Pages

Tuesday, June 30, 2015

CUBA LENGAH-LENGAHKAN PERBICARAAN, RAFIZI RAMLI DAN PEMILIK MEDIA RAKYAT SAMAN NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR!!!



Betul-betul taktik Anwar Ibrahim....

Rafizi Ramli dan Chan Chee Kong yang memiliki portal Media Rakyat, telah menfailkan dakwaan balas ke atas saman Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Dalam dakwaan balas yang telah difailkan pada 29 Mei, Rafizi dan Chan menyatakan, saman yang dibuat oleh Najib dan Rosmah ke atas mereka adalah pencabulan ke atas proses mahkamah dan ia merupakan cubaan kedua-dua plaintif untuk mencengkam dan menyekat proses wacana politik yang sah.

Rafizi dan Chee Kong menuntut kerugian am, kos dan lain-lain gantirugi yang akan diputuskan oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Choo Shi Jin yang mewakili Najib dan Rosmah memberitahu wartawan selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi Noraini Abdul Rahman bahawa defendan telah memaklumkan kepada mahkamah hasrat mereka untuk mengubah kenyataan membela diri dan dakwaan balas.

Mahkamah telah memerintahkan mereka untuk memfailkan penambahan tersebut pada 8 Julai dan plaintif-plaintif pula akan menyerahkan kenyataan belas diri dan dakwaan balas pada 22 Julai.

Choo berkata, mahkamah telah menetapkan 5 Ogos untuk pengurusan kes saman tersebut.

Najib dan Rosmah telah menfailkan saman pada 16 April, mendakwa Rafizi telah membuat kenyataan jahat ke atas mereka di dalam sebuah forum tentang subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November tahun lepas.

Mereka mendakwa, ucapan Rafizi telah dirakamkan oleh 'Media Rakyat' dan dimuatnaik oleh Chan atau pembantunya dalam YoutubeMedia Rakyat dan portal dengan tajuk, 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.

Najib dan Rosmah juga mendakwa, Chan turut berkongsi rakaman tersebut di Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara mudah oleh para pengguna Internet di seluruh dunia.

Plaintif turut mendakwa, rakaman tersebut telah ditonton sebanyak 9,736 kali di Youtube sehingga 15 April sementara 356,569 pengguna mengikuti Rafizi di Facebook dan 162,118 pengguna pula mengikut Chan.

Najib dan Rosmah mendakwa Rafizi sememangnya berniat dan berhasrat agar kenyataannya disiarkan oleh media massa dan dibaca oleh orang ramai.

Najib dan Rosmah juga mendakwa, Chan gagal mengamalkan 'journalisme bertanggungjawab' dengan tidak menyiasat dan mengesahkan kesahihan tuduhan dalam kenyataan Rafizi Ramli sebelum menerbitkan dan menyiarkannya.

Pasangan tersebut menuntut ganti rugi am, kerugian teruk dan teladan yang akan ditentukan oleh mahkamah selain faedah dan kos daripada Rafizi dan Chee Kong.


No comments:

Post a Comment