Pages

Thursday, June 4, 2015

TUN DR. MAHATHIR DISAHKAN AKAN HADIR DALAM DIALOG TERBUKA BERSAMA-SAMA NAJIB DI PWTC!!!



Penganjur sesi dialog terbuka bersama-sama Perdana Menteri, Najib Abdul Razak telah mengesahkan penyertaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam dialog tersebut.

Ketuanya, Khairul Anwar Rahmat yang juga merupakan Pengerusi SukaGuam memberitahu, penyertaan Tun Dr. Mahathir amat dialu-alukan dan berharap tidak akan menyusahkan sesiapa.

Forum yang bertajuk, 'NOTHING2HIDE' akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra dan bermula pada jam 9:00 malam dan Najib dijangkakan hadir sejam kemudian. Tempoh dua jam telah diperuntukkan untuk hadirin bersoal jawab dengan Perdana Menteri.

Menurut Khairul, orang ramai ingin benar melihat Najib dan Mahathir berada di atas satu pentas, membahaskan isu-isu semasa. Malah pengkritik-pengkritik dan pentohmah-pentohmah kerajaan seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua turut dialu-alukan menyertai dialog tersebut. Bagaimanapun mereka perlu hadir sebagai perwakilan NGO, bukannya atas tiket sebagai ahli politik memandangkan penganjur dialog tersebut bukannya badan politik.

Acara tersebut dianjurkan bagi mewujudkan komunikasi antara Putrajaya dan akar umbi Malaysia. Para peserta terdiri daripada perwakilan pelbagai pertubuhan yang berjuang untuk pelbagai isu termasuklah isu hak asasi, hak wanita, hak belia dan hak pengguna.

Menurut Khairul lagi, para peserta boleh bersoal jawab dengan Najib untuk pelbagai isu termasuklah 1MDB dan kesan-kesan ke atas kebajikan mereka, GST dan kesannya ke atas kuasa pembeli, perancangan kerajaan untuk golongan muda dan sebagainya.

Lebih kurang 1500 orang mewakili pelbagai NGO dari seluruh Malaysia dijangka akan hadir.

Sekiranya, program tersebut berjaya, Khairul memberitahu, kemungkinan SukaGuam akan menganjurkan program serupa di seluruh Malaysia dengan Perdana Menteri sebagai peserta utamanya.

SUMBER


No comments:

Post a Comment