Pages

Wednesday, June 17, 2015

BUKAN PASUKAN KEBANGSAAN BOLA SEPAK MALAYSIA SAHAJA YANG PERLU ROMBAK... KESELURUHAN FAM DAN JUMLAH PERBELANJAAN MEREKA!!!



Cerita tentang prestasi bolasepak Malaysia yang amat memalukan terus diperkatakan.

Presiden FAM mengarahkan Jurulatih Kebangsaan, Dollah Salleh untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Jawapan-jawapan klise akan kita dengar daripada mereka semua termasuklah pengurus pasukan kebangsaan. Kita juga akan mendengar semua pihak akan saling salah menyalahkan antara satu sama lain tetapi penyudahnya tetap sama.

Kalah dengan Palestin dengan jumlah jaringan 6-0, sebenarnya meletakkan maruah Malaysia dalam sukan bolasepak ke dalam seluar dalam sendiri.

AMAT MEMALUKAN!

Dibandingkan Palestin dengan Malaysia, rasa-rasanya pasukan bolasepak Malaysia jauh lebih mewah, jauh lebih mahal dan jauh lebih manja. Dengan kelengkapan yang serba cukup, dengan sokongan daripada kerajaan sendiri, malah ada pula penajaan, seharusnya bola sepak Malaysia yang diangkat taraf ke status semi-pro pada pertengahan 80-an kemudian menjadi profesional pada 90-an, seharusnya telah pun menjadi sebuah kuasa bolasepak dunia kalau tidak pun di sebelah Asia.

Malangnya, kekalahan 6-0 itulah yang mampu menunjukkan KEHEBATAN SEBENAR Malaysia.

Sampai bila alasan, MENIMBA PENGALAMAN hendak digunakan bagi menjustifikasikan kekalahan dan kerugian sebegini? Menteri Sukan boleh sahaja menyalahkan FAM. FAM menyalahkan dasar kerajaan. Kerajaan pula akhirnya akan berpindah kepada Najib Abdul Razak untuk menanggung kekalahan 6-0 kepada Palestin seperti dalam kesemua isu yang ditimbulkan dan kemudian dipolitikkan.

Apa-apa sahaja alasan yang akan diberikan oleh Dollah Salleh, penyakit sebenarnya pasukan bolasepak Malaysia adalah PENGURUSAN dan PENTADBIRAN FAM itu sendiri sebenarnya yang perlu dipersalahkan. Prestasi pasukan Malaysia dan mutu permainan bolasepak Malaysia merudum teruk selepas kegemilangan 70-an. Korea Selatan dan Jepun yang berada di bawah Malaysia suatu ketika dahulu, kini sudah jauh berada di hadapan Malaysia. Surinam dan Palestin yang tak ada apa-apa peranan kerajaan mereka dalam sukan bolasepak Malaysia pun, sudah lama memintas prestasi pasukan kebangsaan negara ini.

FAM perlu dirombak. Pemain perlu didisiplinkan dan perlu mengikut tatacara yang sangat ketat, bukannya dimanjakan seperti sekarang seolah-olah mereka bintang dunia, padahal mereka hanyalah PEMAIN YANG HANYA BERJALAN TERKENGKANG-KENGKANG tetapi dibelasah 6-0 oleh Palestin.

Dan sebenarnya Malaysia sudah perlu memansuhkan semua program melibatkan antarabangsa dengan pasukan kebangsaan. Bubarkan sahaja pasukan kebangsaan sekarang. Biarkan mereka bermain sesama sendiri tanpa sebarang bantuan lagi.

Selagi pengurusan seperti sekarang, selagi sikap kemanjaan para peman dan pengurus seperti sekarang diteruskan, selagi itulah pasukan bolasepak dan sukan bolasepak di Malaysia adalah SATU KERUGIAN BESAR kepada negara dan wang cukai rakyat!!!

Bacalah apa yang dikatakan oleh jurulatih pasukan Palestin berhubung pasukan Malaysia DI SINI.


8 comments:

  1. Dollah letakje jawatan, nak buat rombakan,dua kali lima juga. Dlm banyak prmain, tak ada satu pun yg betul skill. Apa kejayaan Dollah setakat ini? Hanya AFF suzumi cup je tu pun naib juara. Mamat diatas tu dan yg sewaktu dgn nya wajib letak jawatan kalau rasa malulah.tapi memang tak tahu malu..

    ReplyDelete
  2. Semua dah dilakukan kecuali pertukaran pucuk pimpinan FAM. Berilah TMJ pula peluang kerana keadaan sekarang sangat selesa iaitu masih dalam mode dunia belum kiamat bila kalah dengan minnow.TMJ dapat bawa mood baru dalam FAM. Kemeriahan Liga Super,Piala FA, Piala Malaysia,AFF Suzuki bukanlah ukuran kehebatan Malaysia kerana tanpa semua itu Timur Leste & Palestin dilihat lebih berupaya dikalangan negara ranking 100 dan lebih rendah.

    ReplyDelete
  3. TAKE WORLD CLASS EX-PLAYER (MUSLIM) LIKE ZIDANE,THURAM,ABIDAL,JIBRIL CISSE,N.ANELKA,:TO TEACH REAL FOOTBALL WAYS TO MALAYSIAN TEAM,EVERY COACH TEACH DIFFERENT BASED ON PLAYER POSITION.11 COACH : 11 PLAYER

    ReplyDelete
  4. tak rugi rasanya jika FAM "ditidurkan" paling kurang 2 tahun..
    patutnya pemain rasa bangga dapat wakili negara tapi nilaikan sendiri mutu permainan mereka tempuhari .. juga dikejohanan lain sebelum ini.... hancur
    Diharapkan Liga Malaysia dapat di bubarkan segera sebab apa faedahnya pada Negara ? selain dari menguntungkan penganjur2 ...
    Players Msia sekarang ni semuanya dah ketegori kuda tua ... berlagak cam good jer... benggap ... lembek ...
    dalam kepala otak nak cepat2 balik persatuan/negeri masing2 ... gaji lebat .. sponsor banyak ... ada yang puluhan ribu gaji sebulan ... ada yang ratusan ribu sebulan !!!
    kesian budak2 tengok diorang main kat tv ari tu ... ternganga sebab tengok beruk sarkas main bola...

    ReplyDelete
  5. Kemaluan yg sangat besar..satu dunia tahu kemaluan malaysia..

    ReplyDelete
  6. Tak tahu kenapa dengan sikap pemain Malaysia hari ini. Kalau betul2 tak berminat nak wakili negara bgtau awal2. Jurulatih pun satu hal juga. Lantik penolong jurulatih dari kalangan yang gagal sebagai jurulatih pada peringkat liga tempatan. Apa kejayaan yang telah berjaya dicapai penolong jurulatih tersebut melainkan kejayaan menjatuhkan Perlis ke Liga FAM 2015. Tetapi dia jugalah yang Dollah Salleh pilih.

    TMJ masih baru dalam dunia bolasepak. Kejayaan bersama JDT dikuasai sepenuhnya oleh kuasa kewangan yang beliau ada. Boleh tarik semua pemain yang diperlukan dan pemain pun tak menolak kerana habuan yang menanti. Satu perkara yang pasti TMJ berjaya mengubah Johor FA ke arah kejayaan bukan hanya di padang tetapi juga dari segi kemudahan bolasepak itu sendiri. Tetapi program pembangunan bolasepaknya masih belum menampakkan hasilnya lagi. Kejayaan Kelantan sebelum ini juga salah satu sebabnya adalah kuasa kewangan yang ada pada TS Annuar Musa.

    ReplyDelete
  7. THANKS TO THIS BLOGSPOT OWNER BECAUSE RELEASED MY COMMENT BEFORE.HOPE THIS BLOGSPOT OWNER AND ALL FAMILY UNDER PROTECTION ALLAH AZZAWAJALLA SWT FROM THE KAFIR INFIDEL AND THE HYPOCRITES MUNAFIQ.P/S THIS COMMENT DOES NOT NEED TO SHOW.T.Q.

    ReplyDelete
  8. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEMUA KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN -KEPADA PEMILIK FLYINGKICK BLOG SPOT .SEMOGA BAHAGIA DAN SELAMAT SERTA SENTIASA DITEMANI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG. T.Q.

    ReplyDelete