P.Palanivel gagal dalam usahanya untuk berselindung di belakang undang-undang apabila mahkamah menolak permohonannya dan ROS pula memutuskan yang dia sudah hilang keahlian dalam parti.
Kepimpinan Interim yang dikendalikan oleh Dr. Subramaniam pula telah diiktiraf dan MIC berada di bawah pentadbiran Dr. Subramaniam
sekarang ini.
Palanivel dalam keadaan panik, cuba mengaitkan Najib Abdul Razak bagi membolehkan dia terus berada dalam MIC. Bagaimanapun,
kesilapan terbesar Palanivel
ialah, keengganannya mendengar nasihat dan berbuat sekehendak hati dengan perancangan yang mudah dibaca, termasuklah pengaturan penyokong-penyokongnya serta menggantung keahlian para pencabarnya, akhirnya memakan diri
apabila dia yang tercampak dari MIC.
MIC di bawah kepimpinan Palanivel berada dalam keadaan yang amat tenat. Desakan agar perubahan dilakukan
oleh Palanivel dari pelbagai peringkat, langsung
tidak diendahkan. Sebaliknya Palanivel lebih menumpukan perhatian kepada pengukuhan kuasanya dan cuba menghapuskan semua pencabarnya termasuklah Subramaniam.
Tindakan paling tidak bijak Palanivel ialah apabila mengheret ROS ke mahkamah apabila keengganannya untuk berhadapna dengan keputusan ROS yang meminta agar pemilihan yang baru lepas, diadakan semula.
Hari ini, Palanivel menerima natijahnya. Keahliannya
dalam MIC
telah dilucutkan, sekaligus
jawatan Presiden MIC yang disandangnya juga
telah terlucut secara automatik. Mujur jugalah kedudukannya selaku Ahli Parlimen Cameron Highland yang dimenanginya pada PRU lalu,
tidak terlucut sama. Namun kedudukannya
dalam Kabinet, amat terjejas dan besar kemungkinan perlucutan keahliannya turut membawa kehilangan
jawatan Kabinetnya.
Pengaruh Palanivel tidaklah sebesar mana. Tetapi MIC juga tidaklah sekuat mana. Apatah lagi MIC mempunyai terlalu banyak fraksi.Masyarakat India yang tidak seramai mana telah berpecah belah semenjak dari zaman Sammy Vellu lagi. Parti yang sepatutnya memperjuangkan masyarakat India itu, sudah lama dilihat hanya memperjuangkan segelintir pemimpin MIC semata-mata, sedangkan kebanyakan marhein India yang lain, tetap terbiar dan semua kesalahan seringkali dipersalahkan kepada UMNO bagi mengelakkan peranan dan tanggungjawab MIC dipersoalkan.
Persoalannya sekarang, mampukah Palanivel menjadi penyelamat MIC yang sedang tenat dan dijangka akan terus diganggu
oleh konco-konco Palanivel yang masih ada
di dalam parti tersebut? Adakah Palanivel sendiri akan bertukar menjadi Waythamoorthy atau P.Ramasamy yang menjadi kawan baiknya?
Atau Hindraf akan menjadi lebih angkuh dan bersuara lebar selepas ini,
apabila golongan kecewa
dalam MIC, bertindak menyokong mereka dengan alasan
untuk memperjuangkan masyarakat India yang 'ditindas'
di negara ini?
Kebijaksanaan Pemangku Presiden MIC dan pasukannya sedang ditagih dan diperhatikan....
sambil itu jangan lupa untuk melihat sejarah yang telah berlalu ..
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=3zbbblfDs34
ini parti kecoh jer lebih. hasil yilleks.....semua mau jadi bos......
ReplyDelete