Pages

Sunday, May 24, 2015

SELEPAS TAK JADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN, BARULAH PUAD ZARKASYI NAMPAK MASALAH KEMENTERIAN!!!


Benda ni, dah lama disebut, diulang, dibisingkan dan dilaung-laungkan. Dengar peruntukan daripada Kementerian, besar. Dengar peruntukan yang turun dari Kerajaan Pusat, sangat besar. Ia bukannya masalah selepas Puad Zarkasyi tidak lagi menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan hanya sekadar Ketua Pengarah JASA yang dilantik dan bukannya dipilih. Malah pada zaman Puad jadi Timbalan Menteri pun, benda ni dah disebut-sebut, didedahkan, dan dibisingkan.

Mengapa pada zaman dia jadi Timbalan Menteri Pelajaran, tidak pula memekak seperti sekarang? Kenapa sekarang, baru nak luahkan di media sosial seolah-olah mahu membuktikan yang dia buat kerja?

Masa buat lawatan berjalan kaki, mendaki bukit di Nabawan beberapa tahun lampau dan kemudian terpaksa meminta helikopter sebab dah tak larat jalan kaki, mengapa tak diperjuangkan bersungguh-sungguh?

Ketua Setiausaha Negara semalam menyatakan lebih kurang 5000 kakitangan kerajaan telah didapati bermasalah (BACA DI SINI) dan tindakan ke atas mereka, terlalu ringan dan mudah. Malah ada yang masih disimpan dan dibiarkan walaupun tindak-tanduk mereka semakin menjahanamkan perkhidmatan awam, malah ada yang bertindak menjadi agen politik pihak pembangkang terutama sekali di kalangan guru.

Laporan Ketua Audit Negara saban tahun menunjukkan berlakunya ketirisan, kegagalan di peringkat perlaksanaan, malahan kelambatan bertindak pada peringkat daerah dan negeri walaupun peruntukan telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.


Puad Zarkasyi memekak tentang Menteri dan Timbalan Menteri (ini termasuklah dirinya sendiri sewaktu dia menjadi Timbalan sebelum ini) yang kononnya malas turun padang. Bagaimana dengan pegawai-pegawai pada peringkat PTD, PPD dan JPN? Apakah dengan kedatangan Menteri dan Timbalan Menteri sahaja, maka barulah semua kerja boleh jalan?

Mengapa kakitangan dan pegawai di peringkat-peringkat itu langsung tidak disentuh? Adakah mereka cukup kebal sehinggakan KEMALASAN DAN KECULASAN serta GILA NAK TUNJUK KUASA, kemudiannya dialihkan kepada Menteri dan Timbalan Menteri?

Kebanyakan guru cukup maklum dengan pegawai-pegawai di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Ramai juga yang bermasalah dengan PTD di Putrajaya.

Mengapa Puad yang merupakan Ketua Pengarah JASA tidak melihat dan menuju kepada permasalahan sebenar.

Atau lebih senang untuk membalun Menteri berbanding kakitangan awam yang dibayar gaji setiap bulan untuk dilihat sebagai HERO DAN PERWIRA?

No comments:

Post a Comment