Najib dilaporkan berkata, PAS membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
"Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.
"Umno bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Najib juga menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal yang rundingan di antara Umno dan PAS ialah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Kita jangan membuat sebarang rumusan spesifik dalam hal ini. Apa yang penting ialah perpaduan umat Islam," beliau dipetik Berita Harian hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat antara kumpulan yang bergegas keluar meninggalkan sebuah bangunan di Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah selepas satu gegaran kecil berlaku.
Muhyiddin, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berada di situ bagi mengikuti taklimat operasi menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda negeri itu Jumaat lalu.
Bagaimanapun, kehadiran Hadi dan turut kelihatan, Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, tidak diketahui umum atas urusan apa.
Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan pada Sabtu menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu bukan pendekatan parti Islam itu.
Katanya, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara 2 parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.
apa punya bodoh ko ni? kalo DAP takut kenapa DAP suruh semua ahli2 pas letak jawatan dalam kerajaan negeri kat Pulau Pinang? agak2 la nak mengANJING pun. jangan terlebih ANJING dari mengANJING. Hihiiiiiii....
ReplyDelete