Parlimen Pandan mempunyai pengundi Melayu yang ramai. UMNO Pandan pernah minta agar Parlimen Pandan diserahkan kepada UMNO untuk ditandingi memandangkan MCA dalam pilihanraya yang lalu, tidak menampakkan minat untuk menang.
Plaza Low Yat tidak akan menjadi jambatan penghubung muhibbah lagi. Apa yang berlaku di lubuk klon dan tiruan tersebut pada minggu lepas, sebenarnya adalah kemuncak daripada aktiviti-aktiviti negatif semenjak sekian lama di situ.
Banyak pendedahan berhubung sikap peniaga-peniaga di Plaza Low Yat selama ini telah dibuat terutama sekali yang membabitkan penipuan dan kemudian menjadikan pembeli yang telah ditipu sebagai mangsa dengan menuduh mereka sebagai pencuri.
Dengan apa yang berlaku dan bahang yang masih terasa, usaha MCA untuk mengadakan majlis Aidil Fitri di Plaza Low Yat tidak akan menguntungkan sesiapa pun, kecuali para peniaga di Plaza Low Yat yang sedang merungut tentang ketiadaan para pembeli dan pelanggan.
Sebaliknya MCA akan ditertawakan oleh DAP kerana usaha yang dilakukan oleh rakan sekutu UMNO dalam Barisan Nasional itu tidak ubah seperti mencurahkan air ke daun keladi. MCA tidak akan mendapat sebarang sokongan di Bukit Bintang. MCA tidak akan bertaring di Bukit Bintang. Kalaupun berjaya di Plaza Low Yat, MCA tidak akan dikenang, sebaliknya akan tetap dicop sebagai budak UMNO!!!
Lebih baik MCA berhenti daripada mengira bintang di langit. Berpijaklah ke bumi nyata.... tingkatkan usaha di Parlimen Pandan berbanding membuang masa dan tenaga di Plaza Low Yat!!!
Parti2 componen bn tak perlu sangat prihatin nasib cina2 di lowyat..bukit bintang lubok dap..tolong macamana pun mereka tak kan balas budi dengan undi..biarkan mereka..biar kuasa membeli ditentukan samada perlu ke lowyat atau cari alternatif lain..tidak dengar mereka mohon maaf pada melayu tapi sebaliknya berlaku dalam komen2 mereka..good night lowyat..
ReplyDelete
ReplyDeleteLaa, kerja kat hospital tak habis2 menyibuk kat lowyat buat apa.
tuh pergi tgk hospital kerusi roda tempang koyak rabak, katil tak cukup, wad bersesak2, panas pesakit terpaksa bawak kipas sendiri, etc etc.
Lagi saya pun pernah dengar dokter kata icu penuh pada waktu beberapa pesakit perlu dibawa kesitu dan terpaksa 'dibiarkan' terlantar seadanya di wad biasa.
Dan lagi budak2 sekuriti kurang ajar dan tak tahu amalan perubatan yg duk kawal urusan lawatan entah apa background pun tak tau kenapa eh, kan itu kerja pekerja hospital yg tahu amalan selia dan terlatih.
Berapa byk pelawat pesakit jadi benci pada kerajaan gara2 bermasaalah dgn 'jaga' dlm keadaan keluarga mereka sedang tenat di wad?