Pages

Wednesday, July 8, 2015

PANDAI BETUL ANAK ANWAR IBRAHIM NI AMBIL KESEMPATAN SELEPAS BERJAYA LEPASKAN DIRI DARIPADA KEMENANGAN FITNAH KE ATAS NONG CHIK PADA PRU-13 LALU!!!



Tak habis-habis lagi cita-cita PKR dan Nurul Izzah untuk mengambilalih pentadbiran negara daripada UMNO-BN setelah kalah pada PRU-13 lalu meskipun pada masa yang sama, mendabik dada tentang undi besar dalam bentuk 'undi popular' yang ternyata hanya berlaku di kawasan-kawasan dominasi DAP sahaja. 

Kontroversi dan polemik yang ditimbulkan oleh WSJ, telah diambil kesempatan sebaik-baiknya oleh PKR dan DAP. 

PKR menerusi mulut Nurul Izzah menyatakan, tindakan susulan akan diambil untuk memastikan kejayaan Barisan Nasional pada PRU-13 lalu dibatalkan dan kemenangan tersebut diserahkan kepada PKR-DAP. (BACA DI SINI)

Alasan terbesar Nurul Izzah adalah Barisan Nasional telah memenangi PRU-13 dengan menggunakan wang yang besar berbanding jumlah yang dibenarkan oleh peruntukan iaitu RM200,000 (Parlimen) dan RM100,000 (Dewan Undangan Negeri) seperti mana yang diperincikan di bawah Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi setiap calon. 

Pandai betul anak Anwar Ibrahim ini berputar belit.

Mengapa agaknya, kemenangannya di kerusi Parlimen Lembah Pantai setelah dia menfitnah dan melakukan pembohongan serta pendustaan ke atas calon UMNO-BN Lembah Pantai iaitu Raja Nong Chik, tidak pula minta dibatalkan. 

Bahkan dia tanpa rasa malu, telah meminta maaf dan mahu penyelesaian dilakukan di luar mahkamah sambil mengakui yang dia telah menfitnah Raja Nong Chik menyebabkan umum mempercayai fitnahnya sehingga mendorong para pengundi, memilihnya.

Kesilapan besar yang dilakukan oleh Raja Nong Chik adalah memaafkan Nurul Izzah dan menyelesaikan kesnya di luar mahkamah tanpa sebarang tindakan susulan. Sepatutnya saman ke atas Nurul Izzah diteruskan sehingga akhirnya dia terlucut daripada jawatan Ahli Parlimen Lembah Pantai kerana fitnah-fitnah jahat yang dibuatnya!!!

1 comment:

  1. Menang kat dunia yang sementara je tu.. kat sana nanti ...

    ReplyDelete