Tidak seperti dalam pemilihan yang lepas-lepas di mana golongan yang kalah atau dikonspirasikan agar kalah sebagaimana yang dilakukan oleh Mat Sabu ke atas Ustaz Nasharuddin Mat Isa, golongan yang kalah menerima kekalahan dan tidak banyak bunyi.
Sebabnya mudah.... golongan yang tidak ditaja seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa biasanya lebih redha. Manakala golongan yang ditaja seperti Mat Sabu pula, akan mendabik dada mereka menang tetapi menyalahkan orang lain apabila mereka kalah. Bukannya pasal apa, tetapi kerana taukeh-taukeh penaja mereka mempersalahkan mereka dan mempertikaikan kemampuan serta pengaruh mereka di dalam parti.
Jom kita tengok apa yang dirungutkan oleh Mat Sabu yang menuduh UMNO adalah dalang di sebalik kekalahannya dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.
Pemimpin PAS yang kalah, Mohamad Sabu telah mendedahkan 'tangan hitam' UMNO dalam pemilihan parti PAS baru-baru ini yang menyaksikan kekalahan golongan progresif dan profesional dan penentang ulama.
Organisasi media UMNO telah berkempen tanpa henti untuk golongan ulama dan mengenepikan golongan progresif di mana Mat Sabu adalah salah seorang daripadanya.
Itu yang dikatakan oleh Mat Sabu dalam satu temubual media hari ini. Menurutnya liputan besar-besaran ke atas golongan ulama oleh Utusan Malaysia, TV3 dan BERNAMA merupakan sebahagian daripada strategi UMNO untuk melemahkan parti yang merupakan saingan politik untuk mendapatkan undi Melayu di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu.
Kekalahan golongan progresif membolehkan UMNO dan BN mendapat nafas baru, katanya, kerana PAS tidak lagi berkemampuan untuk memperolehi undi daripada golongan bukan Islam atau penyokong pro-Pakatan. Itulah sebabnya UMNO menyokong puak ulama dan bergembira dengan kekalahan puak progresif yang dilihat mampu mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan konco-konco mereka dalam Pakatan Rakyat.
"Sekiranya UMNO mahu melemahkan PAS, mereka sudah tentu berada di jalan yang betul dan mereka telah berjaya," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini. (SUMBER)
Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.
"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.
"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.
Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.
"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak," katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.
Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi. (SUMBER)
Mat KEPALA saBUTOH!!
ReplyDeleteTak habis-habis lagi meroyan Mat Syabu ni. Ni mesti sebab banyak makan babi dengan Guan Eng sampai jadi macam ni. Balik rumah cium bau xxxx mah tu mungkin dapat hilang stress.
ReplyDeleteKlu betul kata mat sabu maknanya ahli pas yg tak undi dia sangat lemah iman la sbb senang sgt termakan pujukan umno...waktu ramai ahli pas menang pilihanraya dia xbising pl padahal waktu tu umno sangat aktif hentam calon2 pas...ckp pakai otak la mat sabu..org pas dah menyampah tgk kau la..bangang punya mat sabu..phuii..
ReplyDeleteSapa yg mengundi dalam Muktamar......perwakilan UMNO atau perwakilan PAS ?
ReplyDeleteAllah telah menetapkan begitu, terima aje lah. Ini takdir, ada yg nak melawan takdir ke?.
ReplyDeleteDAP NNOK GARANG SEBENARNYA OTG CINA NAK CIVER KEKEMAGAN DNG MRNYALAHJAN ORANG LAIN DAN PECAT SEMUA AHLI DLM PAS ADALAH STRATEGI MENUTUP KELEMAHAN DAP SENDIRI...SEDANGKAN PERCATURAN DAP SUDAH TERSASAR DARI MATLAMAT MEREKA
ReplyDeleteDah jadi budaya PR ni walau pun salah sendiri tapi tunding jari kat UMNO walaupun UMNO x de kena mengena pun. Ini budaya kafir harbi, orang Islam patut tinggalkan.
ReplyDelete"O YOU WHO BELIEVE( MUSLIMIN: MALAYS)!IF A REBELLIOUS EVIL WICKED PERSON COMES TO YOU(MALAYS:MUSLIMIN) WITH A NEWS,VERIFY IT,LEST YOU HARM PEOPLE IN IGNORANCE,AND AFTERWARDS YOU BECOME REGRETFUL TO WHAT YOU HAVE DONE.S.AL HUJURAT.V.6.
ReplyDelete