Azaki Hasan,44, bapa kepada Mohd Alif salah seorang mangsa yang dipukul dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka memberitahu, bersetuju untuk mendapatkan pandangan peguam bagi mendakwa mereka yang terbabit.
“Saya amat kesal kerana anak saya dan rakannya dipukul begitu teruk seolah-olah negara ini tiada undang-undang.
“Perbuatan sekumpulan lelaki itu membuktikan mereka tidak bertamadun bukan sahaja mendera secara fizikal tetapi juga memaksa mereka makan tahi lembu,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Felda Jengka Lapan pada Sabtu.
Beliau mendakwa anaknya, mohd Aliff dan rakannya itu pergi ke ladang ternakan lembu di Felda Jengka 17 atas urusan lain tetapi mereka telah dituduh mencuri lembu tanpa usul periksa.
Tegasnya, tindakan melampau sekumpulan lelaki itu memukul dengan teruk dan memaksa makan tahi lembu adalah satu perbuatan yang melampau dan tiada sifat kemanusiaan.
Azaki menambah, anak keduanya itu masih lagi berada dalam keadan lemah dan trauma.
“ Ketika ini dia banyak tidur dan `mamai’ kesan daripada pelbagai jenis ubat yang diberikan doktor semasa di hospital.
Dia turut mengakui tidak sanggup melihat rakaman perbuatan hina sekumpulan lelaki terhadap anaknya itu di laman sosial yang menjadi tumpuan pembaca malah tidak sanggup membaca berita berkaitan di akhbar.
Katanya, Mohd Alif cedera teruk di kepala dan badan dipukul oleh objek keras tetapi bernasib baik tidak patah pada mana-mana anggota.
“Saya yakin pihak polis profesional dalam membuat siasatan bagi mendakwa sekumpulan lelaki yang bertindak di luar batasan itu,” ujarnya. (
Zaman penjenayah menjadi raja dan mendapat pembelaan terbaik... hanya di Malaysia...
ReplyDeleteBagaimanapun, tindakan kerajaan Australia itu dianggap BTA sebagai melanggar hak mereka di mana harta intelektual (iaitu jenama dan tanda dagangan atau ‘trademark’) mereka seolah-olah dirampas tanpa pampasan. Walaupun tewas di mahkamah Australia, syarikat gergasi itu masih meneruskan kempen untuk menghalang negara lain dari melakukan perkara sama seperti Australia. Dengan menggunakan kes ini sebagai rujukan, Philip Morris International pula memfailkan saman terhadap kerajaan Australia, bukan di mahkamah Australia, tetapi di mahkamah antarabangsa dengan menggunakan mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Mekanisma ini membolehkan syarikat antarabangsa mendapatkan pampasan besar dari sesebuah negara yang memperkenalkan undang-undang yang dirasakan merugikan pihaknya. Kes ini masih berjalan. Jadi, jika Malaysia menandatangani TPPA, kita juga mungkin menerima kesan sama seperti Mexico dan Australia. Dasar afirmatif seperti keistimewaan kepada Bumiputera yang diamalkan Malaysia juga boleh dipertikaikan di bawah TPPA. Selain itu, bab pelaburan yang dicadangkan AS juga memberikan pelabur asing hak untuk mencabar negara TPPA yang cuba atau telah memperkenalkan kawalan modal atau peraturan kewangan lain yang tujuannya semata-mata untuk memastikan kestabilan ekonomi kepada negara. Malaysia memperkenalkan kawalan modal selepas kegawatan ekonomi pada 1997 apabila Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari krisis kewangan itu berpunca daripada konspirasi penyangak matawang sehingga hampir meruntuhkan ekonomi negara. Di bawah TPPA, jika kita menandatangani versi yang sedang dirundingkan kini, tidak mungkin kita dapat melindungi ekonomi kita menggunakan cara sama jika ia sekali lagi diserang penyangak mata wang, sekali gus mendedahkan negara kepada manipulasi dunia kewangan yang semakin canggih hari ini. Kebimbangan terhadap perkara ini menyebabkan lebih 100 pakar ekonomi dari sekitar Asia Pasifik dalam surat pada 2012 memberi amaran kepada kerajaan masing-masing mengenai bahaya peruntukan dalam perjanjian itu terutama isu kawalan modal. Dalam bab Perkhidmatan Kewangan di bawah TPPA pula, terdapat kebimbangan yang peruntukannya akan memaksa Malaysia membenarkan kemasukan bank luar tanpa sebarang kekangan. Mengikut kertas kerja Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 2006, kehadiran bank gergasi di negara membangun akan menyebabkan penurunan dalam pinjaman kepada sektor swasta kerana bank besar lebih gemarkan syarikat multinasional dan firma besar daripada memberikan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana. Jadi akhirnya, kehadiran bank asing mempunyai akan memburukkan lagi ketidaksamaan dalam kebajikan rakyat. Bagi MTEM, bab Pelaburan ini tidak perlu ada sama sekali dalam TPPA dan jika ada pun, definisi ‘pelaburan’ itu perlu diperjelaskan, dan perlu terhad kepada sesetengah projek sahaja. Selain itu, TPPA juga tidak patut menentukan peraturan dalam aliran modal di mana-mana negara, dan kita juga perlu dibenarkan menentukan sendiri cara kerajaan melayan pelabur luar dan syarikat domestik. Peruntukan untuk layanan adil dan sama rata juga tidak perlu ada dalam TPPA. Perlu diakui pemain industri dalam negara memerlukan perlindungan kerajaan daripada diratah hidup-hidup oleh firma gergasi antarabangsa yang hanya menunggu masa untuk menerkam kita!
ReplyDeletePerjanjian
ISDS
Hakcipta
Ubat-ubatan
Peluang Pekerjaan
Syarikat #janganjualnegara