Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran
kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet
bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.
Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik
kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam
perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.
"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.
"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun
banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat
tengah hari tadi.
Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara
secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa
penglibatan PAS dan PKR.
Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet
bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi
bekerjasama.
Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa
veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama
Pakatan Rakyat. (ASTRO AWANI)
Confirm U-turn lepas ini
ReplyDeleteKalau PAS bersendirian.... bye2 umno.
ReplyDeleteSusah no nak paham puak puak pas ni, dah dihalau, disuruh keluar, tak keluar keluar, punyalah hina. Sebijik mcm cerita kalbun dlm Al Quran, dihalau dia jelirkan lidah, dibiarkan pun dia jelirkan lidah.
ReplyDeleteMelayu oh melayu...dap sdh menunjukan kekuatan mereka yg selami di pendam..prtama cita2 dap..mghancurkan melayu..berbalah sesama sndri..ke2..membela melayu yg blh di jadikan tali..dap.jika pemilihan pas kali ini tdk myinkirkan tali barut dap..pas akan begini jgk..yg rugi..bkn shj pas tp kpd org melayu sendri...paa dan umno hnya perbezaan politik..kiblat tetap sama..krn..kiblat tdk blh megubah pendirian yg mgaku drinya mgucap dua kalimah syahadah
ReplyDeletePas mau putuskan hubungan dgn dap?
ReplyDeleteHj hadi lu mimpi ka?
Kiamat dunia pun lu tetap jilat ponggong dap lah!
Bila Cina memerintah melayu cuma dapat hampas
ReplyDeleteNak tahu kenapa lge sungguh2 nk hadi kuar?
ReplyDeletebila hadi petik kuar ja.. Maka pas pun berpecah lah 2.
Pas dan pasma.
Pasma presiden ahmad awang.. Naib mat sabu. Lge dan sabu dah siap kumpoi geng dah..
Hadi and geng tak tau lagi.. Underground movement.?
So bila pecah.. Pas baru lari separuh pegi pkr..
Pas lama tinggai separuh.. Pru14 hancor la..
Nk join umno/bn tak leh sbb umno 'kafir' dan 'ko' katanya.. Terkontang kantinglah pas lama.. Dan mungkin 1 masa kelak lapuk di telan oleh ahli remaja liberal yg join pas baru..
Itulah plan sabu dgn cina dap lge? Dia tgu ja hadi petik.. Hehehe..