Menjawab persoalan orang ramai, Saiful memuat naik jawapannya melalui laman mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Pertama Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu. Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah.
Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.
Kedua Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.
Ketiga Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Sekian kenyataan saya.
Demikianlah jawapan Saiful. Jadi, penarikan balik keputusan itu bukanlah bermaksud Anwar Ibrahim tidak bersalah seperti mana yang dicanangkan oleh peguambela Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang.
kalau dah yakin menang buat apa nak tarik balik
ReplyDeleteterus saman kan boleh dapat juta juta
jadilah jutawan bukan butawan
ai mana pi orang kuat dibelakang kes ni tak kan tak tolong
ni satu pelaburan yang untung
Oii kawan 9.53, lu ada akai ka?
Deletegangguan emosi, psikologi dan kesan sekeliling sgt besar dlm meneruskan kes perbicaraan. Tak kira yakin menang atau kalah.
ReplyDelete