"Saya sungguh terkejut apabila terbaca coretan bekas Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim yang telah lupa nilai-nilai moral. Komen beliau mengenai bagaimana isteri bakal Perdana Menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau,” kata Rizal Mansor dalam kenyataan akhbarnya hari ini.
"Igauan beliau secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang cauvinis dan mencari publisiti murahan dengan mengkritik seorang wanita yang prihatin dan bersifat keibuan terhadap rakyat Malaysia," ujar beliau.
Menurut Rizal, sebagai seorang ahli politik 'kangaroo', Zaid cuba mengisi masa lapangnya dengan mereka cerita khayalan dan mitos.
"Saya pasti seorang yang waras tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegini," katanya lagi.
“Zaid mudah lupa,” kata Rizal.
"Beliau mungkin terlupa atau terlepas baca kisah salah seorang pelajar kita yang ditahan di Mesir selepas disyaki menjadi perisik. Datin Seri Rosmah Mansor, tanpa mengenali pelajar tersebut telah segera membuat panggilan kepada isteri presiden Mesir ketika itu (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan dan boleh pulang meneruskan pengajian,” jelas beliau.
“Sudah tentu, Zaid sebagai seorang peguam dan bekas Menteri Undang-undang akan melompat kangaroo dengan mengatakan bahawa perkara ini harus dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri dan pegawai-pegawai yang berkenaan. Datin Seri mengambil inisiatif ini atas naluri keibuan beliau. Lebih-lebih lagi, perkara ini diselesaikan tanpa publisiti," ujar Rizal.
Rizal juga menambah bahawa semasa Ops Piramid, pelajar-pelajar kita terkandas di Mesir semasa pemberontakan Arab. Datin Seri Rosmah telah menggunakan hubungan baik beliau dengan keluarga diraja untuk menghantar pelajar ke tempat selamat dalam masa yang singkat.
"Ini adalah senario luar biasa, dan Datin Seri telah melaksanakannya kerana hubungan rapat beliau dengan keluarga diraja Arab, ujar Rizal lagi.
"Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan dua jet Jumbo untuk menghantar pelajar-pelajar kita ke Jeddah.
Kita tidak perlu memuji Datin Seri Rosmah, tapi sekurang-kurangnya janganlah dicemuh tanpa berhati perut.
"Datin Seri Rosmah telah memulakan program PERMATA, dimana ini merupakan satu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur 4 untuk menawarkan mereka penjagaan dan bimbingan awal. Sistem ini adalah untuk merangsangkan keupayaan pemikiran anak-anak dan memupuk eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman pada usia yang sangat awal. Idea ini lahir dari inisiatif Datin Seri Rosmah. Sebagai seorang ibu, dia memahami akan keperluan pendidikan awal dan proses ini bakal melahirkan warga Malaysia yang lebih relevan dan berdaya saing pada masa akan datang, " sambung Rizal lagi.
"Bagaimana Zaid telah melupakan perkara-perkara ini? Beliau lupa atau hanya bertungkus lumus mencari perkara negatif untuk di ketengahkan,” soal beliau.
Rizal seterusnya berkata bahawa dalam proses melangsaikan dendam peribadi beliau terhadap Datin Seri Rosmah, Zaid tidak seharusnya lupa bahawa dia sedang mencemuh seorang wanita yang prihatin dan penyayang. Kesejahteraan rakyat Malaysia adalah keutamaan Datin Seri Rosmah.
"Datin Seri Rosmah adalah seorang yang bijak dan berani. Beliau juga sungguh vokal dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan individu - individu kenamaan antarabangsa; demi memasyurkan nama negara di pentas dunia, salah ke perbuatan ini, Saudara Zaid?,” soal Rizal lagi
“Sudah tibalah masanya untuk Zaid keluar dari bawah tempurung dan menerima hakikat bahawa isteri PM anda adalah seorang wanita Islam yang berani dan bijak, " saran Rizal lagi.
"Adakah anda cuba mengetengahkan bahawa wanita hanya perlu menjadi pasif dan duduk di dapur? Wahai Zaid, ini adalah tahun 2015 dan wanita mempunyai kaliber dan keupayaan sama setanding dengan lelaki," selar beliau.
"Rakyat Malaysia patut berbangga dengan isteri PM yang merupakan seorang wanita yang berani dan bijak, dan turut membantu suami dalam melaksanakan tugas-tugasnya, secara tidak langsung,” sambung Rizal lagi.
"Zaid perlu berhenti mengkritik seorang wanita yang sedang melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Beliau perlu lebih fokus kepada perkara positif dan berusaha berbuat sesuatu demi masyarakat Malaysia, tanpa hanya duduk mereka cerita-cerita mitos,” saran Rizal.
Rizal Mansor mengulas mengenai artikel "The people’s PM" yang disiarkan pada 18 Mei 2015 di laman blog Zaid.
Kalau isteri PM Malaysia boleh buat mcm tu..isteri ketua negara lain tak boleh buat ker untuk mempengaruhi dasar pemerintahan Malaysia...susahlah klu kitchen cabinet terlibat.
ReplyDeleteLain kali kita pilih mana2 bujang lapok jd PM. Takde la pompuan nk masuk campur urusan negara ye tak
ReplyDeleteHabis anak hippo sendiri diabaikan apo nak dikato??
ReplyDeleteHippo ni gila kuasa gila glamor - mana ada isteri PM terkinja kinja menarilah menyanyilah - nak setanding Siti Nurhaliza ke - jangan mimpilah
Tugas menteri luar dipikulnya, tugas TPM pun diangkut dia, tugas Kementerian Pelajaran pun dia nak kapo dgn PERMATA lah - apa aje
Rizal ni kaki ampu - kalau hippo asyik asyik minta tolong dgn negeri asing - agak agak negeri negeri ini akan minta BALASAN tak ekkk??
Jangan terlalu berhutan budi - cara yg paling selamat adalah melalui protocol bukan gua tolong lu - lu tolong gua
macam jholow tolong hippo - hippo terpaksa tolong jholow - ya tak??
KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor, the wife of prime minister Najib Razak, has said in no uncertain terms that if Indians guard her dignity and honour from online critics, she would be in a better position to help them more in their endeavours. Speaking to 1,000 Indian graduates of a training course organised by the National Affirmative Action Movement (NAAM), Rosmah said, “If you stand by me, I can do much more for you, insya’allah,”
ReplyDeletehttp://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.sg/2014/12/rosmah-protect-me-please.html
So you see the kind of person hippo is - all for her own benefit
Better teach them IT to know how to answer back to those nasty people,” she said in reference to those who posted scathing comments about her online.
ReplyDeleteAnd just in case her audience did not fully comprehend her instructions, she elaborated, “Standing by me means, you have to protect me… be in front of me and protect me, please.”
Rosmah said this in her speech at the event that was also attended by Youth and Sports Ministry officials as well as Wanita MIC leaders.
ketika lahad datu diserang
ReplyDeleteketika tragedi MH370
adake hippo cuba menolong?
cubalah tengok video2 dimana orang kampung hippo, adek dan saudara mara nya bercerita tentang hippo
paling ketara adalah rupa sihippo ni ketika remaja, boleh berubah dgn begitu drastic - apa dah jadi
betul ke dia ni kahwin darurat dgn kangkung
Kesejahteraan rakyat Malaysia adalah keutamaan Datin Seri Rosmah
ReplyDeleteYa ke??
Apasal pegi shopping ketika rakyat dilanda banjir hah??
http://maharaja-kaiser.blogspot.sg/
Seburuk buruk rosmah , dia ada menolong .wan azizah ada? Betty ada? Shamsidar ada? Jgn jadi bangsa tak kenang budi saudara!
ReplyDelete7.02
DeleteYang ni aku setuju!
ReplyDeleteADAB BERINTERAKSI DI DALAM AL QURAN
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kamar-kamar
(Al-Ĥujurāt):11 - Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):12 - Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):13 - Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):14 - Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):15 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Orang ke hantu... Yang mengelar manusia lain dengan nama binatang ..hippo.. Lihat dulu apa jasa awak? ... Kalau tak ada yang boleh dipuji elok duduk aje diam diam
ReplyDeleteWan Azizah menang undi rakyat Kajang dan Permatang Pauh
ReplyDeletePada tahun 2005, Betty adalah ketua sayap wanita DAP Melaka, dan juga mewakili kawasan Kota Laksamana di Dewan Undangan Negeri Melaka.
Shamsidar tak pernah menyebuk masuk campur urusan Azmin.
Sihippo ni berlagak macam dia dilantik PM pulak.
Dahlah tak tahu malu, makan pun tak tahu kenyang
ish ish ish ... penjilat hippo ni tahap budak sekolah PERMATA
Masalah nya ds najib ada masalah dengan spesis faminin. Dulu bermasalah dengan isteri pertama pilihan bonda nya. Isteri PM tidak harus berjanji itu dan ini melainkan dia ada kuasa veto.
ReplyDeleteManusia jenis apa yang suka menghina hamba Allah dengan pelbagai gelaran, jika kita sekadar membaca, mendengar perihal beliau melalui media sosial adakah kita terus menjatuhkan hukum, adakah beliau begitu bodoh utk mencemar maruah suami sendiri, dia benar atau salah masa menentukan kenapa kita yg susah hati memikirkan beliau..
ReplyDeleteBetul tu. Ada tak isteri pemimpin I slam Malylaysia sanggup teman suami PM kuta lawat GAZA yg sedang bergolak mada dulu?
ReplyDeleteBuat Datin Rosmah Mansur,biarlah mereka yang memang ALLAH dah butakan hati dan butakan akal mencerca atau menghina Datin.Sesungguh setiap perbuatan akan Allah balas nanti.Bersabarlah dan bertawakal lah agar Allah beri petunjuk dan hidayah kepada mereka ini.Sebenarnya mereka yang suka menghina ni ada mental disorder.So tak payah layan.berzikir ,berselawat lagi bagus dari membalas cercaan mereka .Itulah harga yang perlu dibayar oleh datin kerana ditakdirkan bersuamikan seorang pemimpin Msia di akhir zaman ni.
ReplyDeleteAisehman ramai konon tak nak aibkan orang... tapi takkan nak bela lanun, penipu, pencuri, pembunuh kot
ReplyDeleteish ish ish ada orang ni buta pekak tuli sebab baik konon
cuba baca ni dan faham isi kandung, jangan nak gaya alim konon
ReplyDeletehttp://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/2067-F-L-O-M-A-first-in-Malaysia-A-Pantry-Cabinet