Pages

Monday, July 6, 2015

'TAK ADA NAFSU NAK BUAT SEKS' ADALAH ANTARA KES YANG SALAHGUNAKAN SISTEM KECEMASAN DI HOSPITAL KERAJAAN!!!



Aku geli hati melihat kejahilan sesetengah rakyat Malaysia. Marah pada Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) seolah2 depa tak buat kerja dan goyang kaki. (Lihat gambar).

Utk pengetahuan semua, Jabatan Kecemasan mana2 hospital DUNIA tidak merawat kes berdasarkan first come first serve. Jabatan Kecemasan merawat dgn memberi keutamaan berdasarkan darjah keseriusan kes.

Kes2 kecemasan secara umumnya akan disaring pada peringkat awal dan bagi kes yg kritikal dan boleh mengancam nyawa serta merta mereka akan dimasukkan ke zon merah.

Bagi kes separa kritikal mereka akan dimasukkan ke zon kuning dan bagi kes bukan kritikal, mereka akan dimasukkan ke zon hijau.

Jadi apabila anda menunggu di zon hijau, sepatutnya anda bersyukur kerana anda bukan berada di zon merah yg sedang bertarung untuk nyawa. Kalau rasa pesakit zon merah tu untung sebab doktor tengok cepat, doa2lah supaya hgpa sakit tenat utk masuk kat sana.

Kita bukan menganaktirikan zon hijau, cuma rawatan yg diberikan adalah berdasarkan keperluan kes. Dalam kes HSI ini, sudah nyata kesibukan melampau di zon merah (ada 9 kes spt yg ditulis sendiri oleh individu yg complain) hingga doktor zon hijau terpaksa ditarik utk membantu. Masa berlaku pula adalah pada jam 11 malam hingga pukul 2 pagi!

Kita mengutamakan sakit jantung, accident polytrauma, kegagalan pernafasan, stroke, sepsis dan banyak kes bahaya yg lain kerana jika tidak dirawat segera mereka boleh meninggal dunia bila2 masa.

Kes2 seperti demam baru start 2 jam lepas, gatal punggung, kentut terlalu busuk, tak boleh tidur sebab mimpi ngeri, takde nafsu nak buat seks (oh yes! Kami dapat kes2 mcm ni memanjang kat green zone) dan lain2 kes yang sebenarnya menyalahgunakan sistem kecemasan tetap akan dilihat tapi silalah tunggu hingga semua kes yg sepatutnya mendapat rawatan dirawat.

Angka giliran menunggu orang yg complain di facebook ini sebenarnya tidak jauh. Setiap bilik mempunyai nombor giliran yg berlainan. Misalannya bilik 1 dengan angka 1000, bilik 2 dgn angka 2000, bilik prosedur dgn angka lain. Bukan bermakna ada 4000 pesakit di jabatan kecemasan pada ketika itu. 

Amat kelakar kerana individu ini beranggapan (atau sengaja membuat persepsi) untuk mengatakan bahawa nombor beliau terlalu jauh.

Dan macam biasa, kerajaan juga dipersalahkan. Tahukah hgpa yang kerajaan cuba sedaya upaya hatta utk mempercepatkan kes zon hijau dilihat? Malah ada KPI yang ditetapkan iaitu 70% daripada kes zon hijau mestilah dilihat oleh doktor dalam tempoh 90 minit! Dan hampir semua hospital negara kita mencapai KPI ini hatta hospital paling sibuk di Malaysia seperti HKL!

Jadi belajarlah utk bersyukur wahai rakyat. 

Kalau rasa perkhidmatan kerajaan ini tidak bagus dan lambat, bayarlah beberapa ratus ringgit dan pergilah ke hospital swasta yg kurang sibuk.

Biarlah kami merawat kes2 kritikal yang benar2 memerlukan di jabatan kecemasan.

Nota: gambar printscreen ini dikirim oleh rakan saya kepada saya.



5 comments:

  1. bayar RM1.00, nak layanan VVIP

    ReplyDelete
  2. salam admin... nak gelak ada, senyum pun ada.. tapi yang ternyata ada.. nak pekik kuat kuat kat pengadu (penulis facebook tu) "woiii bingai, hang sorang ja ka yang tunggu.. orang lain pun tunggu jugak, hang bayaq singgit orang lain pun bayaq singgit, hang mahu dirawat orang lain pun mahu dirawat!!"

    nak share.. minggu lepas aku bawak wife aku ke hospital swasta sebab dia tak larat nak tunggu giliran kat zon hijau, aku ikut je walau tak setuju.. sudahnya tunggu jugak dalam 30 minit cam tu then jumpa doktor... laaaa dia cek biasa biasa gak.. last last dia suh amik ubat.. laaaa ubat pun sama cam ubat kerajaan jer.. yang best esoknya kena datang lagi nak buat ujian darah, malam kul 12 kena bayar double.. so esok pagi pagi datang then amik darah... laaaa kena tunggu pulak lagi 3 jam... pas dapat result pi jumpa doktor lagi.. dan dia cakap tak de apa pun.. ni demam viral jer ni.. ubat semalam tu habiskan ek...
    laaaa itu jer.. rabak RM300 tu tak masuk masa dan minyak..jarak umah ke sini dalam 50 km lebih.. jarak dari umah ke hosp kerajaan dalam 20 km.. haahahaa padan muka aku.. ingat kot pi hosp swasta ada perbezaan.. consultation nyer, ubat nyer dan efisiennya ke.. pasni tobat aku bawak ke hosp kerajaan jer...

    ReplyDelete
  3. Pengalaman saya masa belajar di UK. Rawatan disana adalah percuma sebagaimana malaysia.
    Sesampai disana kita diwajibkan mendaftar nama kt salah satu GP dikawasan kediaman anda.anda tidak dibenarkan ke GP lain selaian drp GP tempat anda mendaftar. Untuk mendapat rawatan drp GP ini kita kena buat appointment 3 hari sebelumnya. Maksuknya kalau setakat anda demam sempatlah demam anda pulih sebelum dapat berjumpa GP ni. Untuk kes2 kecemasan kita bolehlah pegi kehospital tetati masa menunggunya antara 5 ke 6 jam, lebih kurang sama juga dengan masa menunggu disini. Untuk kes2 yg dirujuk ke pakar, masa yg diambil untuk appointment adalah antara 1 ke 3 bulan. Yang pastinya kemudahan perubatan percuma disana adalah untuk rakyat , pekerja dan pelajar yg berdaftar sahaja. Untuk PATI boleh main jauh2 le. Untuk hamba Allah yg diatas belajarlah bersyukur dengan apa yg kita ada.

    ReplyDelete
  4. Salam..
    ni komen yg paling dibangangkan oleh DSN...
    "Kalau rasa perkhidmatan kerajaan ini tidak bagus dan lambat, bayarlah beberapa ratus ringgit dan pergilah ke hospital swasta yg kurang sibuk"...

    Awak tu berkhidmat untuk rakyat, paling tidakpun "doktor dgn pembantu perubatan kat situ pun sombong2, buat muka" (ini al-maklum dihampir "kebanyakan" Premise kerajaan), senyum2lah kat pesakit, barulah pesakit ni bleh tunggu dengan sabar..hehehe
    ...wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. Masa menunggu dihospital kerajaan boleh dikurangkan sekiranya tidak ramai pendatang asing yg tak pernah bayar cukai ni datang mendapatkan rawatan. Walaupun charge yg dikenakan kepada mereka tetapi ianya masih murah berbanding kelinik dan hospital swasta. Jadi mereka masih memilih untuk datang kesini . Mereka ini sudah biasa dengan keadaan susah dinegara asal mereka , ia bukannya menjadi masaalh kepada mereka untuk menunggu lama kerana itulah pilihan yg mereka ada berbanding dengan klinik/hospital swasta yg mengenakan bayaran yg lebih tinggi. Mungkin kerajaan patut mengenakan charge yg lebih tinggi drp hospital swasta atau ujudkan satu zon lain untuk pendatang ini.

    ReplyDelete