Bukan hanya berkereta mewah jenis pacuan empat roda tetapi turut memiliki beberapa lagi kenderaan baharu. Dia juga mempunyai rumah besar di kampung malah ke luar negara untuk bercuti bersama isteri dan anak pada setiap tahun.
Jika dihitung, jumlah pendapatan yang diperoleh pegawai kerajaan ini tidak mampu menampung gaya hidup mewah keluarganya dan itu menimbulkan persoalan terhadap sumber kekayaan ’luar biasanya’
Namun apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ‘campur tangan’, didapati gaya hidup si penguat kuasa ini rupanya-rupanya adalah hasil keuntungan sewaktu berkhidmat di sempadan negara.
Menurut satu sumber SPRM, hasil siasatan mendapati, si penguat kuasa ini memperoleh sumber pendapatan sampingan apabila bekerjasama rapat dengan penyeludup barangan di sempadan.
“Gaya hidup mewah penguat kuasa ini adalah salah satu daripada senario yang berlaku dalam kalangan penguat kuasa sempadan yang mengamalkan korupsi ketika menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.
“Dalam satu transaksi yang disiasat SPRM, penguat kuasa ini memperoleh ‘wang ekstra’ sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan daripada satu kumpulan penyeludup di sempadan.
“Bayaran itu diberikan secara konsisten pada setiap bulan kepada penguat kuasa supaya menutup mata ketika aktiviti penyeludupan barangan terkawal dan bersubsidi berlaku di sempadan. Kita juga percaya bukan hanya satu transaksi rasuah yang dikutipnya setiap bulan,” kata sumber, ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu, sumber berkata, siasatan turut menunjukkan ada dalam kalangan penguat kuasa datang mengutip sendiri wang tersebut di lokasi yang ditetapkan penyeludup.
“Bayaran itu juga tidak termasuk ‘kutipan tol’ yang diperoleh penguat kuasa ketika melakukan semakan terhadap kenderaan yang keluar masuk ke dalam negara,” katanya.
Menyentuh tentang soal gaji yang kecil dalam kalangan penguat kuasa di sempadan sehingga menyebabkan berlakunya aktiviti rasuah, sumber SPRM mendedahkan, pendapatan sah yang diperoleh setiap bulan adalah mencukupi.
“Gaji kakitangan kerajaan adalah cukup dan sesetengahnya jauh lebih besar berbanding kakitangan swasta kerana mereka dibekalkan dengan pelbagai elaun sara diri,” katanya.
Seperti diduga oleh banyak pihak gejala rasuah yang berpunca daripada perbuatan khianat segelintir anggota penguat kuasa menyebabkan sempadan negara kita mudah dibolosi. Persoalannya, bagaimanakah rasuah itu dilakukan dan siapa yang terlibat?
Dalam BAHAGIAN KEDUA laporan khas ini, wartawan Utusan Malaysia, ILAH HAFIZ AZIZ, NORAZRIN MARZUKI, MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR dan LILIS SURIANI OMAR mendedahkan pula modus operandi sindiket dalam memastikan segelintir anggota penguat kuasa ‘berada dalam genggaman’ mereka. Turut didedahkan bagaimana segelintir anggota penguat kuasa menerima suapan dalam bentuk harian dan bulanan sehingga memungkinkan sempadan kita ibarat ‘laluan’ untuk kegiatan penyeludupan
KUALA LUMPUR 21 Jun - Sikap khianat segelintir anggota agensi penguat kuasa terus menjadi `duri dalam daging’ sehingga mengakibatkan sempadan negara begitu mudah dibolosi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Apa yang membimbangkan biarpun gejala itu sudah berlanjutan sejak dua dekad lalu namun sehingga kini amalan rasuah didakwa terus berlaku di sempadan negara.
Sumber memberitahu, meskipun penambahbaikan serta cadangan demi cadangan yang komprehensif diberikan, namun sistem perjalanan kerja yang dilakukan penguat kuasa di sempadan masih berada di takuk lama sehingga mengakibatkan kegiatan rasuah menjadi budaya dalam kalangan mereka.
“Kelemahan itu menjadi faktor utama ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mendapat peluang dan kesempatan untuk membeli penguat kuasa dengan wang ringgit.
“Lebih menyedihkan, dengan hanya suapan serendah RM20 ringgit sahaja, pintu masuk di sempadan negara terus dicabuli dengan pelbagai kegiatan penyeludupan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada negara,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Kelemahan itu juga dakwa sumber itu, diketahui pegawai atasan atau ketua-ketua jabatan yang menyelia sistem kerja penguat kuasa namun sehingga kini tiada sebarang tindakan drastik diambil sejak bertahun lamanya.
Sumber berkata, pegawai atasan mengambil mudah tentang perjalanan kerja anggota mereka sehingga sanggup menutup sebelah mata meskipun mengesan atau mengetahui berlakunya kejadian rasuah.
“Ketirisan di sempadan ini bukan benda setahun dua berlaku sebaliknya telah berpuluh-puluh tahun dan hampir mencecah lebih dua dekad lamanya.
“Perkara ini berpunca akibat pegawai atasan yang tidak memberi perhatian terhadap cara kerja anak buah mereka. Antara yang dikesan adalah kurangnya pemantauan secara berkala serta tidak turun padang untuk menyelia sendiri setiap aturan kerja penguat kuasa.
“Malah apabila terdapatnya laporan salah laku, tiada tindakan drastik dilakukan dan pegawai yang melakukan kesalahan rasuah masih dibiarkan berkhidmat di lokasi sama, Tindakan itu seolah-olah mereka tutup sebelah mata dan tidak ambil peduli,” katanya.
Utusan Malaysia turut difahamkan, operasi yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sempadan utara negara baru-baru ini adalah disebabkan permasalahan ini, yang membelenggu agensi-agensi penguatkuasaan sejak sekian lama di seluruh negara.
“Walaupun laporan secara dalaman telah diberikan namun tiada tindakan drastik dilaksanakan malah sempadan negara terus diceroboh ekoran sikap tidak berintegriti sebilangan penguat kuasa.
“Walaupun jumlah tangkapan sekadar sekitar 40 penguat kuasa sahaja namun bilangan itu dilihat tinggi memandangkan isu ini melibatkan isu keselamatan negara,’’ kata sumber itu lagi.
“Ketirisan di sempadan ini bukan benda setahun dua berlaku sebaliknya telah berpuluh-puluh tahun dan hampir mencecah lebih dua dekad lamanya.
ReplyDelete“Perkara ini berpunca akibat pegawai atasan yang tidak memberi perhatian terhadap cara kerja anak buah mereka. Antara yang dikesan adalah kurangnya pemantauan secara berkala serta tidak turun padang untuk menyelia sendiri setiap aturan kerja penguat kuasa.
“Malah apabila terdapatnya laporan salah laku, tiada tindakan drastik dilakukan dan pegawai yang melakukan kesalahan rasuah masih dibiarkan berkhidmat di lokasi sama, Tindakan itu seolah-olah mereka tutup sebelah mata dan tidak ambil peduli,” katanya.
Harap SPRM tidak memilih mangsa. Tangkap semua pengkhianat termasuk jerung dan ikan bilis. Jangan biarkan mereka terlepas walaupun seekor anak ikan bilis.
Keadaan negara kita sudah tidak selamat. Lihat saja dimana-mana betapa ramainya orang asing yang belum kita tahu rekod kemasukkan mereka. Mereka berada dimana-mana diceruk rantau negara kita.
Jangan kita biarkan perkara ini terus berlaku demi keselamatan dan keselesaan anak cucu kita.
Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, dua2 tak guna. Rhetoric saja yang lebih, hasil tak ada langsung. Nak harapkan siapa lagi? No, not the opposition. THey are twice as rhetorical and 10 times hopeless. we are doomed, god help us.
ReplyDeleteJangan buat terkejut bro...ini bukan cerita baru. Gua juga duduk berhampiran sempadan. Ramai peniaga kita bawa masuk barang dari negara jiran free jer tak perlu bayar cukai, tapi tiap bulan geng penguasa dapat komisen dari peniaga...
ReplyDeleteKes seludup/jual minyak ke negara jiran pun boleh dikatakan tokeh2 tu semuanya penguasa2...sbb tu ler susah nak amik tindakan...
Geng berpakaian unipom ni, orang hospital dgn mat bomba jer yg tak rasuah...
amik pegawai wanita ramai.. sbb pegawai wanita ni kurang sikit nk makan rasuah berbanding laki.
ReplyDeleteItulah puncanya ramai TKI tanpa permit.... kerana yg tanpa permit nilah mudah dapat ektra wang jika dieksploit oleh pelbagai pihak.
ReplyDeleteBila berlaku salahguna kuasa / penyelewengan, bagi contoh asyik2 gambar polis. Apa? ... agensi lain termasuk yg memantau agensi penguatkuasa ni tak menyalahguna kuasa / melakukan penyelewengan ke?
ReplyDeletePatut2lah tunjuk gambar. Jgn cari dosa kering. Letak SPRM jaga sempadan belum tentu pembolosan / penyeludupan tak berlaku.
Selagi manusia dinamakan manusia ... rambut sama hitam tapi hati, perasaan, kemahuan, kehendak, citarasa seseorang manusia itu berlainan. Manusia akan berubah hati.