Janganlah marah...
Tak yahlah marah-marah...
Rafizi Ramli dan kawan-kawannya hanya bergurau tentang Rosmah Mansor ada cincin bernilai RM24 juta.
Semuanya hanyalah gurauan semata-mata. Takkanlah nak bergurau sikit pun dah tak boleh? Takkanlah bergurau sikit pun, dah diheret ke mahkamah dan nak disaman...
Kalau tuduh-tuduh tu, ia tidak lebih daripada sekadar gurauan, berlawak dan bersenda. Itu juga menunjukkan kasih sayang Rafizi Ramli dan puak-puak PKR-DAP kepada Rosmah Mansor.
Tak ada apa-apa pun yang lebih daripada itu.
Bukankah Isteri Perdana Menteri itu ibarat ibu kepada semua rakyat Malaysia. Jadi, apa sangatlah bergurau dengan ibu kepada rakyat Malaysia.
Takkan itu pun salah...
Yang orang ramai percaya dengan gurauan tu, sapa suruh, kan? Pasai apa depa bodoh sangat sampai benda gurau macam tu pun depa percaya? Nasiblah depa...
Yang dibuat lawak sampai ke luar negara, dimasukkan ke dalam blog, dikempenkan serata pentas ceramah dan dalam bentuk bercetak itu, hanyalah gurauan yang penuh kasih sayang...
Takkanlah nak marah, kut?
Kalau dah gurau, kenalah tarik balik saman Rosmah ke atas Rafizi Ramli...
Kan gurau jer tuh!!!
Dan rafizi juga bergurau anwar liwat sepul
ReplyDelete