Pages

Thursday, May 7, 2015

SELEPAS KEPUNG DAN SERANG KENDERAAN POLIS, PECAHKAN CERMIN KERETA BAWA PENGUNDI DAN CUBAAN BAKAR VAN WANITA UMNO, KINI PENGUNDI PULA JADI SASARAN SERANGAN ANARKI PAKATAN!!!



Mereka tidak kecewa, sebaliknya mahu menakut-nakutkan pengundi daripada menjalankan tanggungjawab.

Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa ada perubahan besar yang sedang berlaku di Permatang Pauh.

Mereka mensasarkan golongan wanita sebagai mangsa serangan bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi-pengundi yang lain.

Dan mereka sedang dalam rangka untuk memastikan sistem pilihanraya di Permatang Pauh ditamatkan lebih awal kerana alasan keselamatan.

Itu sahaja sebenarnya yang mereka mahukan.




Kerana itulah, pelbagai serangan dan provokasi telah mereka lakukan. Dengan jumlah yang keluar mengundi jauh lebih rendah berbanding jangkaan awal, ada sebab mengapa PKR dan Pakatan Rakyat berasa sangat gusar dan mula melakukan pelbagai perkara tidak masuk akal.

Satu serangan ke atas pengundi dilaporkan berlaku di Tanah Liat. Kejadian tersebut bermula dengan baling membaling objek sebagai provokasi di hadapan kawasan mengundi SK Tanah Liat. Dan akhirnya seorang wanita tercedera.



Manakala dalam satu kejadian lain, seorang lelaki turut dibaling batu oleh para penyokong PKR yang menuduhnya sebagai pengundi hantu. Seorang petugas media turut dipukul oleh penyokong PKR di hadapan SK Tanah Liat.

Kejadian dan provokasi seperti ini pastinya akan dipertingkatkan menjelang petang ini... Tiada yang lebih penting bagi PKR melainkan untuk memenangkan Wan Azizah dengan apa cara sekalipun.








No comments:

Post a Comment