Pages

Thursday, July 9, 2015

MALANG SUNGGUH... SUDAHLAH DIROGOL BERGILIR-GILIR, DIA DIPUKUL DAN KEMUDIAN DICAMPAK KE DALAM PARIT



Polis sedang menyiasat kes seorang gadis yang dipercayai dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibuang ke dalam parit.

The Star Online melaporkan, gadis berusia lingkungan 20an itu ditemui terbaring di dalam parit berhampiran sebuah restoran makanan laut di Jalan Bundusan, dekat Penampang.

Ketika ditemui, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dan seluruh anggota badannya mengalami lebam-lebam dipercayai akibat dipukul.

Timbalan Ketua Polis Penampang, DSP Rosley Honden berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Penampang bagi mendapatkan rawatan.

“Gadis itu kini sedang mendapatkan rawatan sebelum kita boleh mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat. (SUMBER)

4 comments:

  1. BLOOD PAID BY BLOOD......

    ReplyDelete
  2. Tahan dulu boyfriend dia, suspek utama.

    ReplyDelete
  3. Seek and punish.......

    ReplyDelete
  4. Darah dibalas dengan darah,kehancuran dibalas dengan kehancuran..........-eric harroun-................

    ReplyDelete