Kementerian Penerangan merupakan antara kementerian paling penting untuk menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan, baik kepada rakyat sendiri, mahupun kepada pihak luar.
Malangnya, di tangan Zainuddin Maidin, Kementerian Penerangan tidak ubah seperti sampah yang akhirnya memalukan Malaysia! Lebih malang lagi ialah apabila Zainuddin Maidin tidak dapat membezakan maksud perkataan ELECTION dan ERECTION yang dituturkannya secara langsung di kaca televisyen!!! (SINI)
Berang kerana Muhyiddin Yassin tidak mengikut kehendak dan ramalan nujumnya, selain menteri-menteri kabinet lain yang masih kekal bersama-sama Najib serta enggan meletak jawatan, sekaligus menjadikan Najib bersendirian, Zainuddin Maidin melabelkan semua Menteri termasuklah Muhyiddin Yassin sebagai sampah!
Golongan pencen seperti Zainuddin Maidin yang pernah berikrar bahawa dia tidak akan menulis politik lagi, semakin teruja apabila perhatian diberikan kepadanya. Golongan seperti ini sentiasa berasakan mereka lebih bijak dan pandai kerana mereka 'makan garam dahulu' walaupun ketika mereka diserahkan tanggungjawab, mereka sekadar menjadi keledai yang berbuih mulut.
Muhyiddin dikatakan 'sampah' kerana tidak menentang Najib. Adakah DYMM Sultan Pahang juga 'sampah' dalam maksud Zainuddin Maidin kerana turut memberikan sokongan kepada Najib Abdul Razak? Adakah para pengundi di Sungai Petani - tempat Zainuddin Maidin bertelur dan berhabitat sebagai ahli politik dahulu - yang telah memilih PKR berbanding UMNO, merupakan sampah yang tidak diperlukan lagi?
Tan Sri Zainuddin Maidin.
Saya tidak fikir ianya baik untuk memanggil semua menteri-menteri kabinet sebagai sampah. (RUJUK SINI)
Memandangkan bahawa anda tidak lagi menjadi menteri kabinet, adalah tidak adil untuk anda menggambarkan semua menteri kabinet yang ada sekarang seperti itu.
Dan mengapa anda mahu menghasut menteri-menteri kabinet untuk menyerang Tun Mahathir secara langsung?
Adakah anda mengajar rakyat supaya tidak menghormati orang tua dan pemimpin negara?
Oleh kerana anda sudah berusia 76 tahun dan lebih tua secara umumnya (dan sebelum ini merupakan seorang pemimpin negara), adakah tidak mengapa juga bagi saya untuk tidak menghormati anda?
Malah ketika anda menjadi Menteri Penerangan semasa era 2004-2008, anda gagal untuk membendung arus blogger dan juga berkata internet hanya untuk bermain permainan dalam talian – oleh itu menyebabkan BN kehilangan kelebihan penggerak utama dalam propaganda media sosial.
Malah, ketika anda menjadi Menteri Penerangan, anda juga menggelar blogger sebagai goblok (slang Indonesia untuk “bodoh”) dan berkata orang ramai harus mengabaikan blogger. (RUJUK SINI) - SUMBER
Apa kurangnya dengan TFK ? Blogger sampah !
ReplyDeleteTerlebih labu...masuk blog jd sampah...labu labu, luor keras, dlm benyekkkkkk...apsal ko bengang...pasma kalah teruk...keh keh keh.. labu dah terjun dlm sg, si luncai tuan labu si mamat sapu poning, pasma kalah teruk..
Delete