Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor hari ini telah menyaman Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kerana menfitnah mereka di Facebook.
Peguam mereka, Mohd Hafarizam Harun berkata, salinan dakwaan tersebut akan diserahkan kepada Nga Kor Ming pada hari Isnin.
Dakwaan berkenaan telah difailkan pada minggu lepas.
Kata-kata tersebut antara lain menyatakan Najib tidak berkelayakan untuk menerajui Kerajan Malaysia memandangkan tugas-tugasnya telah diserahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.
Antara lain maksud kandungan kenyataannya ialah, Najib telah menyalahgunakan kuasa dan mandat Perdana Menteri kepadanya dengan pembabitan Rosmah dalam pentadbiran negara.
Pengurusan kes telah ditetapkan pada 10 Julai nanti.
Elok sangat keputusan menyaman ini wajib diteruskan hingga ke mahkamah. Tak perlu ada deal @ penyelesaian luar mahkamah. Ini bukan penting.sgt kpd najib/rosmah atau nga ko meng tetapi kpd rakyat keseluruhannya. Hasil.@ keputusan mahkamah kelak akan menunjukkan kpd rakyat adakah najib berkuasa mutlak, kuasa dipegang oleh rosmah atau sebagainya. Rakyat akan tahu secara benar dan bukan bergantung persepsi dan dengar-dengar saja...
ReplyDelete