Pages

Tuesday, July 21, 2015

DUA BEKAS KETUA POLIS NEGARA DESAK PDRM SEGERA SIASAT PIHAK YANG CUBA GULINGKAN KERAJAAN MALAYSIA!!!



Dua orang bekas Ketua Polis Negara mendesak agar PDRM bersegera melakukan siasatan terhadap pihak-pihak yang cuba mengancam keselamatan serta keamanan negara ini menerusi cubaan menggulingkan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara Ke-5, Abdul Rahim Mohd Nor berkata, polis seharusnya membuat kertas siasatan segera kerana ia adalah tugas mereka untuk menangani pihak yang cuba menggulingkan kerajaan negara ini secara haram, yang juga melanggar semua undang-undang negara ini .

"Proses menukar kerajaan di negar ini adalah menerusi pilihanraya (pilihanraya umum) dan mana-mana cara lain dianggap sebagai suatu kesalahan, berdasarkan kepada undang-undang dan Perlembagaan," katanya lagi.

Ketua Polis Negara Ke-4, Hanif Omar pula berkata, tiada salah pihak pembangkang untuk menukar kerajaan tetapi ia perlu dilakukan menurut undang-undang dan Perlembagaan.

Hanif Omar dan Rahim Nor memberikan komen ekoran dakwaan cubaan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggugat kestabilan dan melakukan ancaman ke atas keselamatan negara ini.

Dilaporkan beberapa orang pemimpin Pembangkang telah bertemu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Juto untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Abdul Rahim bagaimanapun, tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan pasukan penyiasatan khas kerana bimbang ia akan menimbulkan kepanikan di kalangan awam.

"Apa yang penting ialah, bersegera mewujudkan siasatan dan saya percaya PDRM sedang melakukannya," katanya lagi.

Kata Hanif Omar, sebarang cubaan untuk menukar kerajaan tanpa mengikut undang-undang dan Perlembagaan merupakan kesalahan besar dan ianya bertentangan dengan kedudukan Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.

"Dalam kes ini, tugas polis adalah untuk melakukan siasatan bagi mengenalpasti sama ada tindakan pihak berkenaan membabitkan perlanggaran undang-undang dan Perlembagaan," katanya - BERNAMA.


2 comments:

  1. sokong.....kalau zaman madey dah kena isa. tapi sayang zaman najib yang tinggal cuma is jer.......

    ReplyDelete
  2. saya rasa ini kes tenuk diviralkan sebagai gajah kut??... untuk menakutkan dan menghalalkan sebarang usaha menyelamat kepimpinan sekarang... macam us viralkan yang iraq ada senjata pemusnah besar2an... akhirnya islam dibuli dan iraq dimusnahkan.
    Jawab mana pergi 27bil, betul ke ada us700m masuk akaun, selesai masaalah... rakyat bukan bodoh...

    ReplyDelete