Tidak ada kawalan daripada pihak kuasa bagi memantau pergerakan pengunjung dan orang ramai kembali berurusan di situ dengan selesa.
Meskipun baru-baru ini negara digemparkan dengan insiden pergaduhan antara dua kumpulan pemuda beberapa hari sebelum menjelangnya Aidilfitri, namun apa yang berlaku tidak sekali menjejaskan aktiviti jual beli di plaza yang sangat dikenali sebagai pusat jualan barangan teknologi maklumat terbesar di ibu negara.
Tinjauan Free Malaysia Today berkenaan mendapati, saranan sesetengah pihak yang mencadangkan supaya memboikot plaza tersebut tidak berjaya apabila masih ramai lagi yang datang terutama selepas waktu kerja.
Seorang penjual telefon bimbit, Gan Ah Pang, 34, berkata, insiden yang berlaku itu wajar dijadikan pengajaran agar tidak lagi berulang pada masa hadapan.
Katanya, pergaduhan seperti itu harus dielakkan kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak selain tidak membawa manfaat yang baik.
“Buat apa kita duduk dalam satu negara mahu gaduh-gaduh. Tak ada siapa yang untung kalau kita buat macam itu. Bisnes pun boleh jadi susah,” katanya.
Seorang pekerja kedai telefon, Maria Musa, 34, mahu agar insiden yang berlaku di Low Yat sebelum ini tidak diperpanjangkan lagi kerana ia boleh menyekat rezeki pekerja di situ sekiranya langkah memboikot plaza itu diteruskan.
“Saya sudah bekerja di sini hampir tiga tahun dan belum pernah lagi terjadi pergaduhan besar seperti mana yang berlaku baru-baru ini.
“Jika perkara seperti itu berlaku lagi saya dan beberapa lagi pekerja wanita Melayu yang bekerja dengan tauke-tauke Cina di kedai telefon di sini akan berasa ketakutan sekaligus boleh menutup periuk nasi kami,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Ismail Samad, 46, berkata, dia sangat selesa menjadikan Low Yat sebagai destinasi untuk membeli perkakasan komputernya kerana pada kebiasaan apa yang dimahukan ada di situ.
“Saya memang selalu membeli barang spare part (alat ganti) komputer di sini kerana ia mudah didapati berbanding jika mencarinya di tempat lain.
“Lagipun saya boleh mendapatkannya dengan harga yang murah mengikut spesifikasi yang diperlukan,” katanya yang merupakan seorang juruteknik di sebuah syarikat swasta.
Dalam pada itu, beliau mengharapkan agar pihak berkuasa terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa membuat pemantauan ekoran dakwaan berlakunya penipuan oleh peniaga-peniaga di plaza itu untuk kepentingan pengguna. - (SUMBER)
Patut la orang cina panggil Melayu Boloh! Benda mudah macam boikot pun tak boleh buat?
ReplyDeleteKorang tengok cinapek2 memboikot BN dan menyokong DAPIGS pada pru12 dan pru13.Mereka tak akan berputus asa pada pru14. Mereka akan boikot kerajaan Melayu sehingga matlamat cinapek2 DAPIGS untuk mengcinakan Tanah Melayu tercapai.
Melayu apa macam? Suruh bersatu boikot SATU pusat membeli belah pun terlalu susah? Itu lah bezanya Melayu yang berpecah dan cinapek2 yang bersatu! Akhirnya, cucu cicit kita akan menjadi rakyat kelas ke-2 atau ke-3 di bumi sendiri.
Melayu yg kunjungi lowyat tu memang sial.
ReplyDeleteMelayu mudah lupa
ReplyDeleteKecewa betul x de jati diri langsung.
ReplyDeleteSetakat murah RM 5-6 je. Bila tegur kata boleh dah buat beli nasik.
ReplyDeleteTapi kerja nya duduk upgrade je komputer memanjang (bkn sebab rosak) tak membazir pulak?