Pages

Monday, June 1, 2015

PATUTLAH MAZLAN ALIMAN KALAH DAN HANIPA MAIDIN PULA LARI MENCANAK, TELAHAN FGV AKAN MUFLIS, LANGSUNG TAK BETUL!!!



Melihat kepada perubahan struktur dan budaya pengundian di kawasan-kawasan FELDA, Mazlan Aliman yang merupakan hamba tebusan DAP yang bersembunyi di dalam PAS, terus-menerus melakukan fitnah dan tohmahan selain cuba menakut-nakutkan para peneroka FELDA. Matlamatnya, apabila para peneroka berasa takut dan bimbang akan masa hadapan mereka, para peneroka akan beralih sokongan kepada parti yang disertai oleh Mazlan Aliman.

Tidak lama sebelum Mahkamah Tinggi mengeluarkan keputusan 'BERSALAH' kepada Mazlan Aliman, Presiden ANAK itu masih sempat membuat fitnah kononnya, FELDA akan bungkus, FGV akan muflis dan para peneroka akan jatuh papa kedana kerana terpaksa membayar hutang kesan daripada perbuatan dan tindakan pentadbiran FELDA yang korup. (RUJUK SINI)

Namun barangkali tanpa sedar, Mazlan Aliman sebenarnya turut memuji pengurusan FELDA kerana telah memberikan dividen yang memberangsangkan kepada para peneroka selama ini. Sekaligus menentang kata-katanya sendiri bahawa FELDA telah menganiaya dan menzalimi para peneroka.


Mazlan Aliman cuba menakut-nakutkan para peneroka FELDA bahawa dividen 15% yang mereka nikmati sepanjang 15 tahun kebelakangan ini tidak akan dinikmati lagi. Bahkan tindakan FGV dan FELDA akan menyebabkan para peneroka berkemungkinan besar tidak akan mampu memperolehi dividen sebanyak 10% pun.

Bagaimanapun, sekali lagi Mazlan Aliman sekadar membuat tohmahn dan fitnah kerana AGM KPF hanya akan berlangsung pada 15 Jun nanti. Dia cuba mengambil kesempatan daripada penurunan harga saham semua CPO di seluruh dunia untuk menipu para peneroka FELDA yang tidak pernah ambil pusing tentang perubahan harga komiditi dan saham kerana seringkali diberi subsidi oleh kerajaan.

CPO di seluruh dunia mengalami penurunan menjelang 6 bulan pertama 2015. Beberapa syarikat besar di Malaysia seperti Sime Darby, IOI, Boustead dan sebagainya, mengalami kejatuhan harga. Sekaligus kejatuhan CPO merupakan satu fenomena dan trend yang tidak sahaja melibatkan FGV dan KPF tetapi juga semua pemainnya.

FGV tidak akan dinyahsenaraikan sepertimana yang ditohmah dan difitnah oleh Mazlan Aliman. Sebaliknya syarikat tersebut akan terus berada dalam senarai awam di Bursa Malaysia. Malah FGV juga merupakan slaah satu daripada ahli TOP 30 Index dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, antara salah satu daripada 30 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia.


Beberapa langkah telah diambil oleh FGV untuk transformasi ke bidang yang lebih luas, sekaligus akan menstabilkan nilai saham FGV itu sendiri dan memberikan pulangan tetap kepada para peneroka.

FGV bukan seperti yang difikirkan oleh Mazlan Aliman, mengusung kantung ke sana sini meminta derma dan wang derma mereka yang mendengar ceramah akan berbahagi sesama penceramah dan penganjur.

Barangkali kerana itulah, Mahkamah Tinggi pada dua hari lepas telah mengarahkan Mazlan Aliman membayar saman malu kepada FELDA berjumlah RM350,000 selain kos guaman sebanyak RM150,000.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan, Mazlan Aliman telah melakukan fitnah ke atas FELDA dengan penerbitan bukunya, 'FELDA... DULU TOLONG, SEKARANG AHLONG'.

Turut sama dikenakan perintah berkenaan ialah penerbit buku,Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam Jumaat.

Felda mengemukakan saman fitnah itu pada 20 Julai 2009.

Ia mendakwa pernyataan fitnah itu menggambarkan, Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Mazlan,penerbit serta peguam Hanipa Maidin tidak hadir semasa keputusan dibuat.

Menariknya, Mazlan Aliman sedikit pun tidak gentar dengan saman tersebut, sebaliknya terus berusaha untuk menanam di kepala setiap peneroka dan anak-anak mereka bahawa FELDA yang telah banyak mengubah hidup mereka selama ini, sedang menghisap darah dan menjadikan mereka sebagai hamba abdi.


No comments:

Post a Comment