Pages

Monday, June 8, 2015

KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS CABAR GUAN ENG PECAT PIMPINAN PAS DI PULAU PINANG!!!



Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Ahli PAS Tindak Perlu Gopoh Bertindak Mendahului Kepimpinan

1. Antara ciri wacana fiqh Islam ialah memahami secara cermat, halus dan teliti setiap teks yang terpapar pada pemilihan kata dan susunan ayat sebelum membuat sebarang ulasan dan kesimpulan. Ketelitian ini gagal dipraktikkan oleh sebilangan kecil yang gopoh lalu bertindak pula secara kurang cermat dalam memahami Usul Dewan Ulamak PAS Pusat.

2. Usul tergempar yang diluluskan sebulat suara oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ialah "mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat." Usul itu merujuk kepada pelbagai tindak-tanduk menjolok mata oleh DAP terhadap PAS dan Presiden PAS.

3. Usul ini dipinda oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat dengan gaya bahasa lain yang memberi maksud "menggesa Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP".

4. Apabila Usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas dalam Muktamar PAS Pusat oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat ia bermaksud; MELULUSKAN Usul itu untuk DIPUTUSKAN oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat. Ia bukan bermaksud meluluskan Usul untuk terus sahaja Muktamar membuat kepuusan memutuskan hubungan dengan DAP.

5. Persoalannya ialah kenapa usul itu diluluskan untuk diputuskan oleh dua badan tersebut? Kenapa tidak muktamar sahaja membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP?

Jawapannya ialah kerana keputusan memutuskan Tahaaluf Siyaasi dengan DAP adalah melibatkan hukum syarak. Badan yang akan bersidang untuk memutuskan hukum syarak itu ialah Majlis Syura Ulamak.

6. Sebagaimana Tahaaluf Siyaasi dengan DAP sebelum ini diputuskan hukum keharusannya oleh Majlis Syura Ulamak dengan 6 syarat maka begitulah untuk membatalkannya perlu dilihat hukum syarak sejauh mana syarat-syarat keharusan Tahaaluf Siyaasi telah dilanggar oleh DAP.

7. Seterusnya, setelah diputuskan hukumnya oleh Majlis Syura Ulamak maka terserahlah pula kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan pelaksana untuk melihat dan mengkaji serta meneliti kebijaksanaan politik dalam pelaksanaannya menurut kesesuaian masa dan keadaan.

8. Maka sehingga MSU bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan Usul tersebut berdasarkan perkiraan Syarak kerana melibatkan hukum Tahaaluf Siyaasi;
Dan sehinggalah setelah itu Jawatankuasa PAS Pusat melaksanakan mana-mana keputusan MSU menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli;
Maka tidak perlu mana-mana ahli dan pimpinan PAS mendahului Majlis Syura Ulamak dan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan di Pulau Pinang meskipun diminta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

9. Begitu juga, pimpinan PAS Selangor yang sama-sama membentuk kerajaan Selangor menerusi 15 kerusi Dun dan juga menerusi persetujuan bersama kepada Tuanku Sultan Selangor untuk membentuk kerajaan, tidak perlu keluar daripada kerajaan Selangor sekarang. Sementelah lagi kerajaan Selangor bukan milik bersendiri DAP tapi milik bersama 3 parti yang menyumbang kemenangan pilihanraya pada PRU ke 13.

10. Tambahan pula Usul DUPP juga dalam masa yang sama menegaskan "kekal dalam Pakatan Rakyat" dan bukannya keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat.

11. Sebagaimana juga penjelasan Dato Mustafa Ali selaku SU Agong di muktamar petang tadi ketika penggulungan; "kita masuk Tahaaluf Siyaasi dengan hukum maka keputusan keluar juga mesti berdasarkan hukum. Dan hukum itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak bukannya oleh muktamar".

12. Maka, saya menyeru pimpinan PAS di Pulau Pinang dan Selangor agar tidak terpengaruh dengan provokasi Lim Guang Eng supaya pimpinan PAS di Pulau Pinang meletakkan perjawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang. Biarkanlah Lim Guang Eng dengan segala keangkuhannya bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh partinya.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
7hb Jun 2015
jam 7 pg Kota Kinabalu


4 comments:

  1. Cherita ini lebih kurang sama dengan cherita Yahudi dengan lembu dalam surah baqarah...tolak Sini tarik sana tarik sini tolak sana..

    ReplyDelete
  2. kakakakaka..nak putus dgn DAP bukan main banyak birokrasi..kalau dengan UMNO siap sumpah laknat..takpayah putusla....

    ReplyDelete
  3. DAP nak tendang keluar PAS diPenang, apa yang PAS boleh buat? PAS seperti harimau tak ada gigi dan kuku. Kalau dengan UMNO berani, dengan kapir laknat, masuk telur dua biji tu.

    ReplyDelete
  4. Pas dah kembali semula ....pas telah kembali semula ke zaman retro...Kadang kadang aku cukup heran macamana pas tidak melihat pada realiti sosiopolitik negara kita.Pada aku yg tak reti ini...perkembangan manusia dan ketamadunan itu adalah selari dengan garis fitrah manusia dan cabaran zaman itu..dengan itu kitalah sepatutnya mencari garis pertemuannya disini..sedangkan ilmu itu pun sentiasa berkembang..jika ilmu itu tertakluk pada sesuatu zaman maka sudah tentulah tiada apa pun yg berkembang pada dunia hari ini..Pendekatan pas yg membuang kesemua orang yg selama ini memperjuangkan parti pas ini oleh kerana krisis pendekatan perjuangan adalah satu perkara yg tidak matang,kerana mereka yg lama berjuang ini telah nampak akan perlunya mengikut garis fitrah ini.Sebab itulah Allah memperturunkan ilmu kepada manusia ini..Ilmu yang ada mengikut Alquran yg benar benar difahami serta ilmu manusia ini yg mengikut perkembangan jua mengikut tuntutan Alquran..justeru itulah kalau zaman dulu orang arab menaiki unta bagi mengerjakan fardhu haji..tetapi hari ini mereka akan menaiki kapal terbang..itulah fitrah zaman..Konsep begini harus di fahamkan betul betul kerana bila di sekat perkembangan fitrah itu,keadaan akan menjadi semakin merbahaya dan akan membawa perpecahan yang sangat hebat..Sepatutnya pas terlebih dahulu mencari kekuatan dan mencari pendekatan yg lebih kepada penyatuan dan bukanlah membina tembok pemisah bagi mereka yg tidak faham akan islam itu...kalau pas hanya menumpukan kepada ego lantaran tindak tanduk dap..maka pas juga dilihat sama saja dengan dap...PERJUANGAN YANG BERLANDAS KEPADA MARAH DAN DENDAM ITU HANYALAH PERJUANGAN BUTA..SEBAB ITULAH BUTA POLITIK ITU LEBIH DASYAT DARI BUTA MATA..KALAU BUTA MATA ITU TIDAK MEMBUTAKAN HATI,MANAKALA KALAU BUTA POLITIK,SEKALIGUS HATI ITU AKAN MENJADI BUTA SETERUSNYA KESANNYA BOLEH MENYEBABKAN PERPECAHAN DAN MEMPUNYAI KESAN YG BURUK PADA SEMUA ORANG..

    ReplyDelete