Polis telah mengenalpasti suspek lelaki di dalam klip video yang merakamkan perlakuan seksnya bersama pasangannya di balkoni sebuah apartment di Bangsar South, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, berdasarkan laporan daripada orang awam, lelaki di dalam video tersebut adalah seorang warga asing berusia 30-an yang telah menyewa apartment tersebut dengan pasangannya.
Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati lelaki tersebut masih berada di negara ini.
Azlee juga berkata, polis sedang menyiasat orang yang telah merakamkan video tersebut dan cuba mengesan lokasi sebenar di mana laporan persetubuhan tersebut dilakukan.
Ketau Polis Daerah Brickfield itu berkata, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Video seks berdurasi 30 saat itu menjadi viral di media sosial selepas ia dirakamkan oleh seorang penyewa di sebuah apartment bertentangan.
- AWANI
Org melayu asyik berbalah sendri..syaitan sdh mghantar dajalnya nk tgk sejauhmna kekuatan islam dlm mlysia..adakah org2 melayu islam sdr atau tdk..yg sy tahu hRi ini..org melayu sdg berlumba2 mgejar pangkat dan kuasa..sdgkan musuh ugama sdh semakin dekat..
ReplyDelete