Hanipa Maidin yang mewakili kumpulan progresif atau dalam bahasa kasarnya, puak parasit PAS, mengulas hasrat PASMA mahu menubuhkan parti baru selepas Aidil Fitri nanti. Dan yang lebih menarik ialah Hanipa Maidin melabelkan Phahrolrazi Zawawi sebagai pengacau ketika kemelut kepimpinan PAS Kedah di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Kata Hanipa Maidin lagi, berbanding PASMA, kumpulannya lebih berhak dan sesuai kerana lebih ramai yang menyokong mereka berbanding PASMA. Sekalipun PASMA mengeluarkan kenyataan 70% ahli PAS kononnya menyokong mereka, setakat ini, PASMA tidak menunjukkan sebarang pengaruh atau gelombang besar sehinggakan para pemimpin G18 yang sebelumnya dikaitkan dengan PASMA kecundang terus semasa pemilihan baru-baru ini.
Apatah lagi G18 merancang untuk memulakan revolusi Parti Islam baru di kawasan Selatan, manakala PASMA pula merancang untuk memulakannya di bahagian Utara. Kawasan Selatan disifatkan sebagai lebih mudah memandangkan campuran kaum yang lebih berpihak kepada bukan Melayu, khususnya Cina.
Belum pun tubuh parti, belum pun ada kuasa, sudah berebut.
Tidak hairanlah Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menyatakan, mereka yang keluar dari PAS akan karam dan tenggelam. Dia mengenali puak-puak lapar kuasa dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi jawatan dan kuasa. Dibiarkan mereka bebas, bermakna, mereka akan menjadi parasit yang akan mendatangkan kerosakan yang lebih besar kepada awam.
Kalau Hanipa kata "Saya tidak kata PASMA tidak baik"; maka sebenarnya memang PASMA tidak baik bagi pandangannya.
ReplyDelete