Pages

Thursday, July 9, 2015

GARA-GARA LEPAS GERAM KEPADA SEORANG MAJISTRET DI FACEBOOK, WANITA DIPENJARA SELAMA SEMINGGU DAN DIDENDA!!!



Akibat kelantangan memuatkan status dalam laman Facebook yang menghina seorang Majistret Januari lalu, seorang wanita meringkuk tujuh hari dalam penjara selain berdepan denda RM1,500.

Hukuman berkenaan dijatuhkan Majistret, Mohd Firdaus Saleh, selepas tertuduh, Rahimah Salin, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memfitnah Mohd Asri Abdul Rahman Sidek, 34, melalui akaun Facebooknya di Mahkamah Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 3.35 petang pada 8 Januari lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, tertuduh memohon supaya mahkamah memberikan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan perbuatan berkenaan dilakukannya ketika berada di dalam keadaan tertekan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Ishak bagaimanapun, meminta hukuman berat dikenakan memandangkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan ia bukan sahaja menghina mahkamah tetapi juga hakim secara peribadi.

"Kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan institusi kehakiman dan hukuman berat yang dikenakan akan menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam," katanya.

Setelah meneliti fakta kes dan mendengar rayuan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus kemudian memerintahkan tertuduh di penjara tujuh hari dan didenda RM1,500 atau dipenjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.


3 comments:

  1. Yang mempertikaikan hakim (bukan majistret)... secara lebih brutal diwaktu perbicaraan aljubb, telah terlepas begitu saja...
    inilah rupabentuk keadilan di malaysia... kalau ko rakyat biasa, tambah2 lagi penyokong kerajaan, maka bersedialah untuk diambil tindakan....

    ReplyDelete
  2. Kalo yg komplen tu cina babi xsunat gerenti majestret akan mohon maaf tanpa ada hukuman...

    ReplyDelete
  3. be patients our noble muslimah for a week.......hope always under the blessing of the ALLAH AZZAWAJALL ,lord of the world's...

    ReplyDelete