Pengurus Besar PZNS, Nor Azmi Musa berkata, menurut rekodnya, Rosli sudah menerima bantuan zakat sejak empat tahun kebelakangan ini.
"Dia memang dapat zakat, cuma permohonan terbarunya memang ada sedikit masalah kerana kerap berpindah rumah.
"Pegawai kami harus menjejaki kediaman Rosli terlebih dahulu. Menurut rekod, Rosli sudah menerima hampir tujuh ribu ringgit sejak 2010.
"Kerana dia selalu berpindah rumah, kami perlu membuka fail baru dengan alamat baru. Ia memang prosedur dalam setiap permohonan zakat. Kita memang tidak pernah berhenti menyalurkan zakat kepadanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Tunggu zakat: 'Ketua kampung pun tak mahu layan saya' - Rosli Hamid
Nor Azmi mengulas situasi Rosli yang dikatakan sudah menanti sejak tahun lepas untuk mendapat wang zakat.
Rosli kini menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan selain terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
GALERI FOTO: Kasih ayah sepanjang masa, pengorbanan ayah tiada tandingan
Dalam pada itu kata Nor Azmi, Rosli juga harus faham kesnya sebenarnya sudah dirujuk PZNS dan tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana kelewatan menerima wang zakat.
"Dia terima, bukan selama ini tidak pernah dapat. Jadi apabila keluar berita begini, orang akan mula salahkan pusat zakat sedangkan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada penerima yang sepatutnya.
"Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa, kelewatan prosedur penerimaan zakat untuk permohonan barunya adalah kerana perbezaan alamat dengan sebelum ini.
BACA: "Usah rumitkan prosedur zakat" -Netizen
"Kita perlu sedikit masa untuk menyelesaikan isu ini, cuma kami harap masyarakat jelas, Rosli bukan tidak pernah terima zakat daripada PZNS," ujarnya.
BACA: RM1.7 juta sumbangan Projek Ihsan Tabung Haji seluruh negara
Mengikut laman web PZNS, kutipan zakat bermula Januari sehingga Mei tahun ini berjumlah RM30,830,297.88.
Antara jenis zakat yang dikutip adalah padi, perniagaan, wang simpanan, harta, emas dan perak serta ternakan. (SUMBER)
Rosli ni mangkuk ayun...dh bori botih ondak poho pulak...ingat dio sorang yo yg susah agak eeh...bungko
ReplyDelete