18/6/15 –DAP Selangor telah mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memecat tiga exco PAS daripada sebagai solusi terakhir pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur. lapormysinchew.com
Tiga Exco PAS yang dimaksudkan itu adalah Datuk Iskandar Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar), Dr Ahmad Yunus Hairi (Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi dan Zaidy Abdul Talib (Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani)
Maklumat dalaman memberitahu mysinchew bahawa keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor malam tadi.
Mesyuarat itu dipanggil untuk membincangkan isu Pakatan Selangor telah mengambil masa selama tiga jam panjang, telah memutuskan beberapa perkara termasuk mendesak MB Selangor menggantikan exco tiga PAS yang kini berada dalam kabinet kerajaan negeri.
“Kami juga telah memutuskan bahawa jika Azmin Ali masih ragu-ragu untuk mengambil tindakan tersebut, kami (DAP) akan menarik diri daripada kerajaan Selangor, namun kami akan lakukan dalam beberapa langkah lain terlebih dahulu.
“Kami mempunyai beberapa keputusan dan tindakan sejak mesyuarat semalam. Kami akan memberi masa untuk MB laksanakan, dan berharap perkara ini boleh diselesaikan selepas Raya atau sebelum September, atau ahli exco DAP akan berhenti daripada menyertai kabinet negeri.
“Kami telah membincangkan beberapa penyelesaian, dan menarik diri daripada kerajaan negeri adalah pilihan terakhir. Kami juga telah berbincang untuk meminta MB membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan untuk pilihan raya negeri yang baharu.
“Bagaimanapun, penasihat undang-undang kami merasakan bahawa pembubaran DUN adalah kuasa Sultan dan oleh itu kami tidak akan memasukkan perkara ini dalam penyelesaian kami.
“DAP telah membuat keputusan ini berdasarkan prinsip-prinsip parti, terutamanya yang membawa kemudaratan kepada rakyat dan konflik pada tahap minimum.”
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua enggan mengesahkan maklumat di atas, sebalik beliau berkata, “Keputusan kami adalah menemui MB Selangor. Beliau kini berada di Kelantan dan mungkin balik, malam ini atau esok.
Bagaimanapun Tony mengesahkan bahawa mesyuarat tergempar DAP Selangor diadakan malam tadi berkaitan dengan isu Pakatan Selangor.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Sumber itu turut memberitahu, “Kami telah memulakan kerja untuk penyelesaian solusi itu, tetapi tidak akan melakukan tindakan yang drastik sepanjang bulan puasa.”
Biarkan DAP tarik diri. Panggil UMNO masuk kerajaan, habis cerita. So pakatan baru PAS, PKR dan BN.
ReplyDeleteTak payah BN nak surung papan biarkan pas dan pkr dengan kerenahnya.
ReplyDeleteBN nengok sudah..huru hara camna kawin sbb nafsu..huhu
ReplyDelete