Pages

Wednesday, July 29, 2015

EH, NURUL IZZAH TAK NAK KUPAS DAN ULAS TENTANG PERLANTIKAN ZAHID SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI KE?



Antara yang paling kerap menghentam dan memperlekeh-lekehkan Zahid Hamidi adalah Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menang dengan cara menfitnah pencabarnya dari UMNO-BN tetapi hanya membuat pengakuan dan memohon maaf selepas diheret ke mahkamah selepas kemenangannya dalam PRU-13.

Kali terakhir Nurul Izzah membuat ulasan tentang Zahid Hamidi adalah pada 13 Jun 2015 apabila bertanyakan di mana reformasi penjara yang dijanjikan.

Seperti biasalah, yang Nurul Izzah mahu nyatakan ialah, bapanya sebagai banduan jenayah, sedang terseksa di dalam penjara kerana penjara di Malaysia tidak mempunyai bilik berhawa dingin, tidak mempunyai kerusi dan tilam empuk, tidak menyediakan perkhidmatan Internet atau massage parlour. Selain itu juga, penjara di Malaysia tidak menyediakan program-program ceramah untuk Anwar Ibrahim melepaskan gian dan menunjukkan kehebatannya.

Perlantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri mula diperkatakan dan diperdebatkan. Puak-puak PKR dan DAP mula mempersoalkannya selain tidak yakin Zahid Hamidi akan bersikap liberal.

Beberapa tindakan penguatkuasaan undang-undang telah dibuat oleh Zahid kebelakangan ini terutama melibatkan penggantungan permit penerbitan The Edge, selain soal-siasat yang dijalankan ke atas Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat oleh PDRM.

Hari ini, kedua-dua mereka dipanggil kembali ke Bukit Aman untuk disoalsiasat berhubung penerbitan artikel-artikel 1MDB di dalam The Edge milik mereka.

Dua hari lepas, Zahid menyatakan Malaysia akan mengusahakan ekstradisi ke atas Clare Rewcastle Brown yang kemudian diejek oleh N.Surendran, peguam paling bangang merangkap Naib Presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai yang seringkali terlupa di mana duduknya Padang Serai kerana terlalu jarang mukanya dilihat di kawasan yang diwakilinya.

Zahid ketika mengulas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri menyatakan, jawatan yang disandangnya bukanlah untuk sanjungan sebaliknya sebagai satu tanggungjawab yang perlu digalas.

Dengan pertukaran Pengarah Cawangan Khas dan Peguam Negara, ada asasnya mengapa golongan yang kerap melanggar dan menjadikan undang-undang sebagai bahan mainan mereka, berasa gusar dengan kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri yang terus mengekalkan portfolio Menteri Dalam Negerinya.

Justeru, tidak hairanlah Tony Pua dan Rafizi Ramli juga senyap sunyi!


5 comments:

  1. komen apa....kabinet kayu...tunggu PRU akan datang rakyat tukar dengan yang marmar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mansor kalu dah suka sangat dengan marmar tu.. pegilah kpd Nga dgn Ngeh.. tanya dia kenapa dia suka kayu balak dan kenapa kes balak di Kelantan tu diorang senyap tak berbunyi?

      Delete
  2. Zahid, I respect, but this time, he's in the wrong side,
    Kebencian rakyat terhdp Najib, dah terpalit pd dia sekali.
    Jika Najib jatuh lepas ini, sukarlah Zahid nak naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko siapa? Tuhan? Ahli Nujum Pak Bangau je.. keh keh

      Delete
  3. Bukankah Zahid tu orang suruhan Anwar?

    ReplyDelete