Pages

Wednesday, July 15, 2015

LIMA CINA TAIWAN DITAHAN DI AMPANG JAYA DAN DANG WANGI KERANA MAKMAL PROSES DADAH!!!



Lapan lelaki termasuk lima warganegara Taiwan ditahan dalam lima operasi berasingan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Ampang Jaya, Selangor dan Dang Wangi, di sini, 12 Julai lalu.

Pengarah JSJN, Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Shariff dalam sidang medianya berkata, operasi tersebut sekaligus membongkar penemuan sebuah makmal memproses dadah dan beberapa stor penyimpanan dadah oleh sindiket berkenaan.

"Pihak polis menemui sebuah makmal memproses dadah jenis Erimin 5, dua buah stor untuk menyimpan dadah serta merampas beberapa peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah-dadah tersebut,"katanya.


Beliau turut menunjukkan kepada media hasil rampasan 206.5 kilogram Erimin 5 dan 1.8kg serbuk disyaki kokain bernilai RM20 juta serta pelbagai jenis wang negara asing disyaki kepunyaan suspek.

Kesemua suspek yang ditahan berusia di antara 26 sehingga 41 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. (SUMBER)


No comments:

Post a Comment