Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.
Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik. Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun.
Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.
*Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.
Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye!
Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah. Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.
Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.
Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!
Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.
Nampak tak kesan dia?
Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.
Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;
"Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat"
Kalau ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Macam mana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.
Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada
Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.
Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta,
JAWAPAN DARIPADA MAIWP:
Assalamualaikum WBT
MAIWP sebagai salah satu agensi mengurus zakat merasa terpanggil utk memberi maklumbalas terhadap post tuan berkaitan zakat pada 21 Julai. Sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus zakat di wilayah Persekutuan, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam mengagihkan zakat. Sehingga kini lebih 20,000 fakir, miskin dan muallaf menerima bantuan zakat bulanan daripada MAIWP berjumlah sehingga Rm700 sebulan. Setiap bulan wang tunai akan dimasukkan ke akaun bank mereka tanpa perlu mereka datang ke pejabat atau kaunter setiap bulan.
MAIWP juga menyediakan Bantuan Perubatan kepada mereka yang dalam kesusahan dan diuji dengan penyakit. Begitu juga dengan sewa rumah, akan dibantu menerusi bantuan zakat. Anak2 yang sedang belajar akan dibantu menerusi bantuan zakat berbentuk akademik dari peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti.
Sehingga kini terdapat 28 skim bantuan zakat yang ditawarkan.
Bagi mencari mereka yang dalam kesusahan, MAIWP telah menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP. Skuad ini secara rutin akan turun ke kawasan2 yang berkemungkinan terdapat mereka yg dalam keadaan memerlukan seperti di PPR. Kerjasama darjpada org ramai juga amat diharapkan utk menyalurkan maklumat kpd MAIWP. MAIWP telah mewujudkan talian bebas tol dan hotline bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat.
Bantuan musibah juga antara bantuan yang kami berikan. Dalam kejadian seperti kebakaran, banjir, ribut, Skuad akan terus turun ke lokasi musibah apabila mendapat maklumat.
Tuan dijemput utk like page Baitulmal MAIWP dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti agihan zakat di Wilayah Persekutuan

Collection tiap2 tahun banyak,audit report tk pernah bgtau tp duit zakat entah kemana...
ReplyDeleteAlhamdulillah, terbaik MAIWP. Tapi nak tanya sikit. Duit zakat boloeh guna untuk bina bangunan ke, bayar gaji ke, buat modal berniaga ke. Bukan kah ada 8 asnaf yang ditetapkan. Saya tak tuduh apapi nak tau saja. Selamat jalankan tanggungjawab ke jalan Allah
ReplyDeleteMAIWP tk boleh dipercayai.tahun depan aku nk agihkan sendiri duit zakat pd 8 asnaf yg layak diterima dan jgn melalui PPZ...aku syorkan semua rakyat msia buat mcm tu dan tk perlu kisah sgt rebat dr LHDN asalkan asnaf yg terima dr tangan Kita sendiri
ReplyDelete