Pages

Tuesday, June 9, 2015

TONY PUA PULAK BAGI AMARAN KEPADA AZMIN ALI, PILIH DAP ATAU PAS!!!



Berlagak kononnya, tanpa DAP, Kerajaan Negeri Selangor akan tumbang memandangkan tiada mana-mana parti pun yang memperolehi undi majoriti, DAP menerusi Tony Pua bersuara angkuh.

Sebelum ini Ronnie Liu juga bersuara angkuh dan membuat kira-kira mudah tentang jumlah kerusi DUN yang akan dimiliki oleh gabungan baru tanpa DAP di Selangor.

UMNO-BN hanya memiliki 12 kerusi DUN. PAS pula 15, manakala PKR 13 dan DAP 15. Satu DUN lagi adalah BEBAS yang diwakili oleh Khalid Ibrahim yang disingkirkan oleh PKR kerana mahu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim atau Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang bermula menerusi Langkah Kajang yang akhirnya TERKANGKANG.

Dengan mengambil kira dua DUN PAS yang sudah pun berpihak kepada DAP iaitu Morib dan Hulu Kelang, DAP cukup yakin, PKR yang diketuai oleh Azmin Ali tidak akan mampu lari daripada cengkaman mereka. Malah dalam apa juga keadaan, PKR akan terus mengikut perintah DAP kerana takutkan kehilangan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerana kira-kira itulah DAP terus angkuh dan megah. Teng Chang Kim sudah pun menghalau kesemua pimpinan PAS Selangor daripada semua jawatan lantikan yang mereka miliki. DAP mahukan para pemimpin dan ADUN PAS meletak jawatan. Kata Teng Chang Kim, PAS dan DAP sudah cerai talak tiga. Dah tak boleh dirujuk lagi! (RUJUK SINI)

Dengan kata lain, berbanding DAP meninggalkan Pakatan Rakyat, PAS yang seharusnya berbuat begitu. Berbanding pimpinan DAP meninggalkan dan meletakkan jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor, PAS yang seharusnya berbuat begitu.


Menariknya, berbanding PAS, DAP yang menguasai hampir kesemua jawatan-jawatan penting, baik dalam Kerajaan Negeri Selangor, mahupun anak-anak syarikat dan PBT. PAS hanyalah Melayu-Islam yang mendapat saki-baki habuan hasil belas ikhsan daripada DAP.

Maka patut padanlah ramai pemimpin PAS yang berjiwa dan bernyawakan DAP mulai berkeluh kesah kerana mereka sedang melihat ketidak mampuan untuk membiayai kemewahan mereka selama berada di bawah lembayung DAP!

Mereka tidak akan kisah dengan penghinaan yang dibuat oleh para pemimpin DAP ke atas PAS, kerana bagi mereka yang penting adalah kocek mereka kembung sentiasa.


No comments:

Post a Comment