Kenaikan harga itu dianggap melampau terutama membabitkan restoran-restoran yang beroperasi 24 jam sehari.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kenaikan itu dikesan hasil Tinjauan Intervensi CASSA (CSI) yang dilaksanakan sejak dua bulan lalu berikutan peningkatan aduan orang ramai.
Menurut beliau, harga bagi sepinggan nasi berlauk ikan dan dua jenis sayuran dan secawan air adalah RM13.50 atau set nasi beriyani di restoran mamak atau India kini memcecah RM18 atau RM24 sepinggan.
Nasi lemak dengan seekor sotong dikenakan caj sehingga RM13.
Harga bagi lauk ikan atau kambing dengan tiga jenis sayur untuk empat orang pula mencecah RM80.
Teh tarik pula RM2.00 manakala Nescafe pula RM3.80.
Harga bagi air kosong juga dicaj antara 50 sen hingga 70 sen secawan.
Jacob berkata, pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) jangan hendak menafikan perkara itu kerana dakwaan CASSA adalah hasil tinjauan yang dibuat oleh anggota CSI secara konsisten.
Bahkan dakwanya CASSA mempunyai laporan penuh mengenai kes-kes kenaikan harga makanan dan minuman itu.
Tambah beliau, hasil tinjauan itu turut mendapati harga air yang dikenakan tidak sama dengan harga yang diletakkan di papan-papan tanda dalam kedai berkenaan, selain saiz cawan atau gelas juga semakin kecil berbanding sebelum ini.
"Mengambil kira semua faktor itu, harga makanan dan minuman di restoran mamak dan India cukup melampau dengan caj yang dikenakan tanpa justifikasi.
"Pada pandangan CASSA caj yang dikenakan di restoran mamak atau India itu seperti merompak poket pengguna secara terbuka.
"Perkara ini adalah serius kerana pemilik-pemilik restoran berkenaan betul-betul mengambil kesempatan ketika harga barang naik," katanya kepada MalaysiaGazette.
Jacob tidak menolak caj yang tinggi dikenakan di restoran-restoran berkenaan terutama yang beroperasi 24 jam untuk memastikan margin keuntungan sentiasa tinggi memandangkan kos overhed tinggi.
"CSI mendapati restoran 24 jam biasanya hanya menjadi tumpuan sebelah malam manakala pada waktu pagi, tengah hari dan petang pelanggan tidak ramai.
"Jadi, untuk memastikan margin keuntungan stabil, pengusaha-pengusaha restoran mamak dan India tidak mempunyai pilihan lain, selain menaikkan harga," ujarnya.
Dalam pada itu, Jacob menambah, 80 peratus restoran mamak dan India yang ditinjau juga didapati kotor dengan kebanyakan pekerja restoran berkenaan tidak memakai apron, tidak menggunakan peralatan sesuai untuk mengambil makanan dan tidak bercukur.
Tikus dan lipas juga antara haiwan kecil yang banyak ditemui di dapur-dapur restoran berkenaan.
"Ini menunjukkan mereka bukan sahaja tidak mengutamakan kualiti tetapi keselamatan makanan juga tidak dipedulikan oleh pengusaha restoran mamak.
"Justeru, saya mengajak semua pengguna boikot restoran mamak serta India dan CASSA perlukan sokongan dan kerjasama semua rakyat Malaysia supaya pengguna tidak terus ditipu," ujar beliau. -
Sangat setuju jika kempen Boikot Restoran India dan Mamak (BRIM) digerakkan. Lagi pun pekerja-pekerja mereka bukannya warga Malaysia. Selain daripada penampilan yang selekeh, mereka ini tidak boleh berbahasa Melayu.
ReplyDeleteGua sokong. Boikot restoran mamak.
ReplyDeleteBisnes restoran mesti dikhususkan kepada orang Melayu kerana tidak berteknologi tinggi dan pelanggan pun melayu.
Kita "sembelih" mereka pulak lah kali ini...
ReplyDeleteKalau x gi mkn kedai mamak boleh mati kebulur ke kita??
ReplyDeleteOrang cina memang boleh boikot restoran mamak/India.
ReplyDeleteTetapi nak harapkan melayu hampeh.
Melayu akan terus menerus sokong.
Sudah lumrah melayu akan menyokong pencuri, penipu,pemaksiat, perompak,pembuat fitnah dan banyak lagi.
Walau pun mamak/india kencing atas kepala dan mulut semasa sedang makan,mereka tetap sokong,lagi lagi kalau dapat diskaun
sekupang dua.
kedai cina boikot, kedai mamak boikt, kedai francias boikot. nak masak dan makan di rumah ari! ari!
ReplyDeleteDisini, saya sebagai pengguna mengambil kesempatan utk memaklumkan tentang isu harga makanan yg mahal dan tak munasabah di satu premis makanan yg agak famous di pahang. Anda pernah dengar Lemang To'Ki? Setakat ni ada 2 di bentong, pahang. Cuba bayangkan, satu set lemang dan rendang berharga rm4.50. Memanglah harga rm4.50 tak nampak tinggi, tetapi jika dibandingkan dengan apa yg ada dlm set tersebut memang melampau. Sepotong lemang dinipiskan menjadi 4 kerat campur sepotong kecil ayam yg lebih bertulang berbanding daging berharga rm4.50! Nescafe 0 ais rm2.30 adalah contoh harga minuman dgn diniatkan utk sembelih. Jika diteliti bil tulis tangan yg diberi oleh budak tukang kira, harganya seolah kita makan di restoran hotel 4 bintang! Kita bukan berhenti makan di KLCC, tetapi warung tepi jalan je!! Warung ni famous kpd pengguna.jalan KL-Kota Bharu. Pada hari2 cuti dan hujung minggu, ramai bikers yg berkonvoi utk disembelih di situ. Tujuan saya tiada niat utk merosakkan perniagaan orang melayu ini sebab saya juga orang melayu yg sayangkan bangsa melayu, tetapi meluat dengan melayu yg berjiwa yahudi memeras duit pengguna dan pelanggan. Saya berharap dengan pendedahan ini, ada sesiapa yg sudi menegur sikap terlalu pentingkan untung tinggi hingga lupa hilang kemanusiaan. Penguatkuasa kpdnkk juga boleh meninjau sambil makan disitu dan.lihat adakah dakwaan ini benar atau fitnah. Saya suka lemang dengan rendang tapi cukup benci disembelih buta2.
ReplyDeleteKpd tuan punya premis, maaf zahir batin.
saya setuju boikot semua kedai makan yg jual makanan mahal yg tidak menepati status kedai berkenaan.
ReplyDeletesetuju sangat.. aku dah tiga tahun tak masuk restoran mamak & seumur hidup tak pernah makan di restoran India.. geli gelaman.. tak ada selera..!
ReplyDeleteSetuju boikot kedai makan dan kedai runcit mamak. Mereka cekik darah pengguna macam kedai cina jugak.
ReplyDeleteCina -cekik darah semasa beli barang2 electronic spt telefon bimbit. Mereka mmg la boikot sbb mamak x jual babi...
ReplyDeleteStarbucks,coffee bean,old twn white coffee- x cekik darah ke ?? X nk boikot yg tu ke? Makin lama makin penuh je aq nmpk..
Ada yg ckp yg nk pekerja msia di mamak... ada byk pekerjaan kosong tlg join... bukan salah mamak sbb dia org sendiri x nk berkerja di mamak.
Cassa- tlg hntr ur csi ke luar negara n suruh buat survey kt situ... mamak still murah kt sini. Bersyukurla anda kt malaysia..
Bangsa bani melayu yang hebat tidak akan memboikot kedai cekik darah ini tapi kita gunakanlah kepakaran yang melangkaui pemikiran. sekian. (ilmu melingkup bisnes)
ReplyDeleteTo anon : June 7, 2015 at 8:57 AM
ReplyDeleteMamak da bagi harga mahal, sebagai pengguna yang bijak, hang kena tau la apa hak hang!
x setuju harga, jangan p kat kedai mamak! as simple as that!
da tu kedai lemang kat bentong! x yah la p, yang nak butthurt mcm nak gila asal, jadi pengguna bijak, bukan pengguna bebal.
Kbai
Tak Masuk Air liur Mamak tengah bawa makanan jerit sana jerit sini,, air liur berterabur atas makanan yg dibawa..Hanyir.. geli gleeman nak makan.. Boikot ... tak. jangan tak boikot.. tengah tengah tebar roticanai pegi kencing kejap lepas tu tebar lagi.. esh geli gleeman aku..
ReplyDeleteHehehehe..sembang kencang..nak boikot kunun..hehehe..tiap2 ari mkn lunch/diner..kdai mamak gak..
ReplyDelete