siem Reap pada Disember tahun lepas.
Para pemimpin DAP seringkali bercakap tentang kerajaan mereka yang sangat berhati-hati menggunakan dana awam, menentang penyelewengan kuasa, sangat telus dan bersih daripada korupsi dan tidak mengamalkan kronisme.
Danny Law Heng Kiang hanya memulakan kerjayanya selaku pegawai bank sebelum memenangi kerusi DUN Batu Lanchang pada tahun 1999. Dia kalah pada tahun 2004 tetapi memenanginya semula pada tahun 2008 dan kemudian dilantik sebagai salah seorang Exco Negeri.
Danny Law sepatutnya menceritakan dan berkongsi kisah kejayaan anak lelakinya kerana sebelum dia menjadi Exco, dia hanyalah memandu PROTON WIRA dan tinggal di sebuah pangsapuri kos sederhana di Greenlane.
Adakah Danny Law akan menyatakan dan menuduh bahawa kesemua gambar tersebut adalah fitnah semata-mata. Individu di dalam gambar berkenaan bukan anak lelakinya, NIGEL LAW HUN CHUEN yang dilahirkan pada tahun 1989?
Kembali kepada persoalan pokok...
Danny Law dilihat cuba untuk membela kegiatan menebus tanah dan kegiatan penjualan tanah-tanah kerajaan negeri dengan kata-katanya yang masyhur itu.
Semenjak 2008, Kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah bernilai lebih RM10 bilion menjadikan pemilikan Kerajaan Negeri ke atas tanah di negeri tersebut jatuh dari 18% menjadi 6%.
Berikut adalah senarai tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Lim Guan Eng yang disertai oleh Danny Law. (DI SINI)
Persoalan besar yang sedang ditanya dan langsung tidak dapat dijawab oleh Lim Guan Eng... KE MANA KESEMUA WANG ITU PERGI?
Baki tanah 6% yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang, adalah tanh-tanah tidak berharga yang bersaiz kecil atau terletak di lereng atau di puncak bukit.
Disebabkan itulah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersungguh-sungguh mahu menebus tanah tanpa mempedulikan sensitiviti ekologi di mura sungai antara Pulau Pinang dan Butterworth. Tanah itu bernilai RM27 bilion kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
DAP tidak peduli yang kawasan tersebut merupakan satu-satunya kawasan rumpai laut di Pulau Pinang dan merupakan kawasan habitan dugong dan kawasan pembiakan ikan, udang dan ketam negeri itu.
Anda boleh membaca kes ini dan melihat sendiri peta kawasan yang akan ditebusguna DI SINI.
Banyak pihak termasuklah ADUN-ADUN dari DAP sendiri (RUJUK SINI) yang menentang projek tebusguna tersebut...
SPRM no ? WHY ?
ReplyDelete