Pages

Tuesday, July 7, 2015

BETULLAH KATA HADI AWANG... PUNYALAH NAK TIPU SAMPAI TARIKH PUN TERLUPA NAK TUKAR!!!



Nampak dan sibuk sungguh sebahagian besar orang berkokok dan menyalak kerana telah ada 'bukti kukuh' Najib bakal terhumban dan bakal jatuh terduduk.

Mereka berpegang dan mengimani benar dengan 'bukti' yang disiatkan oleh Wall Street Journal yang diterbitkan di New York, Amerika Syarikat.

Lebih menarik ialah apabila ada pula yang berhujah WSJ tidak pernah menipu dan jujur sentiasa dalam laporan mereka!!!

Jom kita tengok bukti yang diberikan oleh WSJ.

Menurut WSJ ini adalah akaun bank milik Najib Abdul Razak yang didakwa telah ditutup pada 30 Ogos 2013.  Bagaimanapun pada 2014 dan 2015, masih ada aliran wan masuk ke akaun tersebut.


Pelapor WSJ barangkali terlalu bijak sehingga mampu menipu sebahagian rakyat Malaysia yang sudah sedia tertanam kebencian kepada Najob Abdul Razak. Manipulasi berita walaupun tarikh dan faktanya bercanggah antara satu lain tidak mampu mematangkan atau mencermati berita yang dihidangkan.

Berdasarkan 'bukti' yang diberikan oleh WSJ dan kesalahan fakta yang sengaja dilakukan itu, seperkara yang terlintas adalah akaun berkenaan adalah akaun palsu dan sekatan BAFIA pula tidak membolehkan pihak bank menafikan atau membenarkan tuduhan berkenaan.

Yang berkuasa penuh dan elepasi sekatan BAFIA hanyalah SPRM!

Barangkali pindaan dibuat dalam grafik salinan akaun tersebut dan mereka pula terlupa hendak 'membetulkan tarikh-tarikhnya!!!


14 comments:

  1. Nilai dalam RM..tak sampai 100m/j plak tu..
    Mana usd 700m/j tu..
    Kantoi lagi wsj..
    Jika ya..
    Perlu tunjuk wang masuk usd 700m tu..
    Akaun dah ditutup..
    Tapi boleh plak wang keluar masuk dalam akaun..
    Mungkin wang hantu dan akaun toyol yg pegang..

    ReplyDelete
  2. betul kata hadi, yg pernah ckp video tu besi
    nak bawak saksi dan penyokong parti
    biar la otak geliga sikit dan jgn geng stoppa ali

    ReplyDelete
  3. xkisahla..skang yg penting siasatan yg telah diambil kerajaan atas tuduhan tersebut..kita lebih bincangkn hal yg rasmi..nk bergaduh sakan pasal bukti2 WSG n SR ni semua agenda yahudi..insha Allah BANK NEGARA,PDRM,SPRM,PENDAKWA RAYA amanah dan bertnggjawab krn ini menetukan arah negara..tanah Melayu tanah berdaulat..pemimpin mesti Lelaki Melayu Sejati!!

    ReplyDelete
  4. WSJ akhbar YAHUDI...faham faham je lah..

    ReplyDelete
  5. orang melayu tidak sedar ada pihak yang sedang memperbodohkan orang melayu dan disokong olih orang bukan melayu yg sememangnya mahu orang melayu roboh

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH!! SELANGOR SETUJU BINA LADANG BABI TERBESAR DI ASIA!!

    SYABAS dan Tahniah kepada rakyat Selangor khususnya kepada penduduk Kuala Langat selepas pembinaan ladang babi terbesar di Asia terpaksa dipindahkan daripada Sepang kerana mendapat bantahan penduduk setempat.

    Berdasarkan kepada dokumen yang diterima, pelaksanaan Modern Pig Farming yang akan dibina di kawasan Bukit Changgang di atas tanah hak milik seluas 500 ekar telah pun selesai dan diluluskan tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana exco Selangor.

    Untuk makluman, majoriti kaum yang tinggal di kawasan Bukit Changgang adalah kaum Melayu yang mana terdapat 3 PDM Melayu iaitu PDM Sungai Lempit, PDM Bukit Changgang dan PDM Labohan Dagang.

    Ternyata peminggiran orang Melayu secara halus akan berlaku. Secara tidak langsung sudah pasti orang Melayu di kawasan tersebut akan terkesan dengan bau busuk dan pencemaran air dan alam sekitar yang mendorong mereka untuk keluar dari tanah dan rumah mereka sendiri.

    Tengok, betapa liciknya permainan pakatan yang bersetuju tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk setempat. Umpamanya Melayu akan dihalau secara sedikit demi sedikit sehingga Selangor ini jatuh ke tangan orang lain.

    Fikirkan. Renungkan.

    Adakah kita hanya mahu berdiam diri?jawaber6.blogspot

    ReplyDelete
  7. Depa dah berjaya pecah belah kan PAS. Sekarang mereka nak serang dan jatuhkan pemimpin Melayu

    ReplyDelete
  8. Alamak.. Bodohnya.. Tak pandai bahasa inggeris ke? Aliran masuk wang itu melalui akaun yang berlainan le..! Hihihi..

    ReplyDelete
  9. Bila dah tersepit, buaya, harimau dan singa pun disangkakan sahabat dan pembela dah... tapi tersepit sakratul maut, tiada siapa sanggup jadi pembela...

    ReplyDelete
  10. Selagi Najib tidak digantung tugas sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB serta Pengerusi Lembaga Penasihat Khazanah Nasional, maka siasatan yang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas itu boleh dipertikaikan serta menjadi bahan lawak jenaka oleh pihak antarabangsa.

    Apa tidaknya, selagi Najib masih Perdana Menteri, dia mempunya kuasa terhadap agensi yang menjadi pasukan petugas khas itu, jadi siasatan boleh terganggung serta terancam dengan salah laku manipulasi hasil siasatan itu sendiri.

    Apa yang berlaku kini seolah-olah penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang di mana pihak yang terlibat dengan siasatan masih mempunyai kuasa serta akses untuk menggangu siasatan tanpa digantung tugas, Malaysia dah jadi seperti negara dunia ketiga pula tahap integriti serta penguatkuasaan undang-undangnya.

    Kalau dua orang pegawai tinggi MARA yang mana disyaki terlibat dengan isu pembelian bangunan di Australia dan United Kingdom dengan harga melebihi pasaran pun digantung tugas untuk mengelakkan gangguan siasatan, apakah kerana Najib sebagai Perdana Menteri, maka dia mempunyai tahap kekebalan undang-undang yang sangat luar biasa di mana dia boleh ketepikan segala undang-undang begitu sahajakah?

    Seluruh dunia sedang memerhatikan gelagat kartun yang berlaku dalam penguatkuasaan dan siasatan terhadap isu 1MDB dan RM 2.63 bilion itu, juak-juak Najib boleh melalak itu dan ini, tetapi mereka sendiri hanya membiarkan konflik kepentingan dalam isu ini berleluasa dan mereka membela konflik kepentingan itu berterusan.

    Sungguh memalukan keadaan ini.

    ReplyDelete
  11. JANGAN KITA LUPA. MASIH ADA KUASA PALING AGONG. SEMBAHYANG HAJAT DAN BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DAPAT MERUNGKAI MASALAH INI.

    ReplyDelete
  12. Tuan blogger,

    Nak komen, study kes betul-betul. Yang dinyatakan ditutup, akaun mana dan yang didakwa mengalir masuk pula akaun mana. Jangan baca sekali lalu, kemudian komen.

    Dilihat dari sisi mana pun, cara laporan WSJ sebenarnya ada kredibiliti. Cara intro ditulis pun. Jangan sekali-kali samakan dengan mykmu, utusan atau berita harian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh punya komen.otak letak kt jubor ke.?

      Delete
  13. Robert Kwok dan Ananda risau juga takut tak tersenarai yg terkaya jika betullah wsj dakwa tu.

    ReplyDelete