Pages

Thursday, June 11, 2015

TAKKAN PENJELASAN MEDIA SAHAJA YANG MAMPU DIBERIKAN AMANAH RAYA ATAS FITNAH NG WEI AIK? TAKKAN TAK SAMAN?



Ng Wei Aik, si ROTTWEILER yang pernah terkenal dengan sikap rasisnya apabila menghalau pemilik restoran mamak agar pulang ke India sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang jikalau benar penjelasan seperti yang diberikan oleh Reezal Marican, dia telah melakukan fitnah ke atas Amanah Raya Berhad.

Dalam fitnahnya, Ng Wei Aik yang hanya bergantung kepada 'maklumat dalaman yang boleh dipercayai', berkata Amanah Raya Berhad telah memberikan pinjaman kepada 1MDB sebaik-baik sahaja Reezal Marican dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad.


Ini bukan kali pertama para pemimpin DAP seperti Ng Wei Aik membuat fitnah tetapi kerapkali bebas kerana tiada tindakan undang-undang susulan atau tindakan undang-undang terlalu lambat diambil.

Sekadar memberikan penjelasan menerusi media, tetapi tindakan undang-undang tidak diteruskan terutama apabila fitnah tersebut boleh menyebabkan ketidakpercayaan luar kepada Malaysia berhubung pelaburan dan ekonomi, bolehlah dianggap membuang masa.

Sudah terlalu banyak kes-kes fitnah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, dibiarkan begitu sahaja. Kononnya dengan membiarkannya, ia akan senyap dan hilang begitu sahaja.


Malangnya, sudah terlalu lama tanggapan tersebut tidak pernah dibuktikan betul, sebaliknya yang berlaku adalah fitnah telah dianggap betul kerana tiada sebarang tindakan yang lebih tegas.

Kalau betul seperti yang dikatakan, heret Ng Wei Aik segera ke muka pengadilan. Tak perlu tunggu lama-lama. Kalau setakat buat kenyataan media tetapi kemudian, Ng Wei Aik dibiarkan begitu sahaja, lebih baik duduk dediam dan biarkan masalah berlarutan seperti yang berlaku kepada 1MDB dan beberapa entiti lain.

Belajarlah daripada DAP bagaimana mereka menguruskan pembohongan, fitnah dan sebarang usaha menelanjangkan pembohongan mereka sendiri!!!


1 comment:

  1. Benar tuan..
    Malaysia yg dulu bukanlah yg sekarang.. Mcm nyanyi plak..
    Mula pada zaman ini.. Kita kena berubah..
    Sebarang kenyataan yg diucapkan tanpa bukti.. harus disaman demi menjaga kredibiliti org yg difitnah.. Ini tak.. jadi mcm 1mdb.. Nasi dah jadi bubur.. selagi tak disaman selagi itu ianya di spin sampai muntah org dengar dan percaya..
    Mcm shafee.. Malaysian bar pun di terjahnya.. Dan diorg diam selepas tu.. Every single statement.. Geng BN kena bertindak saman. tp jgn buat macam nong chik.. Akhirnya penipuan nurul izzah org buat tak tau.. jgn bagi muka lagi kepada sesiapa.. malaysia dah berubah

    ReplyDelete